Ketua UMNO Bahagian Bayan Baru, Datuk Abdul Rahim Saibu berkata, perkara itu dimaklumkan sendiri Perdana Menteri kepada beliau ketika sedang makan di jamuan tengah hari di perkarangan Pejabat UMNO bahagian Bayan Baru di sini.
"Riak wajah Perdana Menteri juga sangat ceria walaupun beliau diasak orang ramai yang ingin bersalam dengannya," katanya di sini, hari ini.
Pada sebelah pagi, lebih 1,000 orang menunggu sejak jam 7 pagi untuk menyambut kedatangan Najib di Pasar Awam Bayan Baru yang membuat tinjauan mesra sejam di situ.
Selepas merasmikan program siri Jelajah Janji Ditepati (JJD) di Padang Kawad, Universiti Sains Malaysia (USM), Perdana Menteri bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor menyertai lebih 1,000 penduduk sekitar Bayan Baru untuk menikmati jamuan tengah hari.
Sementara itu, Abdul Rahim berkata, UMNO bahagian Bayan Baru menyambut baik keputusan Ahli Parlimen bahagian itu, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang mahu menyertai semula UMNO.
Katanya, tindakan Zahrain dan 347 bekas ahli Parti Keadilan Rakyat(PKR) itu akan menguatkan lagi UMNO di kawasan berkenaan.
"Saya percaya tindakan itu juga sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada pakatan pembangkang di negeri ini kerana orang Melayu mula memberi sokongan dan memilih UMNO," katanya. - BERNAMA
Anda sedang membaca artikel tentang
Najib gembira sambutan orang ramai di Bayan Baru
Dengan url
https://palingmutahir.blogspot.com/2012/12/najib-gembira-sambutan-orang-ramai-di.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Najib gembira sambutan orang ramai di Bayan Baru
namun jangan lupa untuk meletakkan link
Najib gembira sambutan orang ramai di Bayan Baru
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar