Kerajaan pusat sumbang RM500,000 kepada program Tabung Gaza di Hati USM

Written By Unknown on Sabtu, 08 Desember 2012 | 15.09

GEORGETOWN: Kerajaan persekutuan hari ini menyerahkan dana RM500,000 kepada Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Malaysia (MPPUSM) untuk 'Tabung Gaza di Hati USM' di sini.

Sumbangan itu diserahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selepas melawat gerai pelajar berkenaan bersempena Program Jelajah Janji Ditepati (JJD).

Yang Dipertua MPPUSM, Muhammad 'Ammar Mohd Aziz berkata, tabung bantuan itu akan disalurkan secara berperingkat kepada anak-anak Gaza menerusi aktiviti pendidikan dengan kerjasama University of Gaza.

"Dalam tempoh dua minggu tabung itu dilancarkan, kita telah mengumpul sebanyak RM115,000 hasil sumbangan warga USM dan aktiviti jualan lelong dan kerja amal perwakilan pelajar," katanya di sini.

Beliau berkata, dalam lawatan Perdana Menteri ke kampus itu, MPPUSM turut menyerahkan memorandum cadangan kepada Perdana Menteri mengenai kebajikan pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di seluruh negara.

Muhammad 'Ammar berkata, kandungan memorandum antaranya meminta kerajaan pusat menyediakan peruntukan khas kepada persatuan pelajar di setiap IPTA bagi menjalankan program sosial mendekati masyarakat supaya hubungan antara kedua pihat dapat dieratkan dan melancarkan lagi aktiviti yang dirancang.

Perdana Menteri yang diiringi isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor serta beberapa menteri kabinet melawat lebih 20 gerai dan pameran di sekitar tapak program JJD.
Pada majlis itu, juga Najib melancarkan permohonan dalam talian projek PR1MA sebelum menghadiri majlis makan tengah hari anjuran UMNO Bahagian Bayan Baru di sini. - BERNAMA


Anda sedang membaca artikel tentang

Kerajaan pusat sumbang RM500,000 kepada program Tabung Gaza di Hati USM

Dengan url

https://palingmutahir.blogspot.com/2012/12/kerajaan-pusat-sumbang-rm500000-kepada.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Kerajaan pusat sumbang RM500,000 kepada program Tabung Gaza di Hati USM

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Kerajaan pusat sumbang RM500,000 kepada program Tabung Gaza di Hati USM

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger