Diberdayakan oleh Blogger.

Popular Posts Today

Tokoh agama akan dijemput bersama Hadi dalam rancangan TV: Rais

Written By Unknown on Senin, 31 Desember 2012 | 15.09

KUALA LUMPUR: Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata tokoh agama dan mufti negeri akan dijemput untuk bersama dalam forum yang akan memberi peluang buat julung kalinya kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi memperjelas amanatnya yang memecah-belahkan umat Islam di Malaysia.

Rais berkata, Hadi tidak boleh membuat keputusan bersendirian dan terlalu yakin dengan kebolehan dirinya yang berlatar belakangkan pendidikan agama "kerana sentiasa ada orang yang lebih bijak daripada kita".

"RTM adalah hak rakyat dan ia boleh diguna untuk menjelaskan sesuatu perkara, tapi bukan satu saluran sahaja (Hadi seorang), ia mesti disertai oleh pihak-pihak yang juga ada ilmu, nas dan pengalaman," katanya selepas Program Larian Tahun Baru 1Malaysia di Dataran Merdeka di sini, hari ini.

Presiden PAS itu, katanya, harus bersedia untuk menerima pendapat orang lain dan forum tersebut akan dibuat dalam suasana yang sesuai.

Rais berkata, Hadi tidak boleh membuat tanggapan bahawa keputusan (Amanat Hadi Awang) yang beliau buat pada 1981, itu adalah muktamad.

Menurut Rais, Hadi bukan ahli jawatankuasa fatwa atau majlis agama Islam negeri, sebaliknya beliau hanyalah seorang ahli politik yang mengeluarkan pandangan sendiri dan pandangan itu pula berasaskan sentimen yang diselubungi oleh politik.

Rais juga berharap Hadi akan menarik balik tuduhan kafirnya ke atas pengikut Umno semasa berlangsungnya program itu dan jika beliau mahu meneruskan amanatnya, Hadi harus mendengar pandangan daripada tokoh agama lain yang akan turut serta.
"Sehingga kini, belum ada lagi permohonan rasmi dari Hadi tetapi segala perancangan untuk menyediakan rancangan berbentuk forum tanpa kehadiran penonton studio itu sedang berjalan," katanya.

Rais menjelaskan demikian ketika mengulas mengenai hasrat Hadi yang mahu muncul dalam kaca televisyen secara langsung selama sejam untuk menerangkan keadaan sebenar berhubung isu pepecahan umat Islam selepas mengeluarkan amanatnya yang mengkafirkan Umno pada 1981, di Kuala Terengganu.

Dalam pada itu, Rais meminta parti politik dalam negara ini supaya bersatu dalam konteks kemasyarakatan Malaysia.

Katanya, Malaysia harus dibantu tanpa mengira latar belakang politik, agama dan budaya supaya negara ini terus mendapat tempat tertinggi dalam aturan keduniaan dan antarabangsa.

"Kita perlu bersatu dalam konteks di luar politik dan bukan hanya politik sahaja yang boleh satukan kita, tetapi perasaan kekitaan sebagai rakyat Malaysia," katanya.

"Orang PKR (Parti Keadilan Rakyat) perlu jayakan anak mereka, orang UMNO pun sama, kita tidak boleh terlalu banyak berlopak dalam politik sampai kita lupakan negara dan kewarganegaraan kita," katanya.

Di PUTRAJAYA, Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan, berkata Hadi disyor mengadakan sidang akhbar terbuka atau melalui web TV mengenai "Amanat Haji Hadi" tanpa perlu memberi penjelasan secara langsung di stesen televisyen tempatan.

Menurut Ahmad, tindakan Presiden PAS itu yang hanya mahu tampil di stesen televisyen tertentu seperti Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan TV3, seolah-olah mempunyai agenda tersendiri.

"Mungkin ada tujuan-tujuan tertentu. Tapi pada saya panggil sidang akhbar lagi ramai boleh datang. Ia boleh disiar secara langsung oleh segala web TV. Nak panggil stesen TV luar negara pun boleh," katanya pada sidang media selepas merasmikan Kopitiam Killiney Putrajaya di sini, hari ini.

Ahmad berkata, pada sidang media, Sabtu lalu selepas sekian lama berdiam diri daripada menjawab isu berkenaan, Hadi tidak memaklumkan untuk menarik semula amanat itu, tetapi hanya ingin memberi penjelasan.

"Mudah-mudahan dia akan tarik amanat itu. Tapi kelihatannya sukar. Saya kira kalau dia menarik balik amanat itu dan memohon maaf, dia berjiwa besar seperti Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) yang memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

"Walaupun tak nampak apa salah perdana menteri, tapi (memohon maaf) bagi pihak pemimpin yang tidak turun padang, yang tidak melaksanakan tugas dengan baik yang menyebabkan kekalahan pada pilihan raya umum 2008," kata Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Operasi meroboh banglo terjejas di Puncak Setiawangsa bermula hari ini

KUALA LUMPUR: Kerja merobohkan sebuah banglo yang terjejas di Puncak Setiawangsa berikutan kejadian tanah runtuh Jumaat lalu dimulakan hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Othman Abu Bakar, berkata operasi tersebut akan mengambil masa beberapa hari bagi mengelak berlaku lagi runtuhan tanah.

"Operasi itu dijalankan secara berhati-hati bermula dari bahagian bumbung banglo berkenaan dan ke bahagian bawah secara perlahan-lahan," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, seramai 283 penghuni di kawasan itu sudah berpindah manakala tujuh lagi banglo masih berada dalam zon tidak selamat diduduki.

Rumah yang dikosongkan dipantau 24 jam oleh pihak polis dan RELA bagi memastikan keselamatan harta benda. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Empat lelaki didakwa rompak wang tunai lebih RM16,500

KUALA LUMPUR: Empat lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini terhadap tuduhan merompak wang tunai berjumlah RM16,555 milik sebuah tempat letak kereta di sini, Isnin lalu.

Chia Fong, 49, G.Jaspal Singh, 35, B.Sanjif Nair, 27, dan H.S.Lakwir Singh, 30, didakwa bersama-sama merompak wang tunai itu ke atas penjaga tempat letak kereta, Md Faizal Mohamad, 26, di hadapan stesen minyak BHP Sri Petaling, Brickfields dekat sini pada jam 11.45 pagi, 24 Disember lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh disebat, jika sabit kesalahan.

Hakim Mohamad Sekeri Mamat membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 31 Januari sebagai tarikh sebutan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norasyikin Ahmad. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Banglo Puncak Setiawangsa dirobohkan 10 pagi tadi

KUALA LUMPUR: Kerja pembersihan tebing runtuh dan merobohkan sebuah banglo milik pensyarah agama, Syeikh Maulana dijalankan oleh kontraktor yang dilantik pemaju utama Puncak Setiawangsa bermula jam 10 pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Othman Abu Bakar, berkata proses berkenaan mengambil tempoh beberapa hari bagi mengelakkan runtuhan lebih besar berlaku.

"Kerja merobohkan struktur bangunan itu dilakukan bermula dari bumbung dan ke bahagian bawah secara perlahan-lahan," katanya pada sidang media selepas melawat keadaan di Pusat Operasi Bencana Tebing Runtuh di Setiawangsa di sini, hari ini.

Othman berkata, seramai 283 penghuni yang terbabit dalam tragedi itu sudah berpindah ke kawasan selamat manakala tujuh lagi penghuni banglo masih berada dalam zon merah (zon tidak selamat di duduki).

Katanya, setakat ini jumlah rumah yang berada dalam zon merah adalah sebanyak 78 kediaman membabitkan 58 rumah teres, tujuh banglo dan 13 lot rumah kedai dua tingkat.

"Rumah yang dikosongkan oleh penduduk ketika ini sentiasa dipantau dalam tempoh 24 jam oleh pihak polis, RELA dan beberapa agensi yang terbabit," katanya.


15.09 | 0 komentar | Read More

Banglo Jamaluddin dan Zulhasnan akan dirobohkan, bergantung kepada proses kajian tanah: IKRAM

KUALA LUMPUR: Dua unit kediaman di Jalan Puncak Setiawangsa 2, milik Ahli Parlimen Rompin dan Ahli Parlimen Setiawangsa akan dimusnahkan sekiranya tindakan itu dapat mengelakkan kejadian lebih buruk di situ.

Hasil keputusan yang dibuat sebelum ini, Jabatan Kerja Raya (JKR), Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur serta pemaju dan penduduk kawasan Bukit Setiawangsa bersetuju untuk merobohkan sebuah banglo di lereng bukit yang disewa warga Iraq, secara berperingkat selepas kedudukannya dirasakan tidak selamat susulan kejadian tanah runtuh, Jumaat lalu.

Ketua Pegawai Operasi IKRAM, Mohd Taufik Harun, berkata tindakan bagi merobohkan kediaman Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis dan Datuk Seri Zulhasnan Rafique itu bagaimanapun bergantung kepada proses kajian tanah yang dijalankan oleh pihaknya dengan dibantu Bahagian Cerun JKR, dari semasa ke semasa.

Sementara itu, Datuk Seri Jamaluddin Jarjis menegaskan beliau tidak mempunyai sebarang halangan mengenai tindakan susulan yang bakal diambil untuk merobohkan kediamannya.

"Sebagai mangsa, sekiranya langkah yang diambil dapat mengurangkan risiko serta menjamin keselamatan penduduk sekitar Bukit Setiawangsa dan Puncak Setiawangsa, saya bersedia untuk akur terhadap apa juga keputusan yang akan dikeluarkan kerana ini adalah demi kepentingan bersama," katanya.


15.09 | 0 komentar | Read More

Penduduk bantah tapak pembalakan di Tasik Pedu

Written By Unknown on Minggu, 30 Desember 2012 | 15.09

PEDU: Kira-kira 50 rakyat Kedah bersama wakil badan bukan kerajaan (NGO) berkumpul di tapak pembalakan di Tasik Pedu, di sini membantah kedegilan kerajaan PAS untuk meneruskan aktiviti penebangan balak di lokasi itu.

Mereka berkumpul sambil membawa sepanduk mendesak kerajaan PAS Kedah menghentikan projek itu, ketika Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, membawa media meninjau lokasi projek agrotourism di lokasi pembalakan berkenaan, pagi tadi.


15.09 | 0 komentar | Read More

19 penganut mazhab Syiah maut dalam serangan bom di Pakistan

QUETTA: Seramai 19 orang maut apabila serangan kereta berisi bom terhadap bas yang membawa penganut mahzab Syiah di barat daya Pakistan, kata pegawai.

Bom yang dikawal menggunakan alat kawalan jauh merempuh konvoi tiga bas di daearh Mastung, kira-kira 30 kilometer selatan Quetta wilayah Baluchistan.


15.09 | 0 komentar | Read More

Permaisuri Agong sampaikan bantuan persekolahan kepada anak yatim

ALOR SETAR: Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah hari ini berkenan menyampaikan bantuan persekolahan kepada 306 orang anak yatim dari empat daerah di Kedah.

Penyampaian bantuan sumbangan Yayasan Anak-Anak Yatim Sultanah Bahiyah (YASH) itu berlangsung di Istana Seri Pelangi di sini.

Anak-anak yatim terbabit adalah pelajar sekolah rendah dan menengah dari daerah Kuala Muda, Sik, Baling dan Kota Setar.

Pada majlis itu baginda juga berkenan memberi sumbangan khas kepada anak-anak yatim yang memperoleh keputusan cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2012.

Ahli Lembaga Pengarah YASH, Datuk Rosli Awang berkata, sumbangan itu bertujuan meringankan beban keluarga anak-anak yatim dalam menyediakan persiapan persekolahan.

Raja Permaisuri Agong sangat prihatin dan sentiasa meluangkan masa untuk anak-anak yatim dan menyalurkan bantuan melalui YASH bagi meringankan beban keluarga-keluarga miskin, katanya kepada pemberita selepas majlis itu.

Seorang ibu tunggal, Safinar Mohammad Yusof, 39, amat bersyukur kerana tiga anaknya yang berumur tujuh hingga 17 tahun mendapat bantuan itu.
"Sejak kematian suami Julai lepas, saya mengambil upah menoreh getah dan dengan pendapatan kira-kira RM400 sebulan itulah digunakan bagi belanja harian dan persekolah anak-anak saya," katanya.

Siti Rozizawati Zaidi, 28, yang memperoleh pendapatan RM20 sehari dengan mengambil upah membersih sayur di sebuah kedai di Baling jelas amat terharu dengan bantuan yang amat diperlukan anaknya.

"Terima kasih kepada Raja Permaisuri atas keprihatinan baginda terhadap anak-anak yatim," katanya yang berpisah dengan suaminya hampir empat tahun lalu. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Wartawan akhbar Cina cedera dipukul di PP

GEORGETOWN: Seorang wartawan akhbar bahasa Cina cedera selepas dipukul empat lelaki ketika membuat liputan di sebuah pangsapuri di Jalan Perak di sini, awal hari ini.

Ang Kean Siang, 32, dari Guan Ming Daily cedera di bibir dan badannya dan menerima rawatan awal di Hospital Pulau Pinang sebelum dirawat di Hospital Loh Guan Lye.

Dalam kejadian itu, kameranya turut dirosakkan kumpulan lelaki terbabit yang tidak berpuas hati kerana merakam kejadian seorang wanita ditemui mati, dipercayai terjatuh dari tingkat 19 pangsapuri berkenaan.

Sebelum itu beliau dimarahi seorang lelaki yang mengarahkannya beredar di tempat kejadian.

"Bimbang berlaku kekecohan di situ, saya beredar sebelum seorang lelaki bermotosikal menawarkan untuk membawa saya keluar dari kawasan berkenaan dan saya bersetuju membonceng motosikalnya," katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di sini.

Ang berkata, lelaki berkenaan membawanya ke kawasan kontena yang dijadikan pos kawalan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) yang terletak di Lorong Perak dan meninggalkanya di situ.

"Selepas ditinggalkan di depan pos kawalan PPS berkenaan, datang lelaki yang memarahi saya sebelum ini bersama tiga lagi lelaki lain. Mereka merampas kamera dan menghempas ke lantai sehingga menyebabkan kamera saya rosak," katanya.
Ang berkata, empat lelaki berkenaan bertindak memukulnya di bahagian muka, badan dan salah seorang daripada mereka turut menendang kemaluannya.

"Sepanjang bekerja ini pengalaman pertama saya dipukul dan ia tidak mematahkan semangat, cuma saya berharap polis dapat mengambil tindakan segera terhadap mereka.

"Selain itu saya juga kesal kerana mereka (anggota PPS) sepatutnya mengawal ketenteraman dan keselamatan namun tindakan mereka terhadap saya menunjukkan mereka seolah-olah samseng," katanya yang menerima rawatan awal di Hospital Pulau Pinang sebelum dirawat di hospital Loh Guan Lye, di sini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng yang dihubungi mengesahkan menerima laporan polis berkenaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi PPS Pulau Pinang, Ng Wei Aik berkata, pihaknya mengenal pasti anggota PPS yang terlibat dalam kejadian itu dan akan mengambil tindakan tegas termasuk melucutkan keanggotaan mereka.

"Buat masa ini kita sudah membekukan semua aktiviti pasukan PPS yang terbabit sementara siasatan dijalankan. Kita juga akan memberikan kerjasama kepada pihak polis sekiranya diperlukan," katanya.

PPS dilancarkan pada 17 September 2011 bertujuan memberi kesedaran kepada orang ramai tentang aspek keselamatan selain membantu pihak polis melakukan rondaan bagi menjaga ketenteraman awam. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

5 gajah terbunuh dirempuh kereta api di timur India

BHUBANESHWAR: Kereta api penumpang terbabas dan melanggar lima gajah yang melintas landasan kereta api di timur India.

Jurucakap perkhidmatan kereta api R.N. Mohapatra berkata, kereta api itu merempuh haiwan terbabit pada awal hari ini di kawasan hutan Rambha, kira-kira 180 kilomemeter selatan Bhubaneshwar ibu wilayah Orissa.

Ketua Pemeliharaan Jabatan Haiwan dan Hidupan Liar, J.D. Sharma menuduh pihak berkuasa kereta api mengabaikan amaran supaya kenderaan terbabit diperlahankan kerana gajah sedang melalui kawasan berkenaan.

Mohapatra berkata, amaran itu hadir terlalu lewat. - AP


15.09 | 0 komentar | Read More

14,000 peminjam PTPTN nikmati diskaun 20 peratus

Written By Unknown on Sabtu, 29 Desember 2012 | 15.09

KUALA LUMPUR: Seramai 13,900 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tampil menyelesaikan pinjaman pembiayaan pendidikan PTPTN bagi menikmati tawaran diskaun sebanyak 20 peratus seperti diumumkan Perdana Menteri Datuk, Seri Najib Razak.

Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said, berkata jumlah itu direkodkan bagi tempoh 1 Oktober sehingga 15 Disember lalu membabitkan jumlah pembiayaan sebanyak RM47.94 juta manakala jumlah bayaran balik yang diterima adalah RM38.36 juta.

Katanya, jumlah diskaun pengurangan bayaran balik adalah sebanyak RM9.59 juta itu dianggap sebagai hadiah kepada peminjam PTPTN serta galakan supaya peminjam tampil membuat pembayaran.

"Diskaun 20 peratus itu diberikan kepada peminjam yang menyelesaikan hutang secara sekali gus dalam tempoh 1 Oktober 2012 hingga 30 September 2013," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Ismail berkata, daripada 13,900 peminjam yang membuat bayaran balik secara sekali gus itu, seramai 629 adalah peminjam yang disenarai hitam dengan jumlah pembiayaan pendidikan sebanyak RM4.07 juta.

"PTPTN sebelum ini mengumumkan bahawa golongan ini layak menikmati diskaun 20 peratus sebagai satu langkah realistik yang membuka ruang kepada mereka untuk melunaskan pinjaman," katanya.

Beliau berkata, PTPTN turut memberikan diskaun sebanyak 10 peratus kepada peminjam yang membuat ansuran bayaran balik mengikut jadual bayaran balik yang ditetapkan PTPTN iaitu selama 12 bulan berturut-turut atau 12 bulan ke hadapan bermula 1 Oktober lalu.
Dalam Belanjawan 2013 yang dibentangkan September lalu, Perdana Menteri mengumumkan diskaun 20 peratus bagi mereka yang membayar jumlah pinjaman tertunggak sepenuhnya sebelum 30 Sept tahun depan.

Mereka yang gagal membayar selepas tarikh akhir tetapi berusaha membayar pinjaman mereka pada masanya untuk tempoh 12 bulan juga layak mendapat diskaun 10 peratus.

Tambah beliau, selaras dengan pengumuman Belanjawan 2013 juga, PTPTN memberi kelonggaran pertukaran ujrah sehingga hujung bulan ini kepada semua peminjam termasuk peminjam yang disenarai hitam.

"PTPTN menyeru supaya peminjam PTPTN yang disenarai hitam tampil berunding dengan PTPTN dan tidak melepaskan peluang untuk menikmati insentif yang disediakan itu," katanya.

Media sebelum ini melaporkan Ketua Eksekutif PTPTN, Agos Cholan mengumumkan bahawa PTPTN menawarkan kepada peminjam yang disenarai hitam atau disaman membuat pertukaran ujrah bermula 17 Oktober lalu.

Sistem ujrah yang menawarkan upah satu peratus setahun atas kadar rata adalah kaedah pembiayaan berlandaskan prinsip syariah bertujuan mengurangkan beban peminjam yang selama ini gagal menyelesaikan pinjaman pembiayaan pendidikan.

Katanya, setiap peminjam yang tampil ke PTPTN akan diberikan surat tawaran yang perlu diisi dengan maklumat terkini dan diserahkan semula ke PTPTN dalam masa 90 hari dari tarikh surat tawaran diperoleh.

"Kaedah ini memberi peluang kepada golongan berkenaan menstruktur semula pembayaran balik pinjaman melalui kaedah ujrah atau mengikut kadar yang mereka mampu," kata Ismail.

Dalam pada itu, beliau berkata sehingga 30 November lalu, seramai 18,098 peminjam mendapat Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian Kelas Pertama atau setaraf dengannya yang membabitkan jumlah pembiayaan sebanyak RM503.34 juta.

- BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Musa mahu USIA beri pelbagai khidmat selaras konsep 1Malaysia

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman mahu Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) mempelbagaikan perkhidmatannya meliputi aspek ekonomi, pendidikan dan kemahiran.

Beliau berkata, pendekatan transformasi seumpama itu adalah bersesuaian dengan konsep 1Malaysia 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'.

Dengan adanya kepelbagaian, ia akan dapat membantu menjayakan misi USIA memenuhi kehendak golongan sasaran dengan lebih efektif dan berkualiti, kata Musa dalam ucapan merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Perwakilan USIA ke-26 di Dewan Persidangan Menara USIA 1Borneo, dekat sini, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Yahya Hussin.

Turut hadir pada majlis itu ialah Yang Dipertua USIA, Tun Sakaran Dandai.

Musa meminta USIA meneruskan proses transformasi dan menzahirkan perubahan sesuai dengan tuntutan semasa.

Beliau berkata, USIA perlu meningkatkan peranan sebagai pertubuhan dakwah yang bukan sekadar mampu melakar perubahan tetapi berupaya melakukan perubahan melalui pendekatan yang realistik dan komprehensif.
"Dengan ini, barulah USIA akan terus dihormati sebagai sebuah pertubuhan dakwah yang bergerak mengikut peredaran zaman," katanya.

Musa menyeru umat Islam terus bersatu padu dan mengelakkan apa juga usaha yang boleh memecahbelahkan mereka dan melemahkan kekuatan ummah.

"Kita perlu memantapkan perpaduan sesama kita demi membentuk sebuah masyarakat kukuh dalam semua aspek kehidupan selaras dengan gagasan 1Malaysia sebagai teras utama mencapai status negara maju dalam semua bidang termasuk agama," katanya.

- BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Semua bakal calon BN PRU-13 bebas rasuah, jenayah

PUTRAJAYA: Semua calon Barisan Nasional (BN) yang bakal bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) bebas rasuah dan jenayah, kata Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini.

Beliau berkata, bakal calon BN bagi kesemua 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) melalui proses saringan teliti termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Insolvensi untuk memastikan calon itu 'bersih' dan bebas masalah.

"Semua calon BN yang bakal bertanding sudah melalui proses saringan yang teliti,"katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan persekolahan, uniform RELA, ramah mesra bersama pemimpin dan pesta jom makan durian di sini, hari ini.

Selain itu, Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung UMNO berkata latar belakang bakal-bakal calon BN juga dikaji secara mendalam untuk memastikan mereka adalah pilihan rakyat.

"Kita mahu calon yang bakal bertanding itu adalah mereka yang dikehendaki rakyat, bukannya kehendak parti atau individu-individu dalam parti. Kita mahu calon yang rakyat fikirkan dia boleh mewakili rakyat," katanya.

Mengenai muka baru dan calon wanita yang bakal bertanding dalam PRU-13 nanti, Tengku Adnan berkata "itu rahsia parti".

Baru-baru ini, Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah SPRM, Datuk Johan Jaaffar mencadangkan semua parti politik menghantar senarai calon yang akan bertanding dalam PRU-13 untuk ditapis SPRM.
Cadangan itu adalah untuk memastikan calon-calon yang bakal bertanding 'bersih' daripada rasuah selain mengelak sebarang tohmahan tidak berasas ke atas mana-mana individu atau parti di belakang calon itu.

Pada majlis yang sama, Tengku Adnan yang juga Ahli Parlimen Putrajaya berkata beliau dan Perbadanan Putrajaya (PPJ) akan terus menggemblengkan tenaga untuk menyediakan keperluan bagi memberikan keselesaan kepada penduduk.

"Saya juga memohon maaf kepada penduduk di sini kalau ada kesilapan-kesilapan yang terlepas pandang atau terlupa perkara-perkara yang patut saya lakukan bagi pihak mereka, tetapi tak dapat lakukan.

"Saya juga mengingatkan mereka agar menjadi masyarakat contoh untuk negara kerana Putrajaya merupakan sebuah bandar lestari," katanya.

- BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Yang Dipertuan Agong terima zakat perniagaan dari empat syarikat

ALOR SETAR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini berkenan menerima pemberian zakat perniagaan bagi 2011 dari empat syarikat bernilai kira-kira RM1.91 juta, kepada Pejabat Zakat Negeri Kedah dan Wilayah Persekutuan.

Majlis penyerahan zakat itu dimulakan dengan penyerahan zakat dari Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) yang disampaikan oleh Presidennya, Prof Datuk Dr Mohd Ali Baharum dengan nilai RM105,207.

Daripada jumlah itu, RM55,140 akan diberikan kepada Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan manakala selebihnya adalah kepada Pejabat Zakat Negeri Kedah.

Dalam majlis yang berlangsung di Istana Anak Bukit, Bina Darulaman Berhad (BDB) pula menyerahkan zakat melalui Pengerusinya, Datuk Saad Endut dengan nilai RM855,000 diikuti oleh Naib Pengerusi Koperasi Bank Persatuan Malaysia, Zainon Ishak dengan nilai RM150,000.

Turut menyerahkan mock cek zakat perniagaan ialah Padiberas Nasional Berhad (Bernas) melalui Ahli Lembaga Pengarahnya, Datuk Azizan Ayub bernilai RM800,790.

Sementara itu, Presiden ANGKASA, Prof Datuk Dr Mohd Ali Baharum, berkata pihaknya juga turut menyediakan 400 ekor lembu sebagai pemberian zakat kepada 103 asnaf Orang Asli yang terpilih dengan setiap seorang menerima empat ekor lembu bernilai kira-kira RM6,500 untuk diternak.

"Kita lihat mereka (Orang Asli) ada potensi dalam mengembangkan sektor pertanian melalui ternakan lembu. Salah satu tujuan kita memberi lembu kepada golongan Orang Asli sebagai zakat adalah kerana kita nak didik mereka untuk berdikari dan kita lihat mereka menghargai pemberian ini," katanya.
Beliau berkata, pada tahun lalu ANGKASA menyerahkan 180 ekor lembu kepada 60 orang asnaf dengan setiap seorang menerima tiga ekor anak lembu yang dianggarkan berharga kira-kira RM5,000.

- BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Runtuhan di Setiawangsa: 88 termasuk 30 pemilik banglo diarah pindah

KUALA LUMPUR: Seramai 88 penghuni kediaman dan 18 penghuni rumah kedai di Bukit Setiawangsa, dekat sini, diarahkan berpindah akibat kejadian tanah runtuh, malam semalam.

Arahan kepada 30 pemilik banglo mewah di sekitar Jalan Puncak Setiawangsa dan penghuni kediaman teres dua tingkat di Jalan Bukit Setiawangsa 2 itu dikeluarkan polis, awal pagi tadi.

Ini sususlan Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM) mengesahkan bahawa masih terdapat pergerakan tanah di kawasan itu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Othman Abu Bakar, berkata sehingga kini pihaknya masih menantikan keputusan susulan kajian ke atas tanah oleh IKRAM dan Jabatan Kerja Raya (JKR) sebelum membenarkan penduduk kembali semula ke kediaman mereka.


15.09 | 0 komentar | Read More

Harga saham kekal kukuh pada tengah hari

Written By Unknown on Jumat, 28 Desember 2012 | 15.09

KUALA LUMPUR: Harga saham di Bursa Malaysia kekal kukuh pada rehat tengah hari dengan peningkatan minat oleh pengurus dana dilihat pada kaunter saham berwajaran tinggi dan berkaitan indeks, kata peniaga.

Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI), yang dibuka pada ketinggian rekod 1,686.7 pagi ini, naik 5.74 mata kepada 1,679.9 setakat tengah hari.

Keuntungan kebanyakannya dilihat pada kaunter berwajaran tinggi didahului oleh Sime Darby, yang menyumbang kira-kira 1.01 mata kepada kenaikan barometer pasaran.

Sime Darby naik sembilan sen kepada RM9.48.

Dua bursa serantau kekal pada trend menaik dengan Nikkei 225 naik 72.95 mata kepada 10,395.93 dan Hang Seng Hong Kong bertambah 10.59 mata kepada 22,630.37 sementara Straits Times Singapura merosot 1.33 mata kepada 3,182.60.

Sementara itu, Indeks Kewangan naik 37.07 mata kepada 15,296.53, Indeks Perladangan meningkat 51.61 mata kepada 8,092.2 dan Indeks Perusahaan naik 15.4 mata kepada 2,766.46.

Indeks FBM Emas mencatatkan 41.88 lebih tinggi pada 11,374.7, FBMT100 meningkat 41.38 mata kepada 11,236.37, Indeks FBM Mid 70 naik 58.55 mata kepada 12,237.14 sementara Indeks FBM Ace susut 0.74 mata kepada 4,192.0.
Kaunter untung mengatasi rugi pada 301 berbanding 225, sementara 335 kaunter tidak berubah, 786 tidak didagangkan dan 29 yang lain digantung.

Volum kekal tipis pada 430.968 juta saham bernilai RM499.918 juta.

Kaunter paling untung, Petronas Dagangan naik 32 sen kepada RM23.68, Kulim meningkat 23 sen kepada RM5.05 dan United Plantations bertambah 30 sen kepada RM25.30.

Di kalangan saham aktif, Integrated Rubber susut enam sen kepada tujuh sen, Integrated Rubber-WA merosot dua sen kepada dua sen sementara Kulim-CF:CW naik 8.5 sen kepada 20.5 sen.

Bagi saham berwajaran tinggi, Maybank tidak berubah pada RM9.08 sementara Axiata naik enam sen kepada RM6.73 dan CIMB meningkat lima sen kepada RM7.65.

- BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Kerajaan tidak kurangkan perbelanjaan bagi meransang ekonomi

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak akan mengurangkan perbelanjaan bagi merangsang ekonomi domestik untuk manfaat semua ahli perniagaan tanpa mengira kaum, kata Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Beliau berkata, bagi menampung impak kelembapan ekonomi global, kerajaan perlu merangsang pendapatan domestik dan penggunaan memandangkan ini boleh membantu menampung ekonomi walaupun sumbangan eksport dan pembuatan susut.

"Ia ibarat air pasang yang mengapungkan bot, memandangkan jika prestasi ekonomi Malaysia tidak baik, semua pihak akan terjejas, bukan sahaja kaum Cina.

"Jika kedudukan ekonomi secara umumnya baik, semua orang berpeluang untuk memperoleh manfaat, termasuk Cina," katanya dalam temu bual dengan Bernama.

Sambil berkata bahawa kerajaan akan terus memain peranan sebagai pemudah cara, beliau menekankan bahawa Program Transformasi Ekonomi (ETP) bermatlamat meningkatkan pendapatan boleh belanja rakyat Malaysia.

"Jika tiada ETP, ekonomi kita mungkin seperti ekonomi lain yang terjejas akibat kelembapan ekonomi dunia," kata Dr Chua.

ETP menggariskan langkah yang akan mentransformasikan Malaysia kepada negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.
Menggerakkan negara supaya setaraf dengan negara berpendapatan tinggi yang lain, ia akan meningkatkan pendapatan negara kasar (PNK) Malaysia perkapita daripada AS$6,700 atau RM23,700 pada 2009 kepada lebih daripada AS$15,000 atau RM48,000 pada 2020.

ETP akan memerlukan sektor awam dan swasta untuk bekerja secara usaha sama untuk melaksanakan 131 Projek Permulaan (EPP) meliputi 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA).

Mengenai pembiayaan, Dr Chua berkata ia merupakan isu lain, memandangkan kebanyakan bank konservatif dan mereka mahu kolateral yang mencukupi.

"Ini terutama apabila berlaku ketidaktentuan ekonomi, orang semakin berhati-hati," katanya.

Dalam hubungan ini, Presiden MCA berkata Skim Jaminan Bantuan PKS yang disediakan oleh SME Bank, Agrobank, Bank Rakyat dan EXIM Bank menyediakan jaminan pembiayaan dan modal yang diperlukan oleh perniagaan kecil dan sederhana yang menghadapi masalah memperoleh pembiayaan berikutan kedudukan ekonomi yang sukar.

"Ia adalah cabaran untuk beralih daripada industri kecil dan sederhana kepada konglomerat atau meningkatkan rangkaian nilai tambahan.

"Anda perlukan modal, kepakaran dan pengalaman selain pengetahuan teknikal," katanya sambil berkata ahli perniagaan Cina masih berjaya dan dapat menembusi sektor tertentu dalam ekonomi.

- BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Empat dipenjara kerana sebabkan kematian 54 warga Myanmar

BANGKOK: Empat penyeludup dijatuhi hukuman penjara sehingga 10 tahun oleh Mahkamah Thailand selepas 54 pekerja asing tanpa izin dari Myanmar mati akibat sesak nafas dalam kontena makanan laut, kata pegawai hari ini.

Kejadian pada 2008 itu dianggap paling berdarah membabitkan pendatang asing yang sanggup mengharungi bahaya dari tempat asal bagi mencari pekerjaan Thailand dan sering berdepan eksploitasi dan penderaan.

Mangsa itu adalah sebahagian daripada 121 orang yang bersesak dalam kontena bersaiz 2.2 meter dengan sistem aliran udara yang rosak menuju pulau peranginan Phuket untuk bekerja sebagai buruh. - AFP
15.09 | 0 komentar | Read More

Khairul Fahmi dan Nur Eilunie sah bergelar suami isteri

TUMPAT: Dengan sekali lafaz, penjaga gol kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat, 23, sah bergelar suami kepada model dan usahawan, Nur Eilunie Natasha Nazri, 21, pada majlis akad nikah di kediaman pengantin perempuan di Pasir Pekan, di sini, pagi tadi.

Pasangan itu dinikahkan Imam Masjid Pasir Pekan, Abdul Ghani Abdul Mutalib pada jam 10.25 pagi di kediaman keluarga pengantin perempuan sambil disaksikan anggota keluarga kedua-dua mempelai.

Pada majlis itu juga, Khairul Fahmi atau lebih mesra disapa Apek, tampil bergaya memakai baju Melayu berwarna kuning cair menyerahkan wang hantaran sebanyak RM19,000 bersama tujuh dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang oleh Nur Eilunie.

Kira-kira 2,000 tetamu termasuk peminat turut hadir pada majlis akad nikah terbabit.

Khairul Fahmi ketika ditemui selepas majlis terbabit berkata, beliau bersyukur majlis akad nikah tersebut berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah yang timbul.

"Alhamdulillah majlis perkahwinan saya berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Saya pilih Leuniey (Nur Eilunie) kerana beliau faham dengan kerjaya saya yang sentiasa sibuk. Sebagai contoh, saya pulang untuk membuat persedian majlis ini sehari sebelum majlis berlangsung.

"Saya akui gementar ketika melafazkan akad nikah tetapi perasaan itu tidak sama ketika beraksi di atas padang kerana ramai yang beri sokongan dan mendoakan saya pada hari ini," katanya.
Khairul Fahmi berkata, beliau akan terus mengekalkan prestasinya sebagai penjaga gol nombor satu negara walaupun sudah berkahwin.

Beliau berkata, akan menyerahkan perjalanan hidupnya kepada Allah s.w.t dan berharap untuk menimang sekurang-kurang empat cahaya mata.

Sementara itu, bagi Leuniey pula, beliau berharap Apek akan menjadi 'kapten' kepada keluarga mereka dengan baik walaupun sebelum ini sering terpalit dengan pelbagai kontroversi yang melanda.

"Saya bersedia sepenuhnya sebelum menjadi isteri Khairul Fahmi. Ketika bercinta, keluar pelbagai cerita dalam akhbar dan blog, namun saya tak cepat melenting dan ambil pendekatan berbincang dengannnya bila sesuatu kontroversi timbul.

"Ini jodoh yang sudah ditentukan dalam perjalanan hidup kami. Saya bersyukur kami telah disatukan," katanya yang turut menyifatkan Khairul Fahmi sebagai seorang yang romantik dan penuh kejutan.

Bagaimanapun, kedua-dua mempelai ini belum merancang untuk berbulan madu berikutan Khairul Fahmi kini sibuk dengan persiapan menjelang Liga Malaysia yang bakal bermula pada Januari depan.

Majlis resepsi bagi pihak pengantin perempuan akan diadakan pada Ahad ini di Hotel Renaissance Kota Bharu manakala majlis menyambut menantu akan diadakan di rumah Khairul Fahmi di Cherang pada 5 Januari.

Selain itu, pasangan berkenaan turut dijadual untuk mengadakan satu lagi majlis resepsi di Hotel Royal Bintang, Kuala Lumpur pada 13 Januari ini dan turut menerima tajaan bernilai kira-kira RM300,000 daripada pelbagai pihak. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Tiga bebas daripada tuduhan membunuh

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini hari ini membebas dan melepaskan tiga lelaki daripada tuduhan membunuh seorang lelaki di Pangsapuri Aman, Taman Puchong Prima dekat sini, dua tahun lalu.

Hakim Datuk Ghazali Cha dalam penghakimannya berkata, kesemua tertuduh dibebaskan tanpa dipanggil membela diri kerana tiada bukti yang menunjukkan kehadiran ketiga-tiga mereka di tempat kejadian.

Illayaraaja Haridas, 29, Gobi Nath Shanmugam, 21, dan Tiranesvaran Sathievelu, 23, dituduh membunuh Syed Kumar Yahya@Bobby Umar Ungkilat, 37, di Pangsapuri Aman, Taman Puchong Prima kira-kira jam 1 pagi pada 18 Jun 2010.

Syed Kumar meninggal dunia selepas 10 hari dirawat di Hospital Serdang kerana mengalami kecederaan parah akibat dipukul dengan objek tajam hingga menyebabkan kerosakan pada otaknya.

Ghazali berkata, tiada bukti menunjukkan kehadiran tiga tertuduh di tempat kejadian dan tiada saksi yang dapat mengecam bahawa tertuduh yang menyebabkan kematian mangsa.

Hakim mendapati pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Yasser Mohd Nasri gagal membuktikan kes dengan munasabah terhadap pertuduhan berkenaan.

Illayaraaja diwakili peguam S.Prakash, peguam Gobind Singh Deo di pihak Gobi Nath Shanmugam manakala Tiranesvaran dibela oleh Badrul Munir Bukhari. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

3,000 pengusaha stesen minyak setuju laksana gaji minimum

Written By Unknown on Kamis, 27 Desember 2012 | 15.09

KUALA LUMPUR: Sebanyak 3,640 stesen minyak di seluruh negara akan melaksanakan peraturan gaji minimum berkuatkuasa 1 Januari depan, kata Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Hashim Othman.

Beliau berkata, kadar gaji minimum sebelum ini antara RM600 dan RM700 akan ditingkatkan sebanyak RM900 bagi Semenangjung, manakala bagi Sabah dan Sabah adalah sebanyak RM800.

Bagaimanapun, katanya pelaksanaan gaji minimum akan menyumbang kepada peningkatan kos pengurusan sebanyak 30 peratus kepada pengusaha stesen minyak.

"Peningkatan kos akan meningkat, bukan sahaja gaji tetapi EPF (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja), SOCSO (Pertubuhan Keselamatan Sosial) dan bayaran overtime (kerja lebih masa) juga akan meningkat naik," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Kerajaan sebelum ini menetapkan kadar gaji minimum sektor swasta di mana, bagi Semenanjung Malaysia sebanyak RM900 sebulan atau RM4.33 sejam, manakala bagi Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sebanyak RM800 sebulan atau RM3.85 sejam.

Justeru, beliau meminta kerajaan supaya mengkaji semula kadar komisen yang diterima pengusaha stesen minyak bagi mengurangkan bebanan kos itu.

Menurut beliau, kajian mengenai kadar komisen itu, kali terakhir dilakukan adalah pada tahun 2008 dengan pemberian sebanyak 12.19 sen seliter bagi petrol RON95 dan 7 sen seliter bagi diesel.
"Kita berharap kadar kenaikan komisen oleh kerajaan adalah setimpal dengan bebanan kos pengurusan yang ditanggung oleh pengusaha stesen," katanya.

Dalam pada itu, beliau juga meminta semua pengusaha stesen melaksanakan sistem khidmat layan diri sepenuhnya di stesen masing-masing mulai tarikh yang sama bagi mengurangkan bebanan kos itu.

"Peraturan ini sudah sedia ada dan arahan untuk melaksanakannya juga sudah dikeluarkan sejak 2006 tetapi pelaksanaannya terlalu longgar dan ada pengusaha yang tidak mematuhi arahan berkenaan," katanya.

Hashim berkata, melalui pelaksanaan sistem layan diri itu, PDAM turut menjangka pengurangan pekerja asing sebanyak 50 peratus.

Sehingga kini, kira-kira 70 peratus daripada 50,000 pekerja di stesen minyak seluruh negara adalah terdiri daripada warga asing.

- BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Polis tambah 400 pegawai penyiasat tahun depan: Mohd Bakri

KOTA KINABALU: Polis akan menambah 400 pegawai penyiasat dalam usaha untuk meningkatkan standard penyiasatan dan proses pendakwaan bagi meningkatkan imej pasukan itu mulai Januari depan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, pegawai penyiasat yang terdiri daripada masing-masing 200 pegawai penyiasat berpangkat Inspektor dan penolong pegawai penyiasat berpangkat Sarjan itu sudah dilatih dalam bidang penyiasatan.

"Beban kerja yang banyak membuatkan mereka tidak memfokuskan kerja mereka dalam menangani kes jenayah dan apa yang kita hendak mereka membina kapasiti kerja untuk meningkatkan profil penyiasatan dan pendakwaan kes," katanya pada sidang akhbar di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Sabah di sini hari ini.

Mohd Bakri berharap pasukan pelapis muda yang berusia dalam lingkungan 25 hingga 40 tahun itu mempunyai diploma dan ijazah penyiasatan daripada Pusat Latihan Polis (Pulapol) akan membantu menyelesaikan kes secara lebih pantas dan profesional.

Beliau berkata, usaha itu bagi mengecilkan peranan pegawai penyiasatan yang terpaksa menanggung beban kerja dengan nisbah satu pegawai melaksanakan lima kertas siasatan dalam satu masa berbanding kini mencakupi sehingga 20 kertas.

"Pada tahun depan, kita mahu mengurangkan beban kerja dan meningkatkan sudut prestasi kerja kepolisan berdasarkan pelbagai kejayaan yang dicapai pasukan polis masa kini," katanya.

Beliau berkata, pada masa kini juga seramai 300 anggota sedang menjalani latihan di Pulapol untuk ditempatkan di Jabatan Siasatan Jenayah seramai 200 orang dan selebihnya di jabatan-jabatan lain bagi meningkatkan prestasi keupayaan polis membanteras jenayah.
Dalam usaha itu, katanya polis akan meningkatkan sistem penyampaian penyiasatan yang lebih mantap dengan sasaran 30 peratus kadar pendakwaan kes di mahkamah berbanding 25 peratus yang ditetapkan pada tahun ini.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah SAC Omar Mammah berkata indeks jenayah di Sabah menurun sebanyak 9.48 peratus atau 609 kes pada tahun ini berbanding 6,529 kes yang dicatatkan pada tempoh sama tahun lalu.

Omar berkata, sebanyak 5,910 kes dilaporkan dari Januari hingga semalam dengan kadar penyelesaian kes sebanyak 47.39 peratus.

Beliau berkata, penurunan kes dan kadar penyelesaian kes yang dicatatkan itu membolehkan kontinjen polis Sabah mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA). - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

21,444 kes denggi dilapor sehingga Sabtu

PUTRAJAYA: Sejumlah 21,444 kes denggi dengan 35 kematian dilaporkan bagi tahun ini sehingga Sabtu lalu, peningkatan 10 peratus berbanding 19,534 kes bagi tempoh sama tahun lalu.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman, berkata bagaimanapun jumlah kes yang dilaporkan bagi tempoh 16 hingga 22 Disember adalah 521 kes, penurunan daripada 536 kes yang dicatat pada minggu sebelumnya.

"Selangor menunjukkan peningkatan purata 15 kes setiap minggu sejak enam minggu kebelakangan ini dengan 12 kematian dilaporkan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dr Lokman Hakim berkata, sehingga kini, Selangor masih lagi mencatat jumlah kes denggi tertinggi iaitu 8,909 kes dengan 12 kematian, diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya dengan 1,787 kes dengan lima kematian dan Perak dengan 1,687 kes dengan lima kematian.

Beliau berkata, sejumlah 90 lokaliti wabak denggi dilaporkan membabitkan 22 daerah di 11 negeri, di mana Selangor melaporkan jumlah lokaliti terbanyak iaitu 49 lokaliti, diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya masing-masing dengan 15 lokaliti dan Johor dengan tujuh lokaliti.

"Satu daripada lokaliti di Kuala Lumpur diisytiharkan sebagai wabak tidak terkawal iaitu Kg Cheras Baru (Lorong Bukit) di Parlimen Cheras. Hasil pemeriksaan Jabatan Kesihatan mendapati 40 peratus daripada rumah yang diperiksa mempunyai pembiakan Aedes yang menyebabkan kes denggi di kawasan berkenaan dilaporkan terus berlaku," katanya.

Dr Lokman Hakim berkata, peningkatan kes dan lokaliti wabak denggi perlu dipandang serius oleh semua pihak dengan memberi perhatian kepada kebersihan kawasan dalam dan luar kediaman masing-masing supaya bebas dari pembiakan nyamuk Aedes.
Beliau berkata, langkah mudah dengan meluangkan 10 minit seminggu untuk memeriksa dan menghapuskan tempat pembiakan Aedes dapat mencegah penularan penyakit tersebut.

Katanya, Jawatankuasa Wabak Denggi Daerah ditubuhkan di setiap daerah yang mengalami wabak denggi, dan sebarang masalah yang berkaitan dengan wabak itu boleh disalurkan kepada jawatankuasa berkenaan bagi membolehkan tindakan bersepadu diambil. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Sesi persekolahan ditangguh hanya jika banjir berterusan: Pengarah Pelajaran Kelantan

RANTAU PANJANG: Sesi persekolahan yang bakal bermula pada 1 Januari depan bagi negeri ini hanya akan ditangguhkan jika banjir berterusan, kata Pengarah Pelajaran Kelantan, Hussain Awang.

Beliau berkata, sebanyak 34 sekolah di negeri ini diwartakan sebagai pusat pemindahan banjir dan jika banjir berterusan, tiada pilihan melainkan memberi laluan kepada mangsa banjir menggunakan tempat tersebut.

"Banjir sekarang berlaku pada musim cuti persekolahan, berbeza pada tahun lalu berlaku ketika sesi persekolahan baru nak buka. (Ketika itu) kita terpaksa tangguh persekolahan selama beberapa hari.

"Kita akan umum kemudian sekolah mana yang akan ditangguh sesi persekolahannya dan akan mengganti sesi tersebut pada hari lain," katanya ketika ditemui selepas menyertai Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin melawat pusat pemindahan banjir di Sekolah Rendah Kebangsaan Gual Tinggi di sini, hari ini.

Setakat ini, keadaan banjir semakin pulih dengan paras air di sungai utama mulai surut dan bilangan mangsa banjir di pusat-pusat pemindahan banjir berkurangan berbanding semalam.

Hussain berkata, selain itu, 11 sekolah juga ditenggelami air kerana terletak di kawasan rendah selain 25 sekolah lagi terputus hubungan.

Sehubungan itu, beliau berharap ibu bapa dapat menghubungi Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) terdekat bagi mendapatkan maklumat berhubung status persekolahan anak masing-masing. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Penganjur sedia laluan alternatif jika berlaku banjir

KUALA LUMPUR: Laluan alternatif akan disediakan pihak penganjur perlumbaan jelajah berbasikal berprestij di Asia, Le Tour de Langkawi (LTdL) sekiranya berlaku banjir ketika perlumbaan terbabit diadakan.

Edisi ke-18 yang akan berlangsung mulai 21 Februari hingga 2 Mac membabitkan 10 peringkat perlumbaan dengan jarak sejauh 1,427.6 kilometer.

"Pihak kami kini sedang mengkaji beberapa laluan alternatif yang boleh digunakan untuk melancarkan perlumbaan.

"Perlumbaan ini mengikut garis panduan daripada pihak UCI (Kesatuan Berbasikal Antarabangsa) di mana jika laluan masih boleh dilalui, perlumbaan diteruskan di laluan yang sama atau setidak-tidaknya menjadikannya perlumbaan 'neutral'," kata Ketua Pegawai Operasi (COO) LTdL Emir Abdul Jalal ketika ditemui Bernama di Ibu pejabat LTdL di sini hari ini.

Menurut Emir selepas banjir surut di beberapa negeri di Pantai Timur Semenanjung sekarang ini, pihak logistik LTdL akan memantau laluan sekali lagi bagi mempastikan ia selamat untuk digunakan.

Kali terakhir pihak penganjur terpaksa mengubah perlumbaan ke laluan alternatif ialah pada 31 Jan, 2011 iaitu pada peringkat kesembilan perlumbaan dari Bandaraya Melaka ke Nilai, Negeri Sembilan.

Perlumbaan sejauh 151.7 kilometer itu terpaksa dipendekkan sebanyak 18.7 kilometer dengan laluan baru berikutan banjir di beberapa laluan asal antaranya Alor Gajah, Durian Tunggal, Linggi dan Rantau.
Akibatnya, zon pecutan di Linggi dan Rantau di kilometer 83.8 dan Mantin (134.7km) dan zon pendakian di Lenggeng tidak dapat dijalankan dan hanya dua zon pecutan diadakan di Sungai Udang dan Rembau.

Dalam perkembangan lain, Emir berkata perlumbaan LTdL 2013 akan tetap dijalankan sekiranya tarikh Pilihan Raya Umum (PRU) jatuh pada tarikh yang sama dengan perlumbaan.

"PRU tidak akan menjejaskan perlumbaan LTdL. Kita akan tetap melangsungkannya.

Untuk rekod, sebelum ini terdapat dua acara sukan bertaraf antarabngsa yang tetap dijalankan walaupun ketika PRU diadakan.

Kedua-dua acara sukan berkenaan ialah Perlumbaan Grand Prix Formula 1 Malaysia pada 21 Mac, 2004 di Litar Sepang dan Kejohanan Golf Terbuka Malaysia pada 8 Mac, 2008 di Kota Permai Golf and Country Club, Kota Kemuning, Selangor. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Pengawal keselamatan dijatuhi hukuman mati kerana bunuh gadis

Written By Unknown on Rabu, 26 Desember 2012 | 15.09

JOHOR BAHRU: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhi hukuman gantung sampai mati terhadap seorang pengawal keselamatan selepas didapati bersalah membunuh seorang gadis berumur 16 tahun, di sebuah ladang kelapa sawit, Masai, di sini tahun lalu.

Hakim Datuk Abdul Halim Aman menjatuhi hukuman terhadap D.Kalaiselvan, 47, selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap pendakwaan.

Kalaiselvan bersama seorang lagi yang masih bebas dituduh membunuh Nur Rahayu Qomarodin, di ladang kelapa sawit Sungai Masai, Jalan Masai-Kong Kong, Masai, antara jam 2.30 pagi dan 2.50 pagi, 18 Jun 2011.

Dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Dalam penghakimannya, Abdul Halim berkata, tertuduh yang memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah menerusi kandang saksi itu gagal memberi penjelasan yang munasabah selain pembelaannya itu bersifat penafian semata-mata.

"Tertuduh menafikan membunuh dan terlibat membakar mangsa dan ini berbeza dengan keterangan saksi iaitu teman lelaki mangsa. Tertuduh juga gagal memperjelaskan mengapa dia perlu lari daripada pihak polis dan memindahkan beban kejadian terhadap orang lain iaitu Ramani dan Siva. Tertuduh kemudian tidak memperjelaskan lebih lanjut mengenai Siva dan nama penuh Siva juga tidak diberi.

"Perbuatan kamu (tertuduh) ini amat kejam, tidak berperikemanusiaan serta tidak bertamadun. Bagaimana kamu tergamak melakukan perbuatan itu terhadap gadis yang sebaya dengan anak kamu. Jadi, mahkamah tiada pilihan lain selain menjatuhi hukuman mati terhadap kamu mengikut peruntukan undang-undang Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu gantung di leher sampai mati," katanya.
Pendakwaan kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Iskandar Ahmad manakala Kalaiselvan diwakili peguam Mohd Zahar Ngah.

Peguam Khairul Azwad Sariman turut hadir sebagai peguam pemerhati bagi mewakili keluarga mangsa.

Sementara itu, bapa mangsa, Qomarodin Bajuri, 48, yang turut mengikuti prosiding terbabit dilihat menitiskan air mata sejurus hukuman terhadap Kalaiselvan diputuskan. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Jangan jadikan banjir alasan naikkan harga barang: PPDNKK

TEMERLOH: Peniaga di negeri ini diingatkan tidak menjadikan bencana banjir sebagai alasan untuk mereka menaikkan harga barangan.

Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepengunaan Pahang,

A Arwan Abdul Aziz, berkata tindakan tegas boleh diambil terhadap peniaga yang berbuat demikian mengikut Akta Jualan.

"Di bawah akta itu, peniaga yang menaikkan harga barang terkawal boleh
didenda RM10,000 atau penjara tiga tahun, manakala syarikat pula boleh didenda
sehingga RM100,000 dan penjara tiga tahun atau keduanya sekali," katanya kepada
pemberita di sini, hari ini.

Arwan berkata, sebanyak 61 pusat bekalan barangan keperluan mangsa banjir dan pekedai serta peruncit disediakan di seluruh negeri.
Katanya, bekalan barangan keperluan dan makanan untuk mangsa banjir di
negeri ini adalah lebih daripada mencukupi kerana peniaga dibenarkan menyimpan
stok lebih sedikit pada musim banjir.

"Tiada sebab ketiadaan bekalan makanan boleh terjadi melainkan jika
perhubungan jalan raya terputus, terutama bagi peniaga di kawasan luar bandar
atau pekan kecil yang sukar keluar bagi mendapatkan bekalan.

"Bahagian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepengunaan, pembekal dan
pemborong mempunyai pelan alternatif untuk menghantar barang jika keadaan
benar-benar terdesak," katanya.

Arwan menasihati orang ramai supaya tidak membeli barangan keperluan secara
kuantiti yang banyak di musim banjir kerana perbuatan itu boleh menyebabkan
peniaga menaikkan harga.

- BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Sesi persekolahan 2013 mungkin ditangguh bagi sekolah dilanda banjir

PUTRAJAYA: Sesi persekolahan 2013, yang akan bermula 1 dan 2 Jan nanti mungkin ditangguhkan bagi sekolah-sekolah yang terjejas akibat banjir.

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Operasi Pendidikan), Sufa'at Tumin berkata, keputusan itu akan ditentukan Pengarah Pelajaran Negeri berdasarkan maklumat yang diterima melalui Majlis Keselamatan Negara dan Bilik Gerakan Banjir Negeri.

"Kita akan tengok keadaan. Tapi setakat ini kita masih belum buat sebarang keputusan kerana ada seminggu lagi sebelum sekolah bermula, mungkin banjir sudah surut dan sekolah dapat berjalan seperti biasa pada masa itu," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Sufa'at berkata, persiapan yang sepatutnya juga sudah diambil bagi memastikan kelengkapan di sekolah tidak rosak akibat banjir termasuk kerusi, meja dan komputer.

Bagi sesi persekolahan kali ini, Sufa'at berkata Kelantan, Terengganu dan Kedah akan memulakan sesi persekolahannya pada Selasa depan dan berakhir 31 Disember tahun depan, sementara negeri-negeri lain akan bermula Rabu depan dan berakhir 1 Januari 2014.

Beliau berkata, ia membabitkan sejumlah 205 hari persekolahan termasuk cuti am dan jumlah cuti penggal sebanyak 84 hari.

"Sejumlah 425,665 murid akan memulakan persekolahan Tahun Satu manakala 533,135 lagi akan memulakan persekolahan Tingkatan Satu, menurut pendaftaran setakat ini dan dijangka akan meningkat apabila sesi persekolahan bermula nanti," katanya.
Sufa'at berkata, 23 sekolah baru akan beroperasi tahun depan iaitu 14 sekolah rendah, lapan sekolah menengah dan sebuah sekolah sukan di Sabah.

Beliau berkata, Program Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain (j-QAF) juga akan diperluas kepada 2,053 sekolah di seluruh negara termasuk sekolah jenis kebangsaan cina (SJKC) dan sekolah jenis kebangsaan tamil (SJKT) yang mempunyai murid beragama Islam, menjadikan jumlah yang melaksanakan program itu sebanyak 6,928 sekolah.

Sufa'at berkata, Bantuan Khas Awal Persekolahan kepada murid warganegara dari Tingkatan Satu sehingga Tingkatan Lima sebanyak RM100 akan dibuat pada 15 Januari dan akan diagih-agihkan selewat-lewatnya 15 Februari dan sebarang pemotongan oleh pihak sekolah adalah tidak dibenarkan sama sekali.

Beliau berkata, Bantuan Baucar Buku sebanyak RM250 juga akan diberikan kepada pelajar warganegara di institut pendidikan guru (IPG), kolej matrikulasi, Tingkatan Enam Atas dan setaraf yang aktif pada 1 Januari-31 Mac 2013, di mana 157,149 pelajar didapati layak menerima kemudahan itu, dan tempoh penggunaan baucar adalah dari 1 Januari hingga 31 Mei 2013.

Beliau turut mengingatkan pihak sekolah agar mematuhi Garis Panduan Kutipan/Bayaran Keperluan Persekolahan Murid di Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan bagi mengelakkan sebarang isu atau kekeliruan berhubung pemansuhan bayaran tambahan persekolahan.

"Yang perlu pada hari pertama persekolahan adalah keperluan asas sahaja iaitu pakaian seragam, alat tulis, buku latihan, peralatan teknikal dan pendidikan seni, lencana dan tag nama. Yang lain termasuk pungutan yuran tidak perlu dibuat terlalu awal kerana ibu bapa sudah mengeluarkan banyak peruntukan untuk menyediakan keperluan ini," katanya.

Sufa'at berkata, bagi memastikan guru yang mencukupi di setiap sekolah, pengambilan guru ganti adalah dibenarkan mulai 1 Januari nanti bagi menggantikan guru bersalin, guru bercuti menunaikan haji, guru bercuti belajar dan guru yang bercuti tanpa gaji.

Beliau berkata, soal buku teks juga tidak sepatutnya ada sebarang masalah kerana ia sudah mula diedarkan ke sekolah-sekolah sejak 10 Disember lalu, begitu juga dengan isu kerusi dan meja.

"Kementerian sudah menubuhkan pasukan petugas untuk bermesyuarat dengan Jabatan Pelajaran Negeri dan bahagian-bahagian bagi memastikan pembukaan sekolah ini tidak ada masalah, supaya semua murid dapat belajar pada hari pertama persekolahan tanpa sebarang isu," katanya. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

150,000 ayam dihapuskan akibat selesema burung di Bangladesh

DHAKA: Jabatan Haiwan Bangladesh menghapuskan kira-kira 150,000 ayam di sebuah ladang berdekatan Dhaka selepas wabak selesema burung terbunuh melanda dalam tempoh lima tahun, kata pegawai hari ini.

Wabak berkenaan dikesan di ladang Bay Agro di Gazipur, kira-kira 40 kilometer utara Dhaka selepas berpuluh-pukuh ayam ditemui mati sekali gus menyebabkan syarikat terbabit menghantar sampel ke makmal untuk ujian.

"Kira-kira 150,000 ayam terdapat di ladang berkenaan. Kami sudah menghapuskan kira-kira 120,000 ayam dan kami akan menghapuskan bakinya hari ini," kata Pengarah Jabatan Haiwan, Mosaddeq Hossain. - AFP
15.09 | 0 komentar | Read More

Dua anggota polis mengaku tidak bersalah terima rasuah

KUANTAN: Dua anggota polis hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menerima rasuah pada 2010 dan tahun ini.

Sarjan Mohamad Sohaimy Arshad, 50, yang bertugas di bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Bera didakwa memperoleh suapan sebagai dorongan untuk melepaskan tanpa syarat Saiful Fazli Hanipah yang disyaki melakukan kesalahan mencuri motosikal yang menjadi satu kesalahan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Tertuduh didakwa menerima suapan bernilai RM1,000 daripada Nor Liza Mohamed di dalam Restoren Ujang Cafe, No 25, Jalan Teo Joo, Bera, jam 4.45 petang pada 3 Januari lalu.

Bagi pertuduhan kedua, pada tarikh yang sama di hadapan Pasaraya Big 10 Super Store pada jam 9.45 malam, tertuduh didakwa menerima suapan bernilai RM300 daripada Saiful Izwan Hanipah atas sebab yang sama.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, Mohamad Sohaimy melakukan kesalahan di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta yang sama dan boleh dihukum dipenjara tidak lebih 20 tahun dan didenda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Hakim Fathiyah Idris membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Sementara itu, Sarjan Mejar Azizan Saad, 53, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh didakwa memperoleh suapan wang tunai RM500 daripada Chew Kok Roon yang dikatakan menjalankan kegiatan memberi pinjaman wang tanpa lesen.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 10.05 malam, 17 Ogos 2010 di belakang pusat hiburan BB Pun cafe, Mentakab.

Tertuduh sudah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta yang sama dan boleh dihukum dipenjara tidak lebih 20 tahun dan didenda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Hakim Fathiyah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,00 dengan seorang penjamin dan menetapkan 23 Januari ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM, Mohd Norazman Jaya dan kedua-dua tertuduh tidak diwakili. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Hanya empat stadium dibenar anjur permainan waktu malam

Written By Unknown on Selasa, 25 Desember 2012 | 15.09

KUALA LUMPUR: Hanya empat stadium setakat ini mendapat kelulusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk menganjurkan permainan pada waktu malam.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM, Datuk Hamidin Mohd

Amin, berkata empat stadium itu ialah Stadium Shah Alam di Selangor; Stadium Darul Makmur di Kuantan, Pahang; Stadium Jalan Besar di Singapura dan Stadium Negeri Sarawak di Kuching.

Hamidin yang juga Naib Presiden FAM berkata, pihaknya akan mengadakan
mesyuarat bersama anggota majlis JKPT bagi membincangkan perkara berkaitan
stadium dengan lebih lanjut hujung minggu ini.

"Saya difahamkan Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di Seremban dan
Stadium Perak di Ipoh sedang menjalankan kerja penambahbaikan fasiliti...(kemungkinan besar) mereka akan bermain pada waktu petang.

"(Bagaimanapun) kita akan menjalankan pemeriksaan dari semasa ke semasa
di mana-mana stadium (yang terbabit dengan saingan Liga Malaysia 2013) bagi
memastikan pasukan yang berhasrat untuk beraksi pada waktu malam mematuhi
peraturan yang kita tetapkan," kata Hamidin ketika dihubungi, hari ini.

Hamidin turut memberi jaminan persiapan pasukan kelab dan negeri yang
bersaing dalam Liga Malaysia 2013 tidak akan terjejas walaupun skuad kebangsaan
yang dibimbing oleh Datuk K Rajagobal dijadualkan terlibat dengan pusingan
kelayakan Piala Asia 2015 pada Februari depan.

"Kalendar Liga Malaysia 2013 sudah (hampir) siap dan kita yakin persiapan
pasukan kelab dan negeri tidak akan terganggu," katanya.

Liga Malaysia 2013 akan membuka tirai secara rasmi pada 5 Januari depan menerusi
perlawanan Piala Sumbangsih antara juara Piala Malaysia, Kelantan menentang
juara Liga Perdana, Angkatan Tentera Malaysia di venue yang masih belum
ditetapkan FAM.

Aksi Liga Perdana dan Liga Super 2013 masing-masing akan bermula pada 7 dan
8 Januari.

Piala FA 2013 membabitkan 30 pasukan dari Liga Super, Liga Perdana dan
Liga FAM akan bermula 25 Januari depan.

- BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

ATM gerakkan anggota di kawasan banjir

KUALA LUMPUR: Tenaga dan aset Angkatan Tentera Malaysia(ATM) digerakkan ke kawasan banjir yang kini melanda Pantai Timur, kata Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Beliau berkata, sejak sebelum kejadian banjir, anggota ATM sudah bersiap

siaga dan digerakkan termasuk di kawasan pedalaman bagi memudahkan tugasan koordinasi dan menyelamat mangsa banjir.

"Ini termasuk di Ulu Tembeling, Pahang di mana kita telah atur gerak secepat
mungkin supaya hubungan antara satu kawasan dan kawasan lain tidak terputus.

"Kalau kita lewat melakukan koordinasi pasukan, kita tidak boleh meletakkan
anggota untuk misi menyelamat dan ini boleh membahayakan keselamatan mangsa
banjir," katanya hari ini.
Beliau mengulas situasi terkini banjir yang menyaksikan lebih 6,000 mangsa
dipindahkan terutama di Terengganu, Kelantan dan Pahang.

Zulkifeli berkata, anggota ATM sudah dikerah untuk berkampung di sekolah,
balai polis, dewan dan kem askar wataniah dalam misi banjir kali ini.

Menurutnya, ATM mempunyai aset khas seperti lori tujuh tan yang mampu
mengharung air banjir bagi kerja-kerja menyelamat dan memindahkan mangsa.

Selain itu, ATM memiliki dapur bergerak untuk digunakan mangsa banjir di
pusat pemindahan.

- BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Suami isteri warga emas maut dalam kemalangan

RAUB: Sepasang suami isteri warga emas maut apabila Proton Wira yang dinaiki mereka berlanggar dengan sebuah kereta Honda di Kilometer 327 Jalan Raub-Lipis, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintenden Wan Mohd Samsuddin Wan Osman,

berkata pasangan terbabit Jamidin Jamil, 61, dan isteri, Rahmah Mohamad Ali, 61, meninggal dunia di tempat kejadian kerana tersepit di tempat duduk kenderaan mereka.

Wan Mohd Samsuddin berkata, kejadian berlaku pada jam 8.20 pagi ketika pasangan
berkenaan dalam perjalanan ke bandar Raub.

Katanya, ketika itu sebuah kereta Honda yang dipandu seorang lelaki berumur
28 tahun dari arah bertentangan dikatakan cuba memotong kenderaan di hadapan
lalu bertembung kereta pasangan terbabit.
Kemalangan itu menyebabkan pasangan suami isteri yang berasal dari Jerantut
meniggal dunia serta-merta manakala pemandu kereta Honda hanya mengalami
kecederan ringan dan kini dirawat di Hospital Raub.

- BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Tukang rumah nyaris maut dihanyutkan air

SETIU: Seorang tukang rumah yang bertekad meredah banjir untuk ke tempat kerja dengan bermotosikal hari ini nyaris maut selepas dihanyutkan arus deras ketika sedang melintas di Jalan Permaisuri, Penarik, di sini.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 9.36 pagi tadi ketika Khairi Said, 27,

melintas di sebatang jalan di Kampung Tasik untuk ke tempat kerja di Kampung Bari dekat sini.

Pada mulanya beliau memberanikan diri menunggang motosikalnya, Honda EX5 meredah banjir di kawasan yang ketika itu air limpahannya mencecah sedalam 0.5 meter.

"Saya cuba melintas laluan itu kerana itu adalah laluan utama saya untuk
ke tempat kerja namun saya tergelincir dan gagal mengawal motosikal sebelum
terjatuh ke dalam air banjir.

"Tempat yang saya lalui ketika itu rupanya kawasan air arus deras dan saya tidak sempat berpatah balik dan tergelincir sebelum dibawa arus ke sawah padi
berhampiran yang airnya sedalam 1.5 meter," katanya semasa menceritakan detik
cemas itu kepada pemberita di sini.

Bagaimanapun, pemuda yang berasal dari Kampung Pak Kancil, dekat sini
bernasib baik apabila beliau sempat berpaut pada sebatang pokok besar di kawasan
berhampiran sebelum diselamatkan oleh penduduk kampung yang kebetulan berada di
tempat kejadian.

- BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Dua sahabat maut kereta bertembung lori di Pekan

PEKAN: Dua sahabat maut selepas kereta yang dinaiki bersama empat yang lain bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 6, Jalan Chini-Kuantan dekat sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah, Superitendan Yahaya Othman, berkata dalam kejadian pada 11 malam itu, Mohd Naim Shawaludin Mohd Nazri, 25, dan Saidatul Shakinah Abd Razak, 18, mati di tempat kejadian selepas Proton Wira yang dinaiki bertembung

dengan sebuah lori satu tan. "Kereta itu dalam perjalanan dari arah Kuantan ke Chini terbabas sebelum masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan lori itu," katanya

kepada pemberita di sini, hari ini.

Katanya, empat penumpang kereta yang cedera parah dan dua penumpang lori
serta pemandunya yang turut cedera dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan
Afzan.

Sementara itu, mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Pekan untuk bedah siasat.

Yahaya dalam pada itu tidak menolak kemungkinan kejadian kemalangan itu
disebabkan permukaan jalan yang basah dan licin berikutan keadaan hujan yang
berterusan.

Justeru beliau menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati ketika
memandu.

- BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

8 lelaki Indonesia dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan rompak anak kapal

Written By Unknown on Senin, 24 Desember 2012 | 15.09

KOTA TINGGI: Lapan lelaki rakyat Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan melakukan rompakan berkumpulan dengan senjata berbahaya terhadap anak kapal tangki, MT Merlion Dua, di perairan Malaysia, dua minggu lalu.

Kesemua mereka yang dikenali sebagai Dane, 23; Hasbullah, 35; Ricky, 37; Trim, 36; Jais, 46; Arjadi, 32; Amie, 37; dan Zul, 34, bersama dua lagi yang masih bebas itu didakwa melakukan rompakan tersebut di kedudukan kira-kira 3.2 batu nautika dari perairan Tanjung Stapa, Pengerang, di sini, kira-kira pukul 2.30 pagi, 11 Disember lalu.

Pertuduhan terhadap mereka dilakukan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama, yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Kesemua mereka mengangguk memahami pertuduhan yang dibacakan sebelum Majistret Nor Shahid Abd Malik menetapkan Jumaat ini untuk sebutan semula kes itu di Mahkamah Sesyen, di sini.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Juanita Mohd Said dan kesemua lelaki berkenaan tidak diwakili peguam. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Tukang paip didakwa rompak 30 telefon bimbit dan aksesori RM4,500

KUALA LUMPUR: Seorang tukang paip mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap pertuduhan merompak 30 buah telefon bimbit serta aksesori telefon membabitkan jumlah RM4,500 dua minggu lalu.

B. Sangkar, 34, bersama-sama seorang lagi yang masih bebas didakwa melakukan rompak berkumpulan terhadap pekerja kedai telefon bimbit, Wong Poh Ling, 35, dengan menyamun 30 buah telefon bimbit pelbagai jenama bernilai RM4,000 serta aksesori telefon bimbit pelbagai jenama bernilai RM500.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di kedai telefon bimbit Sitatt Watch & Telecommunication Sdn Bhd di Bandar Baru Sentul dekat sini pada jam 12 tengah hari, 15 Disember lalu.

Sangkar yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Hakim Mohamad Sekeri Mamat membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 31 Jan depan untuk sebutan lantik peguam.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norasyikin Ahmad. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

2 beradik dipenjara sehari, denda RM1,000 kerana curi di pusat beli-belah

KUALA LUMPUR: Dua beradik dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM1,000 selepas mengaku bersalah mencuri pelbagai barangan termasuk pakaian kanak-kanak di sebuah pusat membeli-belah tiga hari lalu.

Majistret Erry Shahriman Nor Aripin menjatuhkan hukuman itu terhadap Salmah Ismail, 42, dari Cheras di sini dan Hasnani Ismail, 41, dari Batu Caves, Selangor.

Mereka didakwa bersama-sama mencuri pelbagai pakaian kanak-kanak berjenama, satu set cadar katil dan peralatan menulis yang kesemuanya bernilai RM1,497.76.

Kedua-duanya yang juga ibu tunggal, didakwa melakukan kesalahan itu di Pasaraya AEON Taman Maluri, Cheras di sini pada jam 2.15 petang, 21 Disember lalu, mengikut Seksyen 380 Kanun keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda sehingga RM10,000, jika sabit kesalahan.

Dalam rayuannya, Salmah berkata, dia terpaksa melakukan kesalahan itu kerana desakan wang untuk menyara anak tunggalnya yang masih kecil manakala Hasnani turut menanggung lima anak yang bersekolah dan memerlukan perhatiannya.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor Zuraimi Kamarulzaman manakala kedua-duanya tidak diwakili peguam. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Polis tahan enam lagi suspek kes bunuh mekanik di Selayang

SHAH ALAM: Polis Selangor menahan enam lagi lelaki berusia antara 17 hingga 22 tahun dalam operasi berasingan semalam dan awal pagi tadi bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang mekanik di Selayang Baru awal pagi semalam.

R.Kumaran, 31, mati ditikam di rusuk kirinya semasa diserang sekumpulan pemuda di hadapan sebuah rumah kedai di Selayang Baru pada jam 3 pagi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, sebelum ini dua suspek lelaki berusia 21 dan 22 tahun sudah ditahan di Jalan Bukit Idaman Selayang, pada jam 11 pagi semalam.

Dengan ini, seramai lapan suspek ditahan bagi membantu siasatan kes yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, katanya pada sidang media di sini hari ini.

Mengenai rentetan penangkapan itu, Mohd Adnan berkata, dua suspek berusia 19 dan 21 tahun diberkas di Taman Pinggiran Indah, Selayang Indah pada 12 tengahari semalam dengan seorang daripada mereka mempunyai rekod jenayah lampau.

Sementara itu dalam operasi awal pagi tadi, beliau berkata, seorang suspek berusia 21 tahun diberkas pada jam 1.40 pagi tadi di hadapan sebuah hotel di Jalan Putra, Kuala Lumpur.

Kemudian seorang lagi suspek berusia 22 tahun diberkas di Kampung Selayang Indah Batu Caves pada 2 pagi tadi, sebelum seorang lagi berusia 17 tahun di tahan di Jalan 52 Selayang Baru, Batu Caves pada jam 3.30 pagi.
Penahanan terakhir pada jam 3.45 pagi melibatkan seorang lelaki berusia 19 tahun juga di Selayang Baru, Batu Caves, katanya menambah polis kini, sedang mencari dua lelaki bagi membantu siasatan kes itu. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Halang pegawai DBKL: Pelajar kolej swasta dalam tangguh hukuman penjara

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan penangguhan hukuman penjara sebulan ke atas penuntut kolej swasta Umar Mohammad Azmi yang didapati bersalah menghalang pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) daripada menjalankan tugasnya.

Hakim Datuk Amelia Tee Hong Geak Abdullah bagaimanapun memerintahkan jumlah jaminan dinaikkan daripada RM1,000 kepada RM5,000 dan mengarahkan Umar menghadiri semua prosiding kes pada masa akan datang yang ditetapkan mahkamah.

Amelia turut mengarahkan Umar, 23, selaku pemohon supaya tidak terbabit dalam apa-apa kes jenayah.

Pada Jumaat lalu, Majistret Zaki Asyraf Zubir menjatuhi hukuman penjara sebulan dan denda RM1,000 selepas Umar didapati bersalah dengan sengaja menghalang pegawai itu, Mohd Masran Mamat, 34, menjalankan tugasnya untuk menangkap seorang lelaki.

Pada 23 April las, Umar didakwa melakukan kesalahan itu di Dataran Merdeka, Jalan Raja di sini pada jam 8.05 pagi, sehari sebelum itu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya P.Viknesvaran manakala Umar diwakili peguam Shahredzan Johan. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Mayat mendiang Keng Yaik dibakar pada Rabu

Written By Unknown on Minggu, 23 Desember 2012 | 15.09

PETALING JAYA: Mayat mendiang Tun Dr Lim Keng Yaik akan dibakar di Krematorium Cheras di Kuala Lumpur pada Rabu ini, selepas diberi penghormatan negara, kata anaknya, Datuk Lim Si Pin.

Upacara akan diadakan pada 11 pagi, selepas perarakan dari rumah mendiang di Tropicana Golf and Country Resort di sini.

Bercakap kepada pemberita di sini, Si Pin berkata mereka yang ingin memberikan penghormatan terakhir, boleh berbuat demikian mulai hari ini, sehingga Selasa bermula pagi sehingga 9 malam.

"Selepas 9 malam, kami berharap orang ramai dapat beredar kerana kami mengadakan sembahyang khas di rumah," katanya.

Keng Yaik, 73, meninggal dunia pada 5.13 petang semalam dan beliau meninggalkan isteri Toh Puan Wong Yoon Chuan dan tiga anak.

Sambil bergenang air mata, Si Pin berkata bapanya demam dan sakit sejak lebih setahun.

"Malah, minggu lalu keluarga saya dan saya merancang mengadakan percutian keluarga di Hong Kong bersama kedua ibu bapa, tapi bapa berkata beliau tidak mahu ikut kerana tidak mampu berjalan disebabkan kesakitan teruk pada kakinya.
"Namun, mendiang memberitahu kami untuk membawa keluarga bercuti," katanya.

Si Pin berkata sejak dua hari lalu, bapanya dimasukkan ke Pusat Perubatan Tropicana berikutan kesukaran bernafas.

"Semalam, beliau menghubungi saya dan memaklumkan beliau sakit teruk dan meminta saya untuk segera pulang bersama keluarga," katanya.

Si Pin berkata, bapanya berhasrat untuk menghembuskan nafas terakhirnya di rumah dan beliau kemudian dikeluarkan dari hospital dan dibawa pulang.

Keng Yaik, yang juga menteri Kabinet selama 22 tahun menghembuskan nafas terakhir di sisi anggota keluarganya di bilik tidurnya.

Jawatan terakhir beliau dalam Kabinet ialah Menteri Tenaga, Air dan Telekomunikasi dari 2004 hingga 2008.

Si Pin, yang juga Ketua Pemuda Gerakan turut melahirkan kebimbangan berhubung tiadanya pengganti bapanya sebagai Pro Canselor Universiti Terbuka Wawasan (WOU) di Pulau Pinang.

Katanya beliau tidak boleh menjadi pengganti memandangkan beliau tidak berada di dalam jawatankuasa.

Antara orang kenamaan yang melawat keluarga mendiang hari ini ialah Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang dan Pengerusi Tenaga Nasional Berhad, Tan Sri Leo Moggie yang juga bekas Presiden Parti Bansa Dayak Sarawak. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Lawatan Najib ke India tarik perhatian pakar AS

NEW YORK: Pakar Amerika Syarikat (AS) ke atas Asia bersetuju dengan saranan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak yang baru sahaja mengakhiri lawatannya ke India, agar syarikat Malaysia merebut peluang ke atas negara itu sebaik sahaja sektor perkhidmatan dan pelabur antara Asean dan India dilonggarkan.

Najib berada di New Delhi kerana menghadiri Sidang Kemuncak Peringatan India-Asean selama dua hari yang menandakan hubungan baik dua dekad India-Asean.

Ia turut dihadiri oleh para pemimpin Asean yang lain.

Sidang Kemuncak itu juga mendapat laporan meluas di beberapa akhbar AS, termasuk Wall Street Journal yang mempunyai edisi India.

Minat atau kepentingan AS di India pada masa ini amat tinggi: Washington telah menggalakkan integrasi ekonomi bukan hanya dalam lingkungan Asia Selatan tetapi juga dengan kumpulan Asean yang telah mencapai tahap tinggi integrasi di Asia Tenggara.

Kerjasama ekonomi Asia Selatan, menerusi persatuan serantau yang dikenali menerusi akronim SAARC, telah kekal dengan apa yang disifatkan sebagai "still-born child" sejak diperkenalkan pada 1985.

Tetapi India, sebagai ahli terbesar India, telah berkembang menjadi antara negara paling dinamik dunia - walaupun mencabar - pasaran, dengan populasi 1.2 bilion orang, yang mana hampir 400 juta pengguna kelas pertengahan yang berkemampuan dari segi wang tunai boleh menampung masyarakat pengguna moden yang mewah.
Najib, seperti mana yang dikatakan oleh seorang pemerhati AS yang enggan dikenali kepada Bernama, membuat "kenyataan yang tampak benar" di New Delhi.

Pentadbiran AS terutamanya telah mendapat rangsangan daripada kata muktamad Perjanjian Perdagangan Bebas Asean-India (FTA) dalam sektor perkhidmatan dan pelaburan, sekali gus meliberalisasikan sub-sektor seperti penjagaan kesihatan, pelancongan, pengangkutan, pelancongan dan perkhidmatan berkaitan pengembaraan, farmaseutikal dan bioteknologi.

FTA akan dimeterai pada bulan Ogos tahun depan.

Integrasi India dengan perkumpulan Asean juga penting untuk kepentingan AS di rantau Asia Pasifik di mana Washington akan menonjolkan lagi kehadirannya, jelas sekali, sebagai maklum balas kepada cita-cita China mengembangkan ekonomi dan militarinya.

Sumber India-Asean memanfaatkan 1.8 bilion penduduk dan gabungan keluaran dalam negara kasar US$3.8 trilion –- dan angka-angka hebat ini adalah seiring dengan potensi meluas untuk kerjasama perniagaan dan strategik. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Fiesta Bilis@Pangkor diteruskan tahun depan

MANJUNG: Berita Harian (BH) dengan kerjasama Kerajaan Perak akan meneruskan penganjuran Fiesta Bilis@Pangkor tahun depan bagi mengangkat imej dan menjenamakan ikan bilis sebagai satu daripada produk perikanan terbaik negara.

Pengurus Projek Khas BH, Mizal Hasbullah, berkata ikan bilis yang cukup sinonim dalam kalangan masyarakat negara ini berpotensi tinggi untuk ditonjolkan dan dipasarkan secara meluas ke luar negara.

"Jika kita lihat tidak lengkap sesuatu masakan jika tiada ikan bilis. Sebagai contoh jika hendak masak nasi lemak pasti kita memerlukannya untuk menghasilkan sambal yang lebih sedap.

"Menurut Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) kualiti ikan bilis di kawasan Pulau Pangkor diakui bergred A di Asia Tenggara.

"Malah pengeluaran hasil laut itu di sini menyumbang kepada 40 peratus permintaan ikan bilis seluruh negara," katanya ketika ditemui BH Online ketika Fiesta Bilis@Pangkor 2012 di Teluk Batik, di sini, sebentar tadi.

Justeru, katanya, penganjuran program ini bukan saja berjaya menjadi platform untuk mengetengahkan produk ikan bilis ke peringkat antarabangsa malah mampu meningkat taraf ekonomi penduduk tempatan menerusi industri hiliran berasaskan hasil laut itu.

Lebih 9,000 pengunjung memeriahkan program yang diadakan selama dua hari bermula semalam di Dataran Hadhari, Teluk Batik, di sini.


15.09 | 0 komentar | Read More

Upacara penghormatan negara bagi Keng Yaik dipersetujui PM

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi persetujuan supaya upacara penghormatan negara diberi kepada Tun Dr Lim Keng Yaik sebelum mayatnya dibakar Rabu ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, berkata keputusan itu dibuat berikutan sumbangan besar mendiang Dr Lim kepada Parti Gerakan dan negara.

"Pihak keluarga Dr Lim dan Parti Gerakan amat berbesar hati dengan keputusan Perdana Menteri untuk memberi penghormatan negara kepada seorang tokoh negara," kata Koh yang juga merupakan Presiden Parti Gerakan.

Ketika ditemui di kediaman Dr Lim di Tropicana Golf and Country Resort, Damansara di sini hari ini, Koh berkata upacara penghormatan negara itu akan diuruskan oleh Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa, Jabatan Perdana Menteri.

Dr Lim meninggal dunia pada 5.13 petang semalam pada usia 73 tahun.

Beliau meninggalkan isteri Toh Puan Wong Yoon Chuan dan tiga anak.

Sementara itu dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, Koh berkata sepanjang memegang jawatan Presiden Gerakan, Dr Lim berupaya memperluaskan pengaruh politik parti dan berjaya mengubahnya menjadi sebuah parti kebangsaan.
"Semua anggota dan petugas Gerakan berasa amat sedih dengan pemergian Tun Dr Lim Keng Yaik. Kematian beliau merupakan kehilangan besar kepada negara dan parti," katanya.

Semasa Dr Lim menjadi Menteri Perusahaan Utama, Koh berkata mendiang Dr Lim berusaha keras untuk mempromosi produk industri utama Malaysia, terutamanya minyak sawit, ke pasaran antarabangsa.

Dr Lim turut memberi sumbangan yang sangat bermakna kepada negara, termasuk penubuhan Universiti Terbuka Wawasan.

"Saya menggesa semua rakan dalam Gerakan dan masyarakat Malaysia daripada segenap lapisan untuk mencontohi kesetiaan tidak berbelah bahagi Tun Dr Lim dalam memberi khidmat kepada negara serta rakyat," katanya. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

MILF mahu peranan IMT di Mindanao diperluas

JOHOR BAHRU: Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) mahu peranan pasukan pemantau antarabangsa (IMT) yang diketuai Malaysia di Mindanao, selatan Filipina dikekal dan diperluas.

Pengerusinya, Al-Haj Murad Ebrahim, berkata IMT wajar berperanan bukan sahaja memantau gencatan senjata tetapi juga pelaksanaan program kemanusiaan dan pemulihan di wilayah berkenaan.

"Buat masa ini, mandat mereka hanya memantau pelaksanaan perjanjian gencatan senjata," katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Pada 15 Oktober lalu, MILF dan kerajaan Filipina menandatangani kerangka perjanjian damai yang mengakhiri konflik antara kedua-dua pihak sejak lebih empat dekad di wilayah selatan negara itu.

Persetujuan ke arah pendamaian itu dicapai di Kuala Lumpur dalam rundingan yang berlangsung dari 2 hingga 7 Oktober lalu.

Malaysia menjadi pengantara rundingan damai kedua-dua pihak sejak 2001.

Mengulas lanjut, Murad berkata IMT juga boleh memainkan peranan sebagai pihak pemantau ketiga berhubung pelaksanaan kerangka perjanjian damai itu.
Katanya IMT setakat ini berjaya memainkan peranan dalam mengekalkan keamanan di wilayah tersebut.

IMT diwujudkan pada 2004 untuk memantau perjanjian gencatan senjata antara MILF dan kerajaan Filipina.

Selain Malaysia, IMT turut membabitkan Brunei, Indonesia, Jepun, Norway dan Kesatuan Eropah serta dibantu pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan, sama ada tempatan atau antarabangsa. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Bursa Malaysia dijangka kukuh minggu depan

Written By Unknown on Sabtu, 22 Desember 2012 | 15.09

KUALA LUMPUR: FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka kukuh minggu depan dirangsang oleh berita positif ekonomi global terutama dari Amerika Syarikat, China dan Jepun.

Naib Presiden/Ketua Penyelidikan Runcit Affin Investment Bank Bhd, Dr Nazri Khan berkata berkata pasaran ekuiti tempatan akan meningkat daripada beberapa perkara positif dengan ekuiti global kukuh dengan kenaikan pada Disember meskipun keadaan terlebih beli dan sesi pendek berikutan musim cuti.

Bursa Malaysia akan ditutup pada Selasa sempena Hari Krismas.

"MSCI All World dan FTSE All-World berada hampir paras tinggi dalam 17 bulan dengan penanda aras saham AS berada di bawah paras terbaiknya manakala dalam hampir lima tahun manakala indeks tempatan, FBM KLCI hanya 15 mata di bawah paras tertingginya.

"Kami yakin ekuiti meningkat berdasarkan kepada data ekonomi global yang lebih baik baru-baru ini, sokongan bank pusat, kurang tekanan zon euro serta harapan yang meningkat mengenai isu belanjawan AS dapat dicapai bagi menghalang AS berdepan dengan masalah jurang fiskal," kata beliau kepada BERNAMA.

Beliau berkata halangan segera kini pada paras 1,680 manakala sokongan dilihat pada paras 1,650.

"Sekiranya hampir di bawah 1,630, kami melihat sebarang kelemahan sebagai peluang untuk memasuki semula pasaran memandangkan trend bulanan, mingguan dan harian kekal kukuh.
"Memandangkan mudah tunai yang banyak dan peningkatan aliran ekuiti bersih asing yang meningkat, kami tidak terkejut untuk melihat FBM KLCI naik ke paras 1,680.

"Jika ditutup melebihi 1,680 akan membawa FBM KLCI kepada kenaikan yang baik ke paras tertinggi baharu 1,720-1,750 pada awal tahun depan," katanya.

Bagi minggu yang baru berakhir, FBM KLCI rose 6.87 mata kepada 1,658.85 daripada 1,651.98 sebelumnya. Indeks Kewangan naik 64.83 mata kepada 15,191.6 manakala Indeks Perusahaan menokok 10.72 mata kepada 2,717.32.

Indeks Perladangan susut 5.94 mata kepada 7,979.52.

Indeks FBM Emas melonjak 35.04 mata kepada 11,237.17, FBMT100 naik 36.8 mata kepada 11,096.6 dan Indeks FBM ACE meningkat 72.47 mata kepada 4,200.7.

Indeks FBM 70 susut 3.33 mata kepada 12,089.75. Jumlah dagangan mingguan berkurangan kepada 3.874 bilion saham bernilai RM6.569 bilion daripada 4.31 bilion saham bernilai RM7.6 bilion pada Jumaat lalu.

Jumlah dagangan Pasaran Utama susut kepada 2.877 bilion unit bernilai RM6.402 bilion daripada 3.48 bilion unit bernilai RM7.47 bilion sebelumnya.

Di pasaran ACE, jumlah dagangan turun kepada 771.098 juta saham bernilai RM139.984 juta daripada the 624.28 juta saham bernilai RM106.93 juta minggu lepas.

Waran susut kepada 222.394 juta unit bernilai RM25.742 juta daripada 187.12 juta unit bernilai RM18.98 juta. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Pengeluaran padi di lembah utara Perlis meningkat sekali ganda

KANGAR: Pengeluaran padi di lembah utara Perlis kini meningkat berikutan pelaksanaan pelbagai program pertanian di samping sistem penyampaian kerajaan kepada pesawah, kata Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Perlis, Shaidan Nordin.

Beliau berkata purata pengeluaran padi di kawasan kendalian LPP itu kini sekitar 4.5 tan metrik sehektar berbanding 2.5 tan metrik sehektar kira-kira 10 tahun lalu.

Shaidan yang ditemui selepas program turun padang di kawasan Mata Ayer dekat sini hari ini berkata, paling memberangsangkan ada kawasan yang mencapai pengeluaran sehingga 7 tan metrik sehektar.

"Ini bukan saja kerana kegigihan pesawah tetapi turut dijana oleh sistem penyampaian kerajaan termasuk subsidi baja yang menyuburkan tanaman padi," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata, kecekapan sistem penyampaian termasuk bantuan baja mengikut jadual yang tepat membolehkan para pesawah memanfaatkan kemudahan itu dengan sempurna dan menjadikan sektor penanaman padi sebagai kegiatan pertanian utama.

Katanya, LPP amat mengambil berat terhadap pengeluaran padi di bawah kawalannya yang membabitkan kawasan seluas 11,654 hektar di utara Perlis dan akan bertindak pantas jika terdapat sebarang masalah yang boleh menggugat industri makanan itu.

Menurutnya, banyak lagi agensi yang berganding tenaga membantu para pesawah termasuk Jabatan Pertanian dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).
Mengenai dakwaan seorang pesawah dari Guar Nangka di sini yang lewat menerima bantuan subsidi baja sehingga mengganggu tumbesaran padi, Shaidan berkata siasatan mendapati petani berkenaan yang mengusahakan sawah seluas lebih 2.3 hektar sudah menerima bantuan itu mengikut jadual pada November lalu serta sudah menggunakan kemudahan itu.

"Kami tidak mahu dakwaan itu menjejaskan keyakinan orang ramai terhadap usaha murni kerajaan melalui LPP untuk memastikan pengeluaran padi di luar MADA terus berkembang," katanya.

Sementara itu, Ketua Unit Peladang Kampung Kubang Perun, Yaakob Saad terkejut dengan dakwaan itu kerana beliau sendiri yang memantau pendaftaran dan proses penghantaran baja berkenaan supaya tiba pada waktunya.

Katanya, beliau cuba menghubungi pesawah berkenaan bagi mendapatkan penjelasan sebenar namun gagal tetapi anggota keluarga pesawah terbabit memaklumkan bahawa kesuburan padi yang diusahakan petani itu adalah hasil baja subsidi kerajaan.

Yaakob yang juga Peladang Jaya 2012 peringkat negeri Perlis berkata, setakat ini unit peladang itu tidak menghadapi sebarang masalah berkaitan sistem penyampaian dan kesuburan tanaman padi di kawasan itu membuktikan kesemua pesawah telah memanfaatkan baja subsidi yang telah dibekalkan.

"Kami bersyukur kerana kerajaan bersungguh-sungguh membebaskan kami daripada kemiskinan dan kini kami berbangga menjadi pesawah yang moden dan mampu membina kehidupan lebih selesa," katanya. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Gempa bumi sederhana di Sumatera Utara

KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana berukuran 5.1 pada skala Richter, berlaku di pantai barat Sumatera Utara, Indonesia pada 11.50 pagi hari ini, menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia.

Menurut kenyataan itu, lokasi gempa bumi itu ialah 144km barat daya Banda Acheh di Indonesia dan 658 km barat daya Langkawi, Kedah.

Gempa bumi itu tidak mendatangkan ancaman tsunami. - BERNAMA
15.09 | 0 komentar | Read More

Lebih 2.3 juta permohonan BR1M diterima setakat 17 Disember

IPOH: Lebih 2.3 juta permohonan bagi program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 diterima setakat 17 Disember lalu, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata daripada jumlah itu lebih 1.6 juta permohonan adalah daripada individu bujang dan lebih 720,000 permohonan daripada isi rumah.

Katanya 54 peratus permohonan itu dibuat secara manual manakala selebihnya dibuat secara online.

"Kita akan membuat pembayaran pada suku tahun pertama (2013), jadi untuk pembayaran berkenaan, kita minta kepada mereka yang masih belum mendaftar agar mendaftar sebelum 31 Disember kerana permohonan ini perlu diproses supaya mereka dapat bayaran bila kita mula buat pembayaran.

"Kalau dia lewat, dia akan dapat lewat. Mereka boleh daftar secara online atau manual supaya apabila kita buat pembayaran pada suku pertama nanti, yang dah daftar semua akan dapat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Usahawan SME Bank di sini hari ini.

Bagaimanapun, Ahmad Husni berkata tarikh tutup permohonan BR1M 2.0 yang bermula 1 November lalu belum ditetapkan.

Borang permohonan boleh didapati secara percuma di Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri, Jabatan Pembangunan Persekutuan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Penerangan, agensi-agensi kerajaan atau dimuat turun atau diisi secara online melalui laman sesawang LHDNM: www.hasil.gov.my.
Katanya bantuan BR1M 2.0 yang membabitkan peruntukan RM3 bilion itu dijangka memberi manfaat kepada seramai 4.3 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang.

Tahun lalu, seramai 4.2 juta penerima mendapat manfaat daripada BR1M, dengan jumlah peruntukan sebanyak RM2.1 bilion. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Ikan bilis mata biru tarikan baru pelancong ke Perak

MANJUNG: Ikan bilis mata biru gred A dan paling bermutu di Asia Tenggara akan dijadikan daya tarikan baru kepada pelancong dalam dan luar negara yang mengunjungi Perak.

Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancongan, Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan negeri, Datuk Hamidah Osman berkata, pihaknya akan menjadikan ikan bilis jenis ini yang hanya boleh ditemui di Pulau Pangkor sebagai ikon baru.

"Selain terkenal dengan keindahan alam semulajadinya, kita mahu pelancong mengenali Pulau Pangkor sebagai satu tempat pengeluar ikan bilis terbesar di Malaysia.

"Sarawak terkenal dengan kek lapis dan keropok masin, selepas ini kita juga mahu jika pelancong yang datang ke Pulau Pangkor membawa pulang ikan bilis jenis ini.

"Oleh itu, saya berharap pengusaha dapat membuka ruang kepada pelancong untuk melihat secara dekat pemprosesan ikan bilis ini," katanya pada sidang media selepas merasmikan Fiesta Bilis@Pangkor di Dataran Hadhari, Teluk Batik, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengarah Eksekutif, Operasi Berita dan Editorial Media Prima Bhd, Datuk Ahmad A Talib; Pengarang Kumpulan BH, Datuk Mior Kamarul Shahid dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung, Datuk Zamri Man.

Penganjuran julung kali Fiesta Bilis@Pangkor di Teluk Batik melakar sejarah tersendiri apabila berjaya memecahkan rekod susunan nasi lemak terpanjang di Malaysia.
Pegawai The Malaysia Book of Records (TMBR), Myra Dzaman, berkata pihak penganjur berjaya menyusun 11,000 nasi lemak sepanjang 976.7 meter,sekali gus memadam rekod sedia ada.


15.09 | 0 komentar | Read More

GPMS Kedah mohon KPT bantu selesai isu MQA KUIN

Written By Unknown on Jumat, 21 Desember 2012 | 15.09

ALOR SETAR: Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Kedah meminta Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) campur tangan dan membantu menyelesaikan masalah akreditasi program di Kolej Universiti Insaniah (KUIN).

Pengerusinya, Shamsul Bahar Abd Rani, berkata disebabkan Ijazah Sarjana Muda Tahfiz al-Quran dan Qiraat Kuin tidak diiktiraf Agensi Akreditasi Malaysia (MQA), tujuh lulusannya masih gagal mendapat pekerjaan sehingga sekarang.

"...baru-baru ini empat daripada mereka menghadiri temu duga KPLI-JQAF (Kursus Perguruan Lepasan Ijazah Jawi, al-Quran, Arab dan Fardu Ain) gagal dalam temuduga itu disebabkan ijazah mereka tiada pengiktirafan MQA.

"Kita juga mendapat maklumat bahawa seorang daripada tujuh graduan tersebut sudah memohon jawatan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Kedah tetapi gagal atas sebab yang sama," katanya di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Shamsul Bahar berkata, GPMS Kedah akan menghantar surat kepada kementerian tersebut bagi meminta menyelesaikan segera masalah berkenaan.

Beliau berkata, jika KPT mahu bertemu dengan tujuh lulusan ini, GMPS Kedah sedia mengatur pertemuan itu.

Menurutnya, GPMS Kedah juga kesal kerana sehingga hari ini pihak pengurusan Kuin masih belum bertemu dan berbincang dengan siswazah terbabit sekali pun sudah banyak desakan dibuat.
"Saya merayu kepada pihak Kuin supaya bertanggungjawab dan berjumpa dengan graduan dan juga ibu bapa graduan-graduan tersebut. KUIN perlu menjelaskan kedudukan graduan itu dan cuba selesaikan polemik ini," katanya.

Shamsul Bahar berkata, GPMS Kedah juga bersedia menjadi pengantara antara graduan terbabit dan KUIN bagi menyelesaikan kemelut itu.

Tujuh siswazah tersebut menerima ijazah masing-masing pada September lalu tetapi sehingga kini ijazah mereka belum mendapat pengiktirafan MQA.

Mengulas perkembangan lain, GPMS Kedah akan membuka pusat tuisyen di daerah ini dan mengenakan kadar yuran antara terendah iaitu RM20 satu subjek untuk peringkat Ujian Pencapaian Sekolah Rendah, RM23 bagi Penilaian Menengah Rendah dan RM25 untuk Sijil Pelajaran Malaysia.

"Kami juga menawarkan pakej bagi pelajar yang mengambil subjek secara pukal. Kami menyediakan tenaga pengajar yang berpengalaman dengan kelas berhawa dingin dan mempunyai kemudahan jalur lebar," katanya

"Tempat ini bukan hanya dijadikan pusat tusyen semata-mata malah kita akan jadikan sebagai pusat kegiatan belia. Kita juga sediakan dewan seminar kepada sesiapa sahaja yang mahu mengadakan seminar di sini," katanya.

Beliau berkata, untuk maklumat lanjut dan pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi 04-7313639. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

BN Selangor kesal sikap dolak-dalik Khalid isu cukai taksiran

SHAH ALAM: Barisan Nasional (BN) Selangor hari ini membidas sikap berdolak-dalik Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung isu semakan cukai taksiran ke atas pemilik tanah di Kampung Baru Subang dan Kampung Baru Sungai Buloh.

Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed, berkata Abdul Khalid tidak sepatutnya mengaitkan kerajaan pusat berhubung penetapan kadar cukai taksiran di negeri itu kerana ia sebenarnya terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri menerusi pihak berkuasa tempatan (PBT).

Katanya, Menteri Besar dan Exco yang bertanggungjawab dalam hal ehwal PBT mempunyai kuasa untuk menentu dan memutuskan kadar cukai pintu yang dikenakan kepada rakyat negeri ini sama ada ia dinaikkan atau sebaliknya.

"Dalam soal pelantikan ahli majlis PBT sebagai contoh, kerajaan negeri mempunyai kuasa dalam membuat asas pertimbangan pelantikan jawatan itu. Malah, fungsi PBT itu sendiri sebenarnya di kawal selia oleh kerajaan negeri," katanya kepada pemberita ketika meninjau persiapan Karnival Sayangi Selangor di i-City di sini, hari ini.

Mohd Zin berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Abdul Khalid pada Selasa lalu bahawa pihak berkuasa tempatan tidak boleh sewenang-wenangnya menaikkan kadar cukai taksiran yang dikenakan terhadap penduduk setempat.

Menteri Besar berkata, kadar cukai taksiran di negeri itu ditetap berdasarkan kadar semasa hartanah mengikut penilaian Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Kementerian Kewangan.

Semalam, Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan, berkata semakan cukai taksiran ke atas pemilik tanah di Kampung Baru Subang dan Kampung Baru Sungai Buloh dibuat berikutan pembinaan bangunan baharu, perubahan kegunaan bangunan dan aktiviti semasa di kawasan itu.
Beliau berkata, oleh kerana perubahan aktiviti utama kedua-dua kampung baru itu daripada pertanian kepada perindustrian, kadar taksiran yang sebelum ini antara satu hingga dua peratus di bawah kadar pertanian diubah kepada kadar kategori perindustrian pada kadar tujuh hingga 7.5 peratus.

Mengenai "Karnival Sayangi Selangor", Mohd Zin berkata tempat letak kereta secara percuma disediakan kepada orang ramai sepanjang karnival selama empat hari itu bermula 29 Disember.

Beliau berkata, pengunjung juga berpeluang masuk secara percuma ke Muzium Seni Helah atau Trick Art Museum yang ditempatkan di I-City sepanjang karnival itu berlangsung.

Katanya, pameran kerjaya membabitkan badan korporat dan swasta akan diadakan semasa karnival itu yang menawarkan sehingga 6,000 peluang pekerjaan.

- BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Shafie Apdal sokong cadangan SPRM tapis calon PRU

PASIR PUTEH: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyifatkan cadangan supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menapis terlebih dahulu senarai calon Pilihanraya Umum ke-13 sebagai langkah wajar.

Langkah itu katanya, dapat mengelak masalah lebih besar dan menyusahkan rakyat jika calon tersebut bermasalah dan terbabit rasuah selepas pilihan raya berlangsung.

"Saya sokong penuh perkara ini kerana ia untuk kebaikan. Ini penting kerana kita tidak mahu nantu calon itu bermasalah dan terpaksa buat pilihan raya kecil pula selepas itu yang membabitkan perbelanjaan lain dan merumitkan rakyat," katanya kepada pemberita selepas melawat Projek Penempatan Semula Nelayan Tok Bali, di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah SPRM, Datuk Johan Jaafar yang dilapor media mencadangkan supaya kerajaan mewajibkan parti politik mengemukakan senarai calon mereka kepada SPRM terlebih dahulu.

Mengulas lanjut, Mohd Shafie yang juga Menteri Kemajuan Wilayah dan Luar Bandar, berkata perkara itu diamalkan Barisan Nasional (BN) selama ini bagi memastikan tidak ada masalah timbul apabila tiba hari penamaan calon.

Namun katanya, adalah lebih baik jika parti dan calon yang bakal bertanding berbuat demikian secara sukarela.

Mengulas perkara berbeza, Mohd Shafie berkata kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa menentang UMNO adalah untuk mencegah kemungkaran merupakan ketaksuban politik yang membawa kehancuran.
Sehubungan itu beliau menggesa rakyat, terutama umat Islam menimbang sebaik-baiknya kenyataan Menteri Besar Kelantan berkenaan.

Semalam Nik Abdul Aziz berkata beliau akan tetap bertanding dalam pilihan raya umum akan datang selagi bangsa Melayu masih menyokong UMNO yang disifatkannya sebagai satu perbuatan mungkar.

Mengulas projek penempatan semula nelayan Tok Bali itu, Mohd Shafie berkata ia satu lagi bukti kerajaan pusat sama sekali tidak mengabaikan Kelantan walaupun tidak diperintah BN.

"Kerajaan BN sangat menjaga kepentingan rakyat. Yang mana layak dapat pembelaan kita akan bela," katanya.

Projek bernilai RM30.88 juta itu dibangunkan di atas tanah seluas lebih 38 hektar merangkumi pembinaan 300 unit kediaman, surau, tadika serta dewan serbaguna. Pembinaan fasa pertama akan bermula pertengahan Januari ini.

- BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Penduduk di kawasan rendah di empat negeri diminta waspada

KUALA LUMPUR: Penduduk yang tinggal di kawasan rendah di Sabah, Kelantan, Terengganu dan Pahang diminta bersiap sedia untuk menghadapi banjir berikutan hujan lebat akibat monsun timur laut atau musim tengkujuh yang bermula akhir Oktober lalu sehingga awal Mac depan.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, nasihat hujan lebat peringkat kuning sudah dikeluarkan pada petang Rabu lalu yang boleh membawa risiko banjir di negeri berkenaan.

Di Sabah, kawasan yang dijangka terbabit ialah Kudat, Sandakan, Beluran, Kinabatangan, Tawau, Lahad Datu, Kunak dan Semporna.

Di Kelantan membabitkan daerah Tumpat, Pasir Mas, Kota Baharu, Bachok, Pasir Putih dan Machang manakala di Terengganu meliputi daerah Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman manakala di Pahang membabitkan daerah Kuantan, Pekan dan Rompin.

- BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Misi KP1M bantu mangsa Taufan Bopha berlepas Ahad ini

KUALA LUMPUR: Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) akan menghantar misi kemanusiaan ke selatan Filipina Ahad ini, bagi membantu mangsa Taufan Bopha yang melanda wilayah itu, baru-baru ini.

Presidennya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, berkata misi itu akan membawa bantuan seberat lapan tan dan disertai 47 sukarelawan termasuk petugas media.

Bantuan yang meliputi makanan, ubat-ubatan dan produk nutrisi bayi itu akan dihantar menaiki pesawat Charlie milik Tentera Diraja Udara Malaysia (TUDM), katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Menurut Abdul Azeez, misi itu ke sana selepas KP1M mendapat segala maklumat yang diperlukan daripada enam sukarelawan yang dihantar ke kawasan bencana sebagai pasukan peninjau semalam.

Abdul Azeez yang akan mengetuai misi itu, berkata beliau sudah bertemu Duta Filipina ke Malaysia, J Eduardo Malaya yang memberi jaminan mengenai aspek keselamatan di kawasan terbabit.

Dalam misi KP1M dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara dan TUDM itu, Datuk Dr Alwi Abdul Rahman akan bertindak sebagai ketua pasukan perubatan manakala Hanif Ahmad ketua bahagian keselamatan.

Sementara itu, Dr Alwi yang turut hadir berkata 14 pakar perubatan yang menyertai misi itu akan memberi rawatan kepada mangsa yang rata-rata mengalami masalah seperti cirit-birit dan jangkitan kulit.
"Kita akan berkerjasama dengan pihak berkuasa kesihatan di wilayah itu dan tiga hospital bagi melancarkan proses bantuan perubatan," katanya.

Taufan Bopha yang melanda 3 Disember lalu dilapor mengorbankan lebih 900 nyawa manakala kira-kira 1,000 mangsa masih hilang dan 80,000 mangsa hilang tempat perlindungan.

- BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Ibu mahu hantar penyerang ke pusat sakit jiwa

Written By Unknown on Rabu, 19 Desember 2012 | 15.09

NEWTOWN: Ibu penyerang sekolah rendah di Connecticut merancang untuk menghantar anaknya ke pusat sakit jiwa kerana tidak lagi dapat mengawal dan menjaganya, kata seorang penduduk di sini.

Joshua Flashman memberitahu media tempatan bahawa Nancy Lanza juga rapat dengan pengetua dan ahli psikologi sekolah berkenaan yang menjadi korban anaknya, Adam.

"Adam percaya ibunya lebih sayangkan kanak-kanak sekolah itu daripada dirinya. Ia berpunca daripada rancangannya memohon supaya dia dijaga di pusat sakit jiwa," kata Flashman.

Nancy juga pernah menjadi petugas sukarela di sekolah berkenaan. Kebanyakan mangsa Adam adalah kanak-kanak gred 1 yang dipercayai mengenali ibunya.

"Saya faham mengapa Adam mungkin membuat tafsiran bahawa ibunya lebih menyayangi kanak-kanak itu.

"Tetapi, Nancy memang menyayangi Adam. Mungkin dia tidak lagi mampu menjaganya," kata Flashman lagi. - Agensi


15.09 | 0 komentar | Read More

Suruhanjaya Integriti pelawa orang ramai hadir dialog di PJ esok

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) mengundang orang ramai untuk hadir pada majlis dialog bersamanya esok, bagi memberi maklum balas mengenai salah laku agensi penguatkuasaan.

"Sesi dialog yang julung kali diadakan itu akan berlangsung di Dewan Sivik, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, dari 9.30 pagi hingga 1 tengah hari," kata EAIC dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dialog juga bertujuan menerangkan peranan serta fungsi EAIC dan akan dihadiri Pengerusi EAIC, Datuk Heliliah Mohd Yusof serta Timbalannya, Datuk Paul Low Seng Kuan.

Mereka yang ingin menghadiri sesi dialog itu boleh menghubungi sekretariat media, Mohd Hafizzam Hamalad di talian 03-8888 6682 atau Nur Idayu Maruan, 03-8888 7163 atau melayari www.eaic.gov.my. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Kes kemalangan ulang-alik meningkat dalam tempoh 5 tahun: Maznah

KUALA LUMPUR: Kadar kemalangan ketika berulang-alik membabitkan pekerja meningkat setiap tahun sejak lima tahun lalu, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan.

Beliau berkata, tahun ini sebanyak 25,000 kes kemalangan semasa berulang-alik ke tempat kerja direkodkan di seluruh negara setakat Oktober lalu, berbanding 24,809 kes tahun sebelumnya.

"Sebanyak 19,041 kes kemalangan direkodkan pada 2008 dan menunjukkan peningkatan untuk tahun-tahun seterusnya apabila pada 2009, sebanyak 20,810 kes dicatatkan manakala 22,036 kes pada 2010," katanya menjawab soalan Senator Muhamad Yusof Husin pada persidangan Dewan Negara di sini, hari ini.

Maznah berkata, sepanjang tempoh itu juga sebanyak 3,422 kes membabitkan kematian dan 31,054 kes menyebabkan kecederaan hilang upaya kekal dilapor.

Pada 2008, katanya, 728 kes kematian dicatatkan, 759 kes pada 2009, 720 kes (2010), 805 kes (2011) dan sehingga 31 Oktober tahun ini, jumlah kematian menurun kepada 410 kes.

Bagi bilangan kes kecederaan hilang upaya kekal pula, Maznah berkata sebanyak 5,559 kes direkodkan pada 2008; 6,313 kes pada 2009; 6,934 kes (2010), 7,305 kes (2011) dan sehingga tempoh berakhir Oktober lalu, 4,943 kes dicatatkan. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More
techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger