Ketua Pegawai Teknikal SPNB, Datuk Ahmad Azizi Ali, berkata SPNB membina sebanyak 19,700 unit RMR1M dengan subsidi kerajaan sebanyak RM20,000 setiap unit sejak program RMR diperkenalkan pada 2002.
Selain memberi subsidi kepada pembinaan RMR1M, kerajaan juga menanggung kos tambahan yang diperlukan untuk kerja ambil alih dan menyiapkan projek perumahan yang terbengkalai.
"Kerajaan tidak mahu membebankan rakyat, oleh itu SPNB tidak dibenarkan menaikkan harga rumah yang terbengkalai, sebaliknya kami menyiapkan rumah tersebut dan kos tambahan ditanggung sepenuhnya kerajaan," katanya.
Program bersama media yang bertemakan "Selamatkan Gaza" itu diadakan di Kem Isi Rimba, Hulu Kemensah di sini turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti riadah dan penyerahan sumbangan RM2,300 oleh pekerja SPNB untuk Tabung Gaza.
Azizi berkata, SPNB juga kini giat menyiapkan dua projek perumahan yang terbengkalai lebih 10 tahun di Batu Pahat dan Tangkak, Johor.
"Taman Jasa Amir di Batu Pahat membabitkan 50 unit rumah manakala terdapat 60 unit rumah terbengkalai di Taman Tangkak Emas, Tangkak dan ia membabitkan kos lebih RM20juta," katanya.
Sementara itu, Azizi berkata, SPNB juga memulakan pembinaan fasa kedua rumah mampu milik di Laguna Biru, Rawang yang mempunyai 1,200 unit rumah berharga antara RM160,000 ke RM170,000 dan dijangka siap Januari 2015.
- BERNAMA
Anda sedang membaca artikel tentang
SPNB bina 19,000 Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia tahun ini
Dengan url
https://palingmutahir.blogspot.com/2013/02/spnb-bina-19000-rumah-mesra-rakyat.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
SPNB bina 19,000 Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia tahun ini
namun jangan lupa untuk meletakkan link
SPNB bina 19,000 Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia tahun ini
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar