Hakim G.Ramesh menetapkan tarikh itu selepas membenarkan permohonan peguam Evic Paulsen yang mewakili Mohd Rafizi.
Pada 23 November tahun lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ghazali Cha menolak permohonan Mohd Rafizi untuk mengetepikan pertuduhan itu selepas mendapati permohonan itu bersifat pramatang.
Mohd Rafizi memfailkan permohonan itu pada 10 September tahun lepas, atas alasan prosiding jenayah di Mahkamah Sesyen berkenaan bermotifkan politik.
Mohd Rafizi, 36, mengaku tidak bersalah mendedahkan dokumen penyata baki akaun pelanggan Public Bank Bhd iaitu National Feedlot Corporation (NFC), National Meat & Livestock Sdn Bhd, Agroscience Industries Sdn Bhd dan Pengerusi NFC Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, yang beliau mempunyai akses, kepada Yusof Abdul Alim dan Erle Martin Carvalho.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Ibu Pejabat PKR di Merchant Square, Jalan Tropicana Selatan, Petaling Jaya, pada 7 Mac lalu.
Mohd Rafizi didakwa mengikut Seksyen 97(1) Akta Bafia yang boleh dihukum mengikut Seksyen 103(1)(a) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda maksimum RM3 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Kerani bank, Johari Mohamad, 42, juga mengaku tidak bersalah bersubahat dengan Mohd Rafizi pada tarikh dan di alamat yang sama.
Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 112(1)(c) Akta Bafia, dan boleh dihukum menurut Seksyen 103 akta sama. - BERNAMA
Anda sedang membaca artikel tentang
Kes Rafizi dedahkan penyata akaun NFC disebut semula 6 Mac
Dengan url
https://palingmutahir.blogspot.com/2013/02/kes-rafizi-dedahkan-penyata-akaun-nfc.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Kes Rafizi dedahkan penyata akaun NFC disebut semula 6 Mac
namun jangan lupa untuk meletakkan link
Kes Rafizi dedahkan penyata akaun NFC disebut semula 6 Mac
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar