Manfaatkan ilmu yang dipelajari di Jepun untuk majukan Malaysia: Duta Besar

Written By Unknown on Kamis, 07 Februari 2013 | 15.09

KUALA LUMPUR: Pelajar Malaysia yang belajar di Jepun mesti memanfaatkan sepenuhnya pengetahuan dan kemahiran yang mereka peroleh untuk memainkan peranan penting memajukan Malaysia sebagai salah satu negara terbaik dunia.

Duta Besar Jepun ke Malaysia, Shigeru Nakamura berkata, lebih 6,000 pelajar Malaysia telah menamatkan pengajian di Jepun dan siswazah ini harus mendukung amanah negara untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang hebat.

"Universiti Jepun terkenal di seluruh dunia sebagai pengeluar jurutera berkualiti, jadi pelajar Malaysia mesti memanfaat faedah ini untuk menimba ilmu dan kemahiran dalam bidang kejuruteraan supaya apabila mereka pulang, mereka boleh berkhidmat untuk negara sebagai jurutera terbaik.

"Sesungguhnya saya percaya pelajar Malaysia yang kami latih di Jepun akan membentuk masa depan Malaysia dan sebagai rakan baik Jepun sangat berbangga untuk membantu Malaysia," katanya ketika berucap pada majlis penganugerahan sijil Program Persediaan Khas Memasuki Universiti Jepun di Universiti Malaya (UM) di sini, hari ini.

Turut hadir, Pro Canselor UM, Toh Puan Dr Aishah Ong.

Hari ini, 98 pelajar menerima sijil program selama dua tahun dan dijangka meneruskan pengajian mereka di beberapa universiti di Jepun bulan depan.

Shigeru berkata, pelajar juga memainkan peranan penting dalam mengukuhkan hubungan antara Malaysia dan Jepun terutama pada masa depan; dan 'Dasar Pandang Ke Timur adalah dasar yang bagus untuk mewujudkan persefahaman antara rakyat kedua-dua negara.
"Selain belajar, berinteraksi dan mengenali semua orang di sekeliling anda di Jepun. Memahami budaya dan paling penting memperkenalkan budaya Malaysia yang unik kepada rakyat Jepun di sana. Dengan memahami antara satu sama lain kita dapat mengukuhkan jambatan antara dua negara sekarang dan pada masa depan," katanya.

Sementara itu, Aishah berkata, objektif utama Dasar Pandang Ke Timur ialah meninggikan prestasi pengurusan dan pembangunan di negara ini serta mewujudkan masyarakat yang mempunyai nilai dan etika kerja positif, seperti yang diamalkan masyarakat di Jepun.

"Nilai-nilai rajin bekerja dan mempunyai disiplin tinggi yang dimiliki masyarakat Jepun perlu kita terapkan dalam masyarakat Malaysia. Kita lihat pada 2011 Jepun dilanda gempa bumi tetapi rakyat di sana tidak mudah mengalah.

"Mereka teruskan berusaha untuk bangunkan negara mereka dan kini mereka pulih. Ini yang saya mahu anak-anak kita di sini belajar, budaya dan jati diri masyarakat Jepun supaya kita menjadi bangsa yang berjaya seperti mereka satu hari nanti," katanya. - BERNAMA


Anda sedang membaca artikel tentang

Manfaatkan ilmu yang dipelajari di Jepun untuk majukan Malaysia: Duta Besar

Dengan url

https://palingmutahir.blogspot.com/2013/02/manfaatkan-ilmu-yang-dipelajari-di.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Manfaatkan ilmu yang dipelajari di Jepun untuk majukan Malaysia: Duta Besar

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Manfaatkan ilmu yang dipelajari di Jepun untuk majukan Malaysia: Duta Besar

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger