Katanya, rakyat di negara berkenaan menderita kerana negara mereka huru-hara.
"Itulah dia pembangkang. Semua yang dilaksanakan kerajaan biarpun memberikan kebaikan dan manfaat besar kepada rakyat dinafikan," katanya selepas melancarkan Kempen Penggunaan Bahan Rangsangan Lateks Peringkat Nasional 2013, di sini, semalam.
Mohd Shafie yang juga Naib Presiden UMNO, berkata matlamat pakatan pembangkang hanya untuk mengambil alih kerajaan, sedangkan setiap parti mempunyai agenda sendiri yang sudah pasti akan menghuru-harakan keadaan negara jika mereka memerintah.
"Belum lagi memerintah, yang satu nak pemerintahan dan undang-undang secara Islam dan yang satu lagi mahukan hak sama rata untuk semua kaum, ini jelas meunjukkan bahawa mereka tidak sekata," katanya.
Mohd Shafie berkata, berbanding pembangkang, Barisan Nasional mempunyai perancangan pembangunan yang disokong semua parti komponen, sekali gus memastikan kelancaran pelaksanaannya. - BERNAMA
Anda sedang membaca artikel tentang
Jangan gadai masa depan negara kerana janji pembangkang: Shafie Apdal
Dengan url
https://palingmutahir.blogspot.com/2013/02/jangan-gadai-masa-depan-negara-kerana.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Jangan gadai masa depan negara kerana janji pembangkang: Shafie Apdal
namun jangan lupa untuk meletakkan link
Jangan gadai masa depan negara kerana janji pembangkang: Shafie Apdal
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar