Kejadian itu disedari seorang waris, Noor Sham Mohd Amin, 54, yang mendapati kubur tiga ahli keluarganya diratakan selain batu nisan dicabut dan dibiar berselerak.
Beliau bersama keluarganya sebelum itu bertemu dengan kontraktor projek itu bagi mendapatkan penjelasan.
Pegawai Jabatan Pembangunan Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Musyarina Idris yang turut berada di tempat kejadian, berkata isu itu akan dibawa kepada pihak atasan dan pihaknya akan meneliti semula pelan projek berkenaan.
Sementara itu, Exco Hal Ehwal Agama Islam negeri Abdul Malik Abul Kassim ketika dihubungi, berkata beliau sudah menghubungi kontraktor dan keluarga yang terbabit untuk membincangkan masalah berkenaan.
"Kita akan siasat perkara ini dan sedang menunggu laporan yang tepat dari Jabatan Agama Islam negeri sebelum mengambil apa-apa tindakan," katanya.
Sementara itu, tinjauan mendapati wujud tembok batu-bata setinggi dua meter mengelilingi tanah perkuburan yang terletak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Air Putih itu, bagi memisahkan projek perumahan dan tanah perkuburan.
- BERNAMA
Anda sedang membaca artikel tentang
Waris tidak puas hati syarikat pemaju ceroboh tanah kubur
Dengan url
https://palingmutahir.blogspot.com/2012/12/waris-tidak-puas-hati-syarikat-pemaju.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Waris tidak puas hati syarikat pemaju ceroboh tanah kubur
namun jangan lupa untuk meletakkan link
Waris tidak puas hati syarikat pemaju ceroboh tanah kubur
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar