PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor hadir sempena pelancaran Program Jelajah Janji Ditepati di Universiti Sains Malaysia (USM) di sini hari ini. Turut hadir bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hadir sempena program Jelajah Janji Ditepati (JJD), di Padang Kawad Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.
Kanak-kanak dan orang ramai menayangkan poster 'I love PM' sempena lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di program Jelajah Janji Ditepati (JJD), di Padang Kawad Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersalaman dengan orang ramai ketika hadir melawat Pasar Bayan Baru sempena siri Jelajah Janji di Tepati di Pulau Pinang.
Ketua UMNO Bahagian Bayan Baru, Datuk Abdul Rahim Saibu berkata perkara itu dimaklumkan sendiri Perdana Menteri kepada beliau ketika sedang makan di jamuan tengah hari di perkarangan Pejabat UMNO bahagian Bayan Baru di sini.
"Riak wajah Perdana Menteri juga sangat ceria walaupun beliau diasak orang ramai yang ingin bersalam dengannya," katanya kepada BERNAMA di sini hari ini.
Pada sebelah pagi, lebih 1,000 orang menunggu sejak jam 7 pagi untuk menyambut kedatangan Najib di Pasar Awam Bayan Baru yang membuat tinjauan mesra sejam di situ.
Selepas merasmikan program siri Jelajah Janji Ditepati (JJD) di Padang Kawad, Universiti Sains Malaysia (USM), Perdana Menteri bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor menyertai lebih 1,000 penduduk sekitar Bayan Baru untuk menikmati jamuan tengah hari.
Sementara itu, Abdul Rahim berkata UMNO bahagian Bayan Baru menyambut baik keputusan Ahli Parlimen bahagian itu Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang mahu menyertai semula UMNO.
Katanya tindakan Zahrain dan 347 bekas ahli Parti Keadilan Rakyat(PKR) itu akan menguatkan lagi UMNO di kawasan berkenaan.
"Saya percaya tindakan itu juga sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada pakatan pembangkang di negeri ini kerana orang Melayu mula memberi sokongan dan memilih UMNO," katanya. - BERNAMA
Anda sedang membaca artikel tentang
Najib gembira dengan sambutan orang ramai di Bayan Baru
Dengan url
https://palingmutahir.blogspot.com/2012/12/najib-gembira-dengan-sambutan-orang.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Najib gembira dengan sambutan orang ramai di Bayan Baru
namun jangan lupa untuk meletakkan link
Najib gembira dengan sambutan orang ramai di Bayan Baru
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar