Hakim Rosenani Abd Rahman membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di No 22, Tingkat 33, Jalan 4/146, Metro Centre, Bandar Tasik Selatan, Cheras, antara 14 Februari dan 22 Mac 2006.
Bagi pertuduhan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 467 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama, yang membawa hukuman penjara 20 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Pada 31 Mei tahun lalu, Mohd Khairuddin dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan menipu sebuah bank Amerika Syarikat membabitkan wang 10 juta euro(RM40.35 juta).
Mohd Khairuddin dan Gazali didakwa menipu Naib Presiden Bank HSBC USA, New York, Stephen Ferrera, dengan memperdayakannya untuk mempercayai Majuikan bersetuju menjadi penjamin terhadap permohonan pinjaman 10 juta euro oleh Malaysian Seabest Sdn Bhd.
Penipuan berkenaan mendorong pihak Bank HSBC membuat pembayaran sebanyak 10 juta euro kepada Malaysian Seabest.
Majuikan adalah anak syarikat Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).
Sepanjang perbicaraan yang bermula 9 Mei 2011, pihak pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya C.Vignesh Kumar mengemukakan 25 saksi manakala pihak pembelaan mengemukakan empat saksi.
Mohd Khairuddin diwakili peguam Shamsul Sulaiman dan Datuk Dr Mohd Radzuan Ibrahim. - BERNAMA
Anda sedang membaca artikel tentang
Bekas pengurus kanan Majuikan bebas tuduhan guna dokumen palsu
Dengan url
https://palingmutahir.blogspot.com/2013/02/bekas-pengurus-kanan-majuikan-bebas.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Bekas pengurus kanan Majuikan bebas tuduhan guna dokumen palsu
namun jangan lupa untuk meletakkan link
Bekas pengurus kanan Majuikan bebas tuduhan guna dokumen palsu
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar