Kalimantan, Indonesia. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri, berkata cadangan itu perlu diperhalusi dengan mengambil kira tahap kesediaan Maswings termasuk jumlah aset pesawat sedia ada. Ia bagi memastikan komitmen Maswings terhadap perkhidmatan udara luar
bandar, yang juga khidmat berkontrak dengan kerajaan Persekutuan terhadap rakyat Sabah dan Sarawak, tidak terjejas, katanya kepada Bernama selepas merasmikan majlis berkhatan beramai-ramai di Kampung Tanjung Kapor, dekat sini, hari ini.
Bagaimanapun, Abdul Rahim berkata, Kementerian Pengangkutan tetap komited untuk menjayakan hasrat negara ahli BIMP-EAGA untuk meningkatkan hubungan udara di wilayah tersebut.
Sebelum ini, katanya, kementerian sudah meluluskan destinasi ke Pontianak,
Tarakan (Kalimantan, Indonesia) dan Bandar Sri Begawan, Brunei Darussalam.
BIMP-EAGA atau Kawasan Pertumbuhan Asean Timur Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina, adalah satu inisiatif kerjasama ekonomi rantau kecil di Asia Tenggara.
Jumaat lalu, Pengarah Urusan Maswings, Datuk Kapt Mohd Nawawi Awang dipetik sebagai berkata, Maswings menjangka memulakan penerbangan ke
destinasi baru dalam BIMP-EAGA menjelang 18 Januari 2013.
Katanya, MASwings, yang sudah mengemukakan cadangan itu kepada Kementerian Pengangkutan, kini sedang menunggu kelulusan pihak berkaitan kedua-dua negara terbabit.
Mohd Nawawi turut dipetik sebagai berkata bahawa MASwings juga merancang memperkenalkan penerbangan tiga kali seminggu dari Kota Kinabalu ke Puerto Princesa di Palawan, Filipina pada Mac tahun depan. - BERNAMA
Anda sedang membaca artikel tentang
Kerajaan masih teliti permohonan Maswings ke destinasi baru BIMP-EAGA
Dengan url
https://palingmutahir.blogspot.com/2012/12/kerajaan-masih-teliti-permohonan.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Kerajaan masih teliti permohonan Maswings ke destinasi baru BIMP-EAGA
namun jangan lupa untuk meletakkan link
Kerajaan masih teliti permohonan Maswings ke destinasi baru BIMP-EAGA
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar