Harga saham tinggi pada tengah hari

Written By Unknown on Selasa, 18 Desember 2012 | 15.09

KUALA LUMPUR: Harga saham di Bursa Malaysia kukuh pada tengah hari ini disokong oleh aliran bulis pasaran serantau, kata peniaga.

Pada rehat tengah hari, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada pada 1,655.45, naik 6.87 mata, selepas dibuka lebih tinggi sebanyak 1.91 mata kepada 1,650.49.

Di pasaran lain, Nikkei Jepun meningkat 115.93 mata kepada 9,944.81, Hang Seng Hong Kong naik 41.36 mata kepada 22,554.97, dan Straits Times Singapura menokok 8.13 mata kepada 3,166.83.

OSK Research Sdn Bhd berkata prospek teknikal tempoh terdekat ini bagi FBM KLCI kekal bulis selagi ia kekal di atas paras 1,595.

"Sekiranya paras 1,655 dilepasi, pasaran akan meneruskan peningkatannya, kemungkinan dengan malahan momentum yang lebih besar," kata Firma penyelidikan itu dalam satu nota.

Indeks Kewangan meningkat satu mata kepada 15,146.11, Indeks Perusahaan naik 0.06 mata kepada 2,683.93 dan Indeks Perladangan menambah 5.97 mata kepada 8,003.55.

Indeks FBM Emas naik 42.13 mata kepada 11,214.26, Indek FBM Mid 70 meningkat 39.47 mata kepada 12,063.43, bagaimanapun, Indeks FBM Ace turun 7.81 mata kepada 4,145.62.
Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 259 berbanding 243 manakala 290 kaunter tidak berubah, 844 tidak diniagakan dan 23 kaunter lain digantung. Jumlah dagangan berjumlah 379.101 juta saham bernilai RM522.033 juta.

Di kalangan kaunter cergas, ELK-Desa yang baru disenaraikan naik ke paras tertinggi RM1.22 sebelum mengakhiri sesi pagi pada harga dagangan sulungnya pada RM1.19, DSC menokok 2.5 sen kepada 16.5 sen dan NTPM meningkat setengah sen kepada 44 sen manakala XOX susut satu sen kepada 19 sen dan Takaso turun setengah sen kepada 29.5 sen.

Di kalangan saham wajaran tinggi, Axiata naik 16 sen kepada RM6.70, Petronas Chemicals meningkat sembilan sen kepada RM6.18 dan Sime Darby menokok dua sen kepada RM9.15.

Kedua-dua Maybank dan Maxis tidak berubah masing-masing pada RM9.04 dan RM6.50, tetapi CIMB turun satu sen kepada RM7.59. - BERNAMA


Anda sedang membaca artikel tentang

Harga saham tinggi pada tengah hari

Dengan url

https://palingmutahir.blogspot.com/2012/12/harga-saham-tinggi-pada-tengah-hari.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Harga saham tinggi pada tengah hari

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Harga saham tinggi pada tengah hari

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger