Ulon Azmi Harun, 62, berkata jika keputusan semakan UPSR itu lambat dikeluarkan menyebabkan peluang anaknya Annamirah, 12, dari Sekolah Kebangsaan Ahmad Tajuddin, Jitra tidak berpeluang memasuki sekolah asrama penuh.
Dia kemudiannya dinasihatkan oleh guru supaya menghantar permohonan kepada MPM untuk melakukan semakan segera jika terdapat kesilapan mengenai keputusan itu.
Ulon Azmi sudah menghantar surat permohonan semakan keputusan peperiksaan itu kepada MPM pada 20 November lalu.
"Kalau MPM lambat hantar keputusan susahlah. Tak ada guna buat rayuan jika keputusan itu lambat diketahui sebab permohonan untuk masuk ke sekolah asrama penuh akan tamat 10 Disember ini," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Justeru beliau merayu kepada MPM supaya memaklumkan segera keputusan semakan bagi membolehkan anaknya layak memohon ke sekolah berasrama penuh.
- BERNAMA
Anda sedang membaca artikel tentang
Bapa rayu MPM segerakan semakan keputusan UPSR
Dengan url
https://palingmutahir.blogspot.com/2012/12/bapa-rayu-mpm-segerakan-semakan.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Bapa rayu MPM segerakan semakan keputusan UPSR
namun jangan lupa untuk meletakkan link
Bapa rayu MPM segerakan semakan keputusan UPSR
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar