Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, Jabatan Agama Johor sentiasa mengikuti perkembangan LGBT menerusi media massa selain turut menjelaskan isu itu melalui khutbah Jumaat di seluruh negeri.
Mengenai fahaman pluralisme dan liberalisme pula, Zainal Abidin berkata, Jabatan Agama Johor sukar mengesan penyebaran pengaruh fahaman tersebut melalui pemantauan yang dilakukan.
Bagaimanapun pihaknya percaya kemungkinan terdapat segelintir individu yang cenderung kepada fahaman terbabit melalui Facebook, laman sesawang lain mahupun berhubung secara terus dengan negara luar melalui media sosial Skype.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Johor, Datuk Hoo Seong Chang berkata, dua lagi Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) akan dibuka di Johor bagi memberi manfaat kepada masyarakat.
Menjawab soalan Datuk M. Munusamy (BN-Permas), Hoo berkata dua kedai tersebut adalah di Taman Pesona di Kluang dan Pasir Gudang, di sini.
"Sehingga kini lapan KR1M sudah dibuka di negeri ini yang membabitkan Taman Bukit Pasir di Muar; Pusat Perniagaan Square dan Kompleks Pekan Rabu di Johor Baharu; Kota Tinggi; Pontian; Taman Maju Jaya di Labis; Endau di Mersing dan Jalan Muafakat di Tangkak," katanya.
Menjawab soalan tambahan Ong Kow Meng (DAP-Senai), beliau berkata pembukaan KR1M yang kini berjumlah 85 buah di seluruh negara amat rasional bagi menyediakan kemudahan kepada rakyat dan bukan gimik pilihan raya semata-mata. - BERNAMA
Anda sedang membaca artikel tentang
Jabatan Agama Islam Johor pantau LGBT walau tiada aduan
Dengan url
https://palingmutahir.blogspot.com/2012/12/jabatan-agama-islam-johor-pantau-lgbt.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Jabatan Agama Islam Johor pantau LGBT walau tiada aduan
namun jangan lupa untuk meletakkan link
Jabatan Agama Islam Johor pantau LGBT walau tiada aduan
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar