Najib nafi ada kaitan halang Pornthip

Written By Unknown on Jumat, 15 Februari 2013 | 15.09

IPOH: Datuk Seri Najib Razak hari ini menafikan dakwaan pembangkang kononnya beliau mempunyai kaitan menghalang pakar forensik Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand melakukan bedah siasat kedua ke atas mangsa dakwaan keganasan polis, C.Sugumar.

Perdana Menteri berkata, dakwaan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), N Surendran itu tidak benar sama sekali.

"Tak adalah...cerita-cerita dongeng banyak. Tak usah dengar semua. Tak ada sama sekali," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Perak di sini, hari ini.

Beliau mengulas laporan beberapa portal berita yang memetik pemimpin PKR itu mendakwa Najib telah berkomunikasi dengan Perdana Menteri Thailand Yingluck Shinawatra berhubung bedah siasat kedua itu.

Surendran mendakwa ekoran daripada komunikasi itu, kerajaan Thailand memutuskan supaya Pornthip tidak perlu melakukan bedah siasat berkenaan agar tidak menjejaskan hubungan antara kedua-dua negara.

Dalam kejadian pada 23 Januari lalu, Sugumar yang dipercayai mengalami masalah mental, dilaporkan mengamuk lalu merosakkan harta benda awam dengan menggunakan palang besi.

Menurut laporan media sebelum ini, Sugumar bertindak agresif ketika cuba ditahan oleh anggota polis dan digari sebelum dia tiba-tiba rebah dan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital. - BERNAMA


Anda sedang membaca artikel tentang

Najib nafi ada kaitan halang Pornthip

Dengan url

https://palingmutahir.blogspot.com/2013/02/najib-nafi-ada-kaitan-halang-pornthip.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Najib nafi ada kaitan halang Pornthip

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Najib nafi ada kaitan halang Pornthip

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger