Harga saham ditutup positif pada tengah hari

Written By Unknown on Senin, 10 Desember 2012 | 15.09

KUALA LUMPUR: Harga saham di Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi dalam sentimen positif pada Isnin apabila mendapat rangsangan daripada kebanyakan saham perbankan, kata peniaga.

FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 11.37 mata kepada 1,629.14 selepas dibuka pada 1,618.25.

Public Bank, pada rehat tengah hari, meningkat 14 sen kepada RM15.78, AMMB menokok satu sen kepada RM6.47 manakala Hong Leong Financial menambah 10 sen kepada RM12.86.

Indeks Kewangan meningkat 53.01 mata kepada 15,093.2 dan Indeks Perusahaan naik 13.48 mata kepada 2,700.28, dengan Indeks Perladangan susut 1.25 mata kepada 7,837.04.

Indeks FBM Emas menokok 70.31 mata kepada 11,076.21, Indeks FBM Mid 70 meningkat 52.38 mata kepada 12,060.71, tetapi Indeks FBM Ace turun 5.55 mata kepada 4,160.69.

Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 246 berbanding 227, manakala 285 kaunter tidak berubah, 881 tidak diniagakan dan 18 yang lain digantung. Jumlah dagangan berjumlah 409.37 juta saham bernilai RM516.76 juta.

Di kalangan kaunter cergas, Tiger Synergy naik setengah sen kepada 39 sen, Hiap Huat menambah 10 sen kepada 17.5 sen, DSC Solutions meningkat 1.5 sen kepada 15.5 sen tetapi Karambunai susut setengah sen kepada 11.5 sen.
Di kalangan saham wajaran tinggi, Maybank naik satu sen kepada RM9.07, CIMB dan Sime Darby meningkat setengah sen masing-masing kepada RM7.60 dan RM9.05, dan Axiata Group menokok 19 sen kepada RM6.17. - BERNAMA


Anda sedang membaca artikel tentang

Harga saham ditutup positif pada tengah hari

Dengan url

https://palingmutahir.blogspot.com/2012/12/harga-saham-ditutup-positif-pada-tengah.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Harga saham ditutup positif pada tengah hari

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Harga saham ditutup positif pada tengah hari

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger