3 maut penyokong dan penentang Morsi bertempur

Written By Unknown on Kamis, 06 Desember 2012 | 15.09

KAHERAH: Sekurang-kurangnya tiga terkorban dalam pertempuran semalaman antara penyokong dan penentang pemimpin Mesir susulan krisis politik yang melanda selepas sekutu Presiden Mohammed Morsi menggubal perlembagaan baru negara itu, kata Kementerian Dalam Negeri Mesir, hari ini.

Pertempuran di luar istana presiden di daerah Heliopolis itu adalah keganasan terburuk sejak tercetusnya krisis politik negara itu pada 22 November lalu selepas Morsi menggunakan kuasa mutlak beliau untuk menggubal perlembagaan.

Ia adalah pertempuran pertama tercetus antara penyokong dan penentang Morsi sejak setahun belakunya pemberontakan bagi menumbangkan pemerintahan kuku besi Hosni Mubarak.

Dalam satu kenyataan kementerian itu berkata, sehingga kini 276 orang cedera dalam pertempuran itu termasuk 35 anggota polis selepas perusuh membaling bom api, batu dan kayu antara satu sama lain.

Sementara itu sekurang-kurangnya tiga kereta kebal diletakkan di luar istana presiden sebagai langkah keselamatan.

Dua perisai tentera turut kelihatan di luar istana dan laporan terbaru menyatakan keganasan semakin reda. - Agensi


Anda sedang membaca artikel tentang

3 maut penyokong dan penentang Morsi bertempur

Dengan url

https://palingmutahir.blogspot.com/2012/12/3-maut-penyokong-dan-penentang-morsi.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

3 maut penyokong dan penentang Morsi bertempur

namun jangan lupa untuk meletakkan link

3 maut penyokong dan penentang Morsi bertempur

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger