Abdul Samad Abdul Ghani, 49, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Mat Ghani Abdullah.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di premis sekolah di Kajang, Hulu Langat dekat sini, kira-kira jam 11.30 pagi pada 8 November 2011.
Abdul Samad juga didakwa memperoleh untuk dirinya wang tunai RM3,000 daripada Zainun sebagai dorongan untuk melakukan perkara sama kira-kira jam 11 pagi, 14 November 2011 di tempat yang sama.
Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum mengikut Seksyen 24 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda minimum lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi.
Mat Ghani membenarkan Abdul Samad dibebaskan dengan jaminan RM5,000 serta seorang penjamin dan menetapkan 19 April ini untuk perbicaraan.
Beliau juga menetapkan 31 Mac ini untuk sebutan semula kes. - BERNAMA
Anda sedang membaca artikel tentang
Guru besar didakwa minta, peroleh suapan RM3,000
Dengan url
https://palingmutahir.blogspot.com/2013/02/guru-besar-didakwa-minta-peroleh-suapan.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Guru besar didakwa minta, peroleh suapan RM3,000
namun jangan lupa untuk meletakkan link
Guru besar didakwa minta, peroleh suapan RM3,000
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar