Amanat Presiden UMNO disebar ke akar umbi

Written By Unknown on Sabtu, 01 Desember 2012 | 15.09

KUALA LUMPUR: Perwakilan yang menghadiri Perhimpunan Agung Umno di sini, menggalas tanggungjawab menterjemah amanat Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak yang sarat dengan mesej kesiapsiagaan menghadapi pilihan raya umum ke-13, sekembalinya mereka ke negeri masing-masing.

Ketua Umno Bahagian Dungun, Datuk Dr Rosli Mat Hassan, berkata intipati ucapan Perdana Menteri itu harus diberi perhatian oleh anggota Umno dan disebar luas hingga ke peringkat akar umbi.

Amanat itu turut menekankan perlunya anggota Umno mengembalikan maruah parti dan menentang pakatan pembangkang berkaitan isu yang menyentuh agama,

bangsa dan negara, katanya kepada Bernama pada hari terakhir Perhimpunan Agung
Umno 2012, yang merupakan perhimpunan terakhir sebelum PRU-13.

Rosli berkata anggota Umno perlu berjuang berhabis-habisan untuk mempertahan negara daripada jatuh ke tangan pembangkang, dan untuk itu jentera di peringkat bahagian dan cawangan perlu mempergiat aktiviti merapatkan saf dan bekerjasama mempertahan Putrajaya.

"Sebagai seorang pejuang parti, biar kita hilang harta kerana ia boleh dicari, biar kita hilang darjah, ia boleh dibaiki tetapi jangan kita hilang kuasa kerana nanti segalanya akan tergadai," katanya.
Rosli berkata untuk menghadapi PRU-13, semua anggota parti perlu kembali
kepada asas perjuangan Umno iaitu `Bersatu, Bersedia dan Berkhidmat'.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek
Hussin berkata, bagi perwakilan Kelantan mereka akan pulang ke bahagian
masing-masing dan menumpukan usaha meningkatkan lagi persiapan jentera
pilihan raya.

Ketua Umno Bahagian Bachok itu berkata yang penting semua anggota Umno
perlu ikhlas berkhidmat kepada parti, menerima calon yang dipilih untuk bertanding dan bekerja keras memastikan kemenangan mereka dan parti.

Umno Kelantan akan juga mempergiat program penerangan mengenai kejayaan
Barisan Nasional membangunkan negara ini kepada orang ramai, selain mendedahkan
kegagalan parti pembangkang menunaikan janji mereka yang ternyata kosong belaka,
kata timbalan menteri kewangan itu.

Sementara itu, Ketua Bahagian Batu Pahat yang juga Timbalan Menteri
Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi berkata amanat presiden Umno itu perlu
diterjemah ke peringkat kawasan dengan memberikan tumpuan kepada
aktiviti-aktiviti di pusat daerah mengundi (PDM).

"Jentera parti perlu mengejar pengundi termasuk bukan pengundi Umno
dari segenap lapisan termasuk pengundi baharu, muda, wanita dan mereka yang
di atas pagar," katanya.

Beliau berkata sebagai contoh, di bahagian Batu Pahat beberapa aktiviti
telah diadakan bagi merapatkan jentera dengan pengundi menerusi penganjuran Hari
Terbuka PDM.

"Kami ambil kesempatan melibatkan orang ramai dan dari situ kita boleh tahu sama ada pengunjung merupakan pengundi atas pagar ataupun sebaliknya. Walaupun ada yang tidak dapat dikenalpasti kecenderungan politiknya, sekurang-kurangnya mesej kami sampai," katanya.

Mohd Puad juga berkata beliau turut menggunakan khidmat pesanan ringkas
(SMS) bagi mengenal pasti 10,000 pengundi daripada 84,000 keseluruhan pengundi
di kawasan parlimennya dan melalui SMS yang dibalas, beliau boleh mengenal pasti
kecenderungan pengundi.

Ketua Umno Bahagian Kota Baharu Datuk Mohd Fathmi Che Salleh pula berkata usaha pertama bahagiannya ialah bagi memastikan perkara yang boleh menjejaskan perpaduan di peringkat bahagian dan cawangan diselesaikan segera.

"Siapa yang dipilih menjadi calon, kami sokong, itu penting kerana kekuatan parti hari ini kami nampak daripada sambutan rakyat kepada Umno dan BN meningkat begitu ketara sekali, yang menjejaskan kita selama ini ialah perpecahan sesama sendiri akibat daripada perkara remeh temeh," katanya.

Beliau berkata program lawatan dari rumah ke rumah untuk bertemu dan mencari
pengundi akan dipergiat dan melaluinya mesej perdana menteri dapat disampaikan.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman
berkata Umno negeri akan memberi tumpuan kepada aktiviti yang dapat menyentuh
hati anggota masyarakat.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) itu berkata: "Umno tidak mempunyai masa yang
banyak, semua anggota parti kini harus fokus dan membuat kerja untuk menyampaikan mesej perdana menteri."

Ketua Penerangan Umno Perak Datuk Saarani Mohamad berkata intipati amanat presiden parti yang memberi fokus menyeluruh tentang PRU-13 memberi ingatan kepada petugas dan jentera pilihan raya Umno supaya tidak hanya tertumpu kepada pengundi anggota Umno sahaja, sebaliknya mesti juga fokus kepada menarik pengundi yang bukan anggota Umno, terutama pengundi kali pertama.

Umno Bahagian Lenggong itu berkata: "Kami akan bekerja kuat dan memperkemas jentera pilihan raya untuk mengetuk pintu hati pengundi baharu supaya menyokong BN.

Ketua Umno Bahagian Merbok Datuk Tajul Urus Mat Zain pula berkata amanat utama ialah mengenai kesiapsagaan menghadapi peperangan di mana arahan hanya perlu didengar dari satu arah iaitu jeneral parti, presiden Umno.

Katanya Bahagian Merbok bercadang memanggil pemimpin berpengalaman,
seperti Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed
yang telah lama berhadapan dengan pemimpin pembangkang, untuk bercerita betapa
pentingnya perpaduan dalam parti.

Ketua Umno Bahagian Baling Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata segala
maklumat yang diperoleh pada perhimpunan agung kali ini, terutama ucapan
presiden parti, perlu disampaikan dengan tepat kepada semua. - BERNAMA


Anda sedang membaca artikel tentang

Amanat Presiden UMNO disebar ke akar umbi

Dengan url

https://palingmutahir.blogspot.com/2012/12/amanat-presiden-umno-disebar-ke-akar.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Amanat Presiden UMNO disebar ke akar umbi

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Amanat Presiden UMNO disebar ke akar umbi

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger