Ketua UMNO Bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed, berkata atas keyakinan itu beliau percaya BN akan menjadi parti tunggal memiliki kerusi terbesar dalam Parlimen untuk membentuk kerajaan.
Nur Jazlan yang juga Pengerusi UDA Holdings berkata, percakaran serius dalam pakatan pembangkang amat berbeza dengan kesepakatan yang ada dalam BN yang sudah memerintah negara sejak merdeka dan bersepakat memilih Najib yang juga juga Presiden UMNO dan Pengerusi BN sebagai Perdana Menteri.
Beliau yakin dengan perkembangan masa kini yang menyaksikan pakatan pembangkang bertelagah sesama sendiri dalam pelbagai perkara, parti itu tidak akan dapat membentuk kerajaan.
"Pertelagahan serius tentang calon Perdana Menteri di antara Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sama ada Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah isyarat jelas mengenai kegagalan yang bakal mereka tempuhi di dalam membentuk kerajaan walaupun memenangi PRU-13," katanya.
Nur Jazlan berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar Singapura, Straits Times baru-baru ini, yang menyatakan akan berlakunya ketidaktentuan dalam politik negara selepas keputusan PRU-13.
- BERNAMA
Anda sedang membaca artikel tentang
Persepakatan komponen BN mampu bentuk kerajaan selepas pilihan raya
Dengan url
https://palingmutahir.blogspot.com/2013/02/persepakatan-komponen-bn-mampu-bentuk.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Persepakatan komponen BN mampu bentuk kerajaan selepas pilihan raya
namun jangan lupa untuk meletakkan link
Persepakatan komponen BN mampu bentuk kerajaan selepas pilihan raya
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar