GBGIPG China akan jadi pelabur utama di MCKIP

Written By Unknown on Senin, 04 Februari 2013 | 15.09

PUTRAJAYA: Kumpulan Pelabuhan Antarabangsa Teluk Beibu Guangxi (GBGIPG) akan menjadi pelabur besar dari China di Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP), kata Wakil Khas Perdana Menteri ke China, Tan Sri Ong Ka Ting.

Beliau berkata, syarikat akan menyertai dalam projek peluasan pelabuhan Kuantan, dengan perjanjian akan diadakan semasa majlis pecah tanah untuk MCKIP esok.

"GBGIPG sudah berjanji untuk membawa lebih banyak kapal ke Pelabuhan Kuantan dan mereka akan memanfaatkan sepenuhnya pelabuhan dan kemudahan di Taman Perindustrian Kuantan," kata beliau kepada Bernama selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerima kunjungan kehormat dari delegasi Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang di Pejabat Perdana Menteri.

Ong yang juga Pengerusi Majlis Perniagaan Malaysia-China, berkata kerajaan China telah melantik Peng Qinghua, Setiausaha Jawatankuasa CPC Guangxi, untuk menggerakkan Taman Perindustrian Qin-zhou China-Malaysia (QIP) dan MCKIP.

MCKIP dicadangkan sebagai "sister park" oleh Najib kepada Perdana Menteri China, Wen Jiabao selepas pelancaran QIP di China pada bulan April tahun lalu.

Ong berkata, semasa kunjungan kehormat, Peng memberi taklimat kepada perkembangan MCKIP dan QIP, dan juga bagaimana pelaburan China mengukuhkan potensi dan daya saing MCKIP, dalam usaha untuk menarik lebih banyak pelaburan dari China.

"Beliau turut menekankan yang kerajaan China melihat dengan serius projek-projek usaha sama ini antara kedua-dua negara, dan mereka begitu menantikan majlis pecah tanah untuk MCKIP esok.
"Najib pada pertemuan itu berjanji yang kerajaan Malaysia akan memberikan sokongan penuh kepada kedua-dua taman perindustrian itu," tambah Ong. - BERNAMA


Anda sedang membaca artikel tentang

GBGIPG China akan jadi pelabur utama di MCKIP

Dengan url

https://palingmutahir.blogspot.com/2013/02/gbgipg-china-akan-jadi-pelabur-utama-di.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

GBGIPG China akan jadi pelabur utama di MCKIP

namun jangan lupa untuk meletakkan link

GBGIPG China akan jadi pelabur utama di MCKIP

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger