Najib umum peruntukan RM3.5 juta cat flat di Pandan

Written By Unknown on Sabtu, 02 Februari 2013 | 15.09

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan peruntukan RM3.5 juta untuk mengecat semula bangunan rumah pangsa di kawasan Parlimen Pandan di Selangor.

"Saya janji meluluskan dan menyalurkan peruntukan sebanyak RM3.5 juta untuk

mengecat flat di sini dan ia boleh dimulakan tidak lama lagi. "Kita (Barisan Nasional) buktikan bahawa rakyat mesti didahulukan dan ini

baru sedikit, banyak lagi akan dinikmati sekiranya Selangor kembali kepada
kerajaan BN," katanya dalam ucapan ringkas ketika melawat penduduk Flat Pandan
Jaya di sini.

Pada majlis itu, Najib turut beramah mesra dengan kira-kira 200 penduduk
setempat selain turut mengecat sedikit flat berkenaan sebagai simbolik
penyaluran peruntukan tersebut.
Najib berkata, beliau difahamkan bahawa pakatan pembangkang berjanji untuk
mengecat bangunan tersebut sejak mengambil alih negeri itu tetapi tidak
menepati janji mereka.

"Justeru hari ini saya datang ke sini atas permintaan daripada Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Ong Tee Keat untuk melihat sendiri dan kemudiannya meluluskan dana kerajaan tersebut," katanya.

Sementara itu, Ong yang menyambut baik pengumuman itu berkata, 58 rumah
pangsa kos rendah dan sederhana rendah akan dicat semula menggunakan peruntukan
itu.

Katanya, ia termasuk 32 blok flat atau rumah pangsa kos rendah dan 22 blok
kos sederhana rendah di Pandan Jaya serta empat blok Pangsapuri Inai, Pandan
Indah, dan ia akan memberi manfaat kepada kira-kira 2,300 penduduk.

"Projek mengecat semula di Pandan Jaya ini dibuat atas permintaan rakyat
kerana mereka berasa terkilan dan dukacita kerana janji kerajaan negeri Selangor
untuk mengecat semula flat masih belum tertunai malah ada yang dicat sedikit
kemudian ditinggalkan.

"Kerajaan BN sendiri sebelum ini sudah mengecat sebanyak 16 blok flat di
Pandan Jaya Fasa 2 selepas menerima permintaan penduduk," katanya.

Perdana Menteri kemudiannya melancarkan Pusat Daerah Mengundi di Kampung
Melayu Ampang sebelum menunaikan solat Zohor bersama penduduk di Masjid Jamil
Huda yang terletak bersebelahan.

Najib turut menandatangan buku pelawat masjid dan makan bersama jemaah secara bersila. - BERNAMA


Anda sedang membaca artikel tentang

Najib umum peruntukan RM3.5 juta cat flat di Pandan

Dengan url

https://palingmutahir.blogspot.com/2013/02/najib-umum-peruntukan-rm35-juta-cat.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Najib umum peruntukan RM3.5 juta cat flat di Pandan

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Najib umum peruntukan RM3.5 juta cat flat di Pandan

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger