PM ucap selamat menyambut Hari Wilayah Persekutuan

Written By Unknown on Jumat, 01 Februari 2013 | 15.09

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak hari ini mengucapkan selamat menyambut Hari Wilayah Persekutuan kepada warga Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Perdana Menteri turut berharap supaya kemajuan yang mapan dapat dikecapi dirasai semua rakyat.

"Selamat menyambut Hari Wilayah Persekutuan kepada warga Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Kita mahu kemajuan yang mapan dan dirasai semua rakyat," katanya dalam tweet terbaru beliau hari ini.

Hari Wilayah Persekutuan disambut pada 1 Februari setiap tahun sempena pembentukan Kuala Lumpur sebagai Wilayah Persekutuan pertama dan menjadi ibu negara Malaysia pada 1974.

Wilayah Persekutuan Labuan menjadi wilayah persekutuan kedua pada 16 April 1984 diikuti Putrajaya pada 1 Februari 2001.

- BERNAMA


Anda sedang membaca artikel tentang

PM ucap selamat menyambut Hari Wilayah Persekutuan

Dengan url

https://palingmutahir.blogspot.com/2013/02/pm-ucap-selamat-menyambut-hari-wilayah.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

PM ucap selamat menyambut Hari Wilayah Persekutuan

namun jangan lupa untuk meletakkan link

PM ucap selamat menyambut Hari Wilayah Persekutuan

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger