Harga saham diniagakan rendah pada tengah hari

Written By Unknown on Senin, 17 Desember 2012 | 15.09

KUALA LUMPUR: Harga saham di Bursa Malaysia rendah pada tengah hari ini apabila para pelabur kekal tidak memasuki pasaran berikutan kekurangan petunjuk baharu bagi merangsang bursa tempatan, kata peniaga.

Pada 12.30 tengah hari, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 5.21 mata untuk ditutup bagi sesi pagi pada 1,646.77.

Ia dibuka 3.36 mata lebih rendah kepada 1,648.62 pagi ini.

Seorang peniaga berkata sentimen dagangan lengang dijangka berterusan sehingga minggu depan apabila kebanyakan pelabur dijangka tidak mengambil pegangan baharu menjelang cuti sempena Krismas dan Tahun Baru.

Indeks Kewangan naik 7.68 mata kepada 15,134.45, tetapi Indeks Perusahaan susut 13.33 mata kepada 2,693.27 dan Indeks Perladangan turun 5.54 mata kepada 7,979.92.

Indeks FBM Emas berkurangan 41.27 mata kepada 11,160.86, Indeks FBM Mid 70 susut 78.86 mata kepada 12,014.22, manakala Indeks FBM Ace jatuh 6.4 mata kepada 4,121.83.

Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 341 berbanding 162 manakala 268 kaunter tidak berubah, 870 tidak diniagakan manakala 23 kaunter lain digantung.
Jumlah dagangan berjumlah 344.939 juta saham bernilai RM386.089 juta.

Di kalangan kaunter cergas, Fast Track Solution naik setengah sen kepada 10.5 sen, tetapi Asia Media dan Tiger Synergy turun setengah sen setiap satu masing-masing kepada 45 sen dan 32 sen, manakala KNM tidak berubah pada 10.5 sen.

Di kalangan saham wajaran tinggi, Maybank, CIMB dan Axiata naik dua sen setiap satu masing-masing kepada RM9.04, RM7.60 dan RM6.53.

Sime Darby tidak berubah pada RM9.14 tetapi Maxis dan Petronas Chemicals turun tiga sen setiap satu masing-masing kepada RM6.53 dan RM6.11. - BERNAMA


Anda sedang membaca artikel tentang

Harga saham diniagakan rendah pada tengah hari

Dengan url

https://palingmutahir.blogspot.com/2012/12/harga-saham-diniagakan-rendah-pada.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Harga saham diniagakan rendah pada tengah hari

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Harga saham diniagakan rendah pada tengah hari

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger