Timbalan Perdana Menteri berkata, isu menutup sekolah kurang murid sama ada sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina serta Tamil tidak timbul dan terpulang kepada ibu bapa jika mereka mahu memindahkan anak-anak mereka daripada sekolah kurang murid ke sekolah lain.
"Kebanyakan sekolah ini (kurang murid) tak berapa baik. Guru tak cukup, jumlah pelajar kecil. Kadang-kadang pelajar 10 guru pun 10. Tak ada pelajar mencukupi. Kadang-kadang guru kena ajar dua, tiga subjek untuk menampung subjek-subjek di sekolah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Himpunan Guru Muda 1Malaysia Zon Utara di Sekolah Menengah Kebangsaan Hutan Kampung di sini, hari ini.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, terdapat lebih 2,000 sekolah yang dikategorikan sekolah kurang murid di seluruh negara, yang bilangan pelajar kurang daripada 50 orang.
- BERNAMA
Anda sedang membaca artikel tentang
Sekolah kurang murid tidak ditutup, akan ditingkatkan: TPM
Dengan url
https://palingmutahir.blogspot.com/2013/02/sekolah-kurang-murid-tidak-ditutup-akan.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Sekolah kurang murid tidak ditutup, akan ditingkatkan: TPM
namun jangan lupa untuk meletakkan link
Sekolah kurang murid tidak ditutup, akan ditingkatkan: TPM
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar