Titah baginda, isu tersebut sudah berlarutan sejak sekian lama dan meminta kerajaan negeri serta pihak berkuasa tempatan menanganinya.
"Justeru saya merayu kepada penduduk di situ, janganlah lagi teruskan penerokaan tanah (secara haram) di situ lagi," titahnya selepas berangkat ke Majlis Peletakan Batu Asas Hospital Kuliyyah Perubatan di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dekat sini, hari ini.
Baginda sebelum itu meluahkan rasa kesal dengan laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris semalam, yang disifat membesar-besarkan isu penerokaan tanah secara haram untuk tujuan pertanian di kawasan tersebut.
Titah baginda lagi, rakyat perlu melihat perkembangan positif yang berlaku di Cameron Highlands sehingga menjadi kawasan pelancongan yang terkenal di seluruh dunia.
"Apa-apa pun yang berlaku saya mahu rakyat saya tidak kira kaum, bersatulah bagi memajukan Cameron Highlands," titahnya.
Sementara itu, Presiden UIA, Tan Sri Sidek Hassan yang turut hadir, ketika berucap berkata, hospital berkenaan yang akan dibina mengikut piawaian syariah, menempatkan 350 katil.
"Ia juga bakal dilengkapi dengan peralatan canggih dalam usaha untuk memberi rawatan pakar kepada masyarakat di dalam dan luar negeri Pahang," katanya. - BERNAMA
Anda sedang membaca artikel tentang
Sultan Pahang rayu henti teroka secara haram di Cameron Highlands
Dengan url
https://palingmutahir.blogspot.com/2012/12/sultan-pahang-rayu-henti-teroka-secara.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Sultan Pahang rayu henti teroka secara haram di Cameron Highlands
namun jangan lupa untuk meletakkan link
Sultan Pahang rayu henti teroka secara haram di Cameron Highlands
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar