Pengarah JPJ Pulau Pinang, Datuk Hassan Yaccob berkata, bagaimanapun JPJ akan terlebih dahulu memberi penjelasan mengenai AES kepada kerajaan negeri.
"Jika selepas penerangan dan perbincangan kerajaan negeri tetap menolak pelaksanaan berkenaan, kita akan guna mekanisme lain dan perkara itu akan di umum Datuk Solah," katanya selepas taklimat AES di sini, hari ini.
Baru-baru ini, akhbar melaporkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng tidak mahu kamera AES dipasang di negeri itu dan akan menanggalkannya jika peralatan berkenaan dipasang.
Sementara itu, Hassan berkata, JPJ mengenal pasti 57 lokasi berisiko kemalangan di Pulau Pinang bagi tujuan pemasangan kamera AES dan kebanyakan lokasi membabitkan kemalangan maut.
Daripada jumlah itu, katanya, 39 kamera akan dipasang di jalan utama sekitar negeri bagi mengesan kesalahan membabitkan had laju, manakala 18 lagi akan dipasang di persimpangan lampu isyarat.
"Antara jalan-jalan yang terbabit ialah Tun Sardon, Jalan Baru Perai, Jambatan Pulau Pinang, Jalan Tanjung Bungah, Bagan Ajam, Permatang Pauh, Jalan Masjid Negeri dan Jalan Penang," katanya.
Setakat ini, katanya, kamera AES belum dipasang di negeri ini. - BERNAMA
Anda sedang membaca artikel tentang
JPJ ada mekanisme lain jika Pulau Pinang menolak AES
Dengan url
https://palingmutahir.blogspot.com/2012/12/jpj-ada-mekanisme-lain-jika-pulau.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
JPJ ada mekanisme lain jika Pulau Pinang menolak AES
namun jangan lupa untuk meletakkan link
JPJ ada mekanisme lain jika Pulau Pinang menolak AES
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar