Pelajar tingkatan lima maut motosikal bertembung kereta

Written By Unknown on Rabu, 13 Februari 2013 | 15.09

KUANTAN: Seorang pelajar tingkatan lima maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta di Kilometer 34, Jalan Temerloh-Bahau, dekat Bera, semalam.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang, Superintendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim, berkata dalam kejadian jam 1.20 pagi itu, pelajar berkenaan, Hermawan Jumadi Yanto, 17, dari Taman Triang Maju, Triang dipercayai sedang berlumba dengan beberapa penunggang motosikal lain.

"Pelajar itu meninggal dunia pada kira-kira jam 3.50 pagi ketika menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) Temerloh," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Katanya, pemandu kereta berkenaan, Chue Choy Yeen, 42, pekerja swasta yang berasal dari Kerayong, dekat Temerloh bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan. - BERNAMA


Anda sedang membaca artikel tentang

Pelajar tingkatan lima maut motosikal bertembung kereta

Dengan url

https://palingmutahir.blogspot.com/2013/02/pelajar-tingkatan-lima-maut-motosikal.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Pelajar tingkatan lima maut motosikal bertembung kereta

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Pelajar tingkatan lima maut motosikal bertembung kereta

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger