Ketika membahaskan usul agama dan pendidikan pada hari terakhir Perhimpunan Agung Umno di sini, Mohd Shaharuddin Mohd Hassan Tajuddin dari Umno Bahagian Tanjong, Pulau Pinang berkata ulama yang menganggotai majlis berkenaan hendaklah diberi jawatan setaraf dengan naib presiden atau ketua sayap parti.
liberalisme.
Mohd Shaharuddin berkata masalah perpaduan ummah dapat ditangani dengan
pertambahan ikon agama di insitusi pendidikan negara yang berfungsi sebagai
penyebar maklumat tepat mengenai perjuangan Islam yang dibawa oleh Umno.
"Kita juga mencadangkan supaya diwujudkan Madrasah 1Malaysia yang ditadbir secara mutlak oleh Kementerian Pelajaran dan Jabatan Perdana Menteri. Modus operandinya mestilah menekankan pembelajaran al-Quran dan asas agama Islam," katanya.
Selain itu, beliau turut mencadangkan penyeragaman tanah wakaf dengan
menubuhkan Yayasan Tanah Wakaf 1Malaysia serta mempraktikkan perubatan mukjizat
al-Quran sebagai perubatan altenatif di hospital kerajaan.
Mengenai situasi umat Islam di Pulau Pinang, beliau berkata kerajaan
pembangkang di negeri itu sering menggunakan pendekatan berdakwah untuk
menyebarkan fitnah politik mengenai Umno dan Barisan Nasional (BN).
"Hari ini sekiranya tuan-tuan pergi ke Pulau Pinang dan menunaikan solat
Jumaat, khatib yang membaca khutbah seperti ala-ala ceramah politik, kerja
mereka hanya menghentam Umno dan BN," katanya.
Beliau juga bimbang dengan masa depan umat Islam di bawah kepimpinan
kerajaan itu kerana mereka dipercayai mempunyai agenda untuk memecah-belah umat
Islam.
Katanya insiden kerajaan negeri membatalkan perarakan Maulidur Rasul pada Februari 2010 serta larangan menggunakan pembesar suara bagi bacaan al-Quran menimbulkan kesedihan di kalangan umat Islam di negeri berkenaan. - BERNAMAAA AKT ROS
Anda sedang membaca artikel tentang
Penubuhan Majlis Ulama UMNO dicadang
Dengan url
https://palingmutahir.blogspot.com/2012/12/penubuhan-majlis-ulama-umno-dicadang.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Penubuhan Majlis Ulama UMNO dicadang
namun jangan lupa untuk meletakkan link
Penubuhan Majlis Ulama UMNO dicadang
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar