Wujudkan kerusi 1Malaysia di UMS: UMNO Sabah

Written By Unknown on Sabtu, 01 Desember 2012 | 15.09

KUALA LUMPUR: Wakil Umno Sabah hari ini menyarankan agar Kementerian Pengajian Tinggi mewujudkan Kursi 1Malaysia di Universiti Malaysia Sabah (UMS) sebagai usaha memperkukuhkan lagi Gagasan 1Malaysia.

Naib Ketua Umno Bahagian Kimanis, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif turut

mencadangkan kementerian itu mewujudkan sebuah pusat penyelidikan dan perbandingan antara agama serta budaya rakyat pelbagai kaum di Sabah.

Pengwujudan Kursi 1Malaysia dan pusat penyelidikan itu dapat menjadi wadah
ke arah memperkasa perpaduan rakyat pelbagai kaum dan agama yang berpayung di
bawah Gagasan 1Malaysia, kata Mohd Arifin yang juga Anggota Dewan Undangan
Negeri Membakut.

"Jika ingin melihat contoh terbaik 1Malaysia maka lihatlah nilai kehidupan masyarakat pelbagai kaum dan etnik di Sabah.
"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga mengatakan Sabah contoh
terbaik untuk 1Malaysia kerana di Sabah ada lebih 32 suku kaum, lebih 50 bahasa
etnik dan subetnik yang mengamalkan toleransi cukup tinggi," katanya ketika
membahaskan usul agama dan pendidikan pada Perhimpunan Agung Umno 2012, di sini
hari ini.

Mohd Arifin juga berkata usaha mengekang fahaman pluralisme mahupun
liberalisme yang cuba dikembangkan di negara ini mesti konsisten serta tegas dan
tidak boleh seperti rentak tarian 'poco-poco'.

"Orang yang menari poco-poco bila dia melangkah selangkah ke hadapan, dia akan berundur selangkah ke belakang, bila dia melangkah dua langkah ke hadapan, pasti selepas itu dia akan mengambil dua langkah ke belakang," katanya menambah "langkah" itu tidak patut diikuti.

Beliau berkata kerajaan tidak boleh teragak-agak dalam menguatkuasakan
undang-undang terhadap golongan yang cuba memesong dan menyesatkan akidah umat
Islam di negara ini seperti mana yang diambil terhadap al-Arqam.

"Jika kita bertindak teragak-agak, mereka akan lebih berlagak pula,"
katanya. - BERNAMA


Anda sedang membaca artikel tentang

Wujudkan kerusi 1Malaysia di UMS: UMNO Sabah

Dengan url

https://palingmutahir.blogspot.com/2012/12/wujudkan-kerusi-1malaysia-di-ums-umno.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Wujudkan kerusi 1Malaysia di UMS: UMNO Sabah

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Wujudkan kerusi 1Malaysia di UMS: UMNO Sabah

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger