Peningkatan dalam jumlah dagangan itu disumbangkan terutamanya oleh perdagangan yang lebih tinggi dengan ASEAN yang naik RM3.1 bilion, Australia (RM889.8 juta) dan Korea Selatan (RM736 juta).
"Prestasi eksport pada Oktober 2012 masih dipengaruhi oleh krisis zon Euro dan momentum pertumbuhan yang perlahan di China dan India," katanya.
Berbanding dengan September 2012, eksport pada Oktober naik 1.8 peratus peratus, tetapi import dan jumlah perdagangan lebih rendah, masing-masing sebanyak 3.8 peratus dan 0.8 peratus.
Kementerian itu berkata, eksport ke ASEAN meningkat sebanyak 8.9 peratus kepada RM17.2 bilion, menguasai 28.1 peratus daripada jumlah eksport Malaysia.
Eksport ke AS terus mencatat pertumbuhan positif bagi bulan keenam berturut-turut sejak Mei 2012, dengan peningkatan 11 peratus kepada RM5.55 bilion berbanding Oktober.
Jumlah eksport ke China menurun sebanyak 15.3 peratus kepada RM7.16 bilion, disebabkan terutamanya oleh eksport yang lebih rendah bagi barangan pertanian terutamanya minyak sawit dan getah mentah.
Eksport ke Jepun pada Oktober susut sebanyak 14.4 peratus kepada RM6.46 bilion, disebabkan penurunan eksport gas asli cecair.
Jumlah import pada Oktober meningkat sebanyak 5.7 peratus kepada RM51.71 bilion dari Oktober tahun lalu.
Menurut MITI, jumlah perdagangan negara dalam tempoh sepuluh bulan pertama 2012 melepasi satu trilion, pada RM1.096 trilion, peningkatan sebanyak empat peratus daripada tempoh yang sama 2011.
Walaupun persekitaran perdagangan global yang mencabar, eksport meningkat sebanyak 1.1 peratus kepada RM586.79 bilion, manakala import menokok 7.4 peratus kepada RM508.95 bilion, menghasilkan lebihan dagangan sebanyak RM77.84 bilion.
Pertumbuhan dalam perdagangan kebanyakannya disokong oleh pasaran serantau di Asia, kata MITI.
- BERNAMA
Anda sedang membaca artikel tentang
Jumlah perdagangan Malaysia pada Oktober naik 0.6 peratus
Dengan url
https://palingmutahir.blogspot.com/2012/12/jumlah-perdagangan-malaysia-pada.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Jumlah perdagangan Malaysia pada Oktober naik 0.6 peratus
namun jangan lupa untuk meletakkan link
Jumlah perdagangan Malaysia pada Oktober naik 0.6 peratus
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar