Perniagaan cekap urus kos dengan rasionalisasi subsidi: Zeti

Written By Unknown on Kamis, 06 Desember 2012 | 15.09

JOHOR BAHRU: Kesedaran di kalangan perniagaan mengenai rasionalisasi dan penyelarasan subsidi secara beransur-ansur akan membolehkan mereka menguruskan kos yang cekap, kata Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Dengan cara ini, beliau berkata, perniagaan boleh menyesuaikan dengan cara lain untuk mengurangkan kos supaya mereka tidak akan menyalurkan pada kos yang lebih tinggi kepada pengguna.

"Mereka boleh mengurus dengan lebih cekap, meningkatkan tahap produktiviti mereka dan dengan itu, ia akan mengurangkan peningkatan harga untuk pengguna akhir," kata beliau kepada pemberita di luar Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) kelapan di sini hari ini.

Zeti berkata demikian semasa menjawab soalan mengenai kesan inflasi tahun depan dengan rasionalisasi subsidi.

"Malaysia mempunyai prospek merasionalisasi dan menyelaraskan subsidi secara beransur-ansur.

"Industri dan pengguna semua sedar hala tuju dan Malaysia mempunyai ruang untuk melakukannya dalam cara yang beransur-ansur," katanya.

Dilaporkan bahawa jumlah subsidi, yang digunakan untuk mengawal harga barangan keperluan, termasuk bahan api, gula dan minyak masak, dan menyediakan program kebajikan sosial, bermungkinan susut kepada RM37.6 bilion pada 2013 daripada RM42.4 bilion tahun ini. - BERNAMA


Anda sedang membaca artikel tentang

Perniagaan cekap urus kos dengan rasionalisasi subsidi: Zeti

Dengan url

https://palingmutahir.blogspot.com/2012/12/perniagaan-cekap-urus-kos-dengan.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Perniagaan cekap urus kos dengan rasionalisasi subsidi: Zeti

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Perniagaan cekap urus kos dengan rasionalisasi subsidi: Zeti

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger