Ribuan diarah berpindah Taufan Evan landa Fiji

Written By Unknown on Senin, 17 Desember 2012 | 15.09


SUVA: Ribuan penduduk terpaksa berpindah ke pusat pemindahan di Fiji, hari ini selepas pihak berkuasa memberi amaran supaya bersiap sedia menghadapi ribut terburuk tahap empat, Taufan Evan yang melanda negara Pasifik. Gangguan bekalan elektrik dan banjir kilat dilaporkan berlaku di Pulau Viti Levu susulan Taufan Evan dengan semua penerbangan dari serta ke Fiji dibatalkan sebagai langkah berjaga-jaga. Sekurang-kurangnya empat penduduk terbunuh apabila taufan berkenaan melanda kawasan kejiranan Samoa, minggu lalu.

Kerajaan Fiji berkata, mereka tidak mempunyai pilihan selain memindahkan pelancong dan penduduk dari kawasan lebih rendah.

"Orang ramai dinasihatkan untuk bersedia dengan taufan terburuk itu," kata jurucakap kerajaan, Sharon Smith-Johns sambil menambah 3,500 orang sudah dipindahkan ke pusat pemindahan dan jumlah itu dijangka meningkat.

Beliau berkata, amaran ribut dikesan di seluruh negara dan semua penjawat awam yang tidak terbabit dengan misi keselamatan supaya tinggal di dalam rumah.
Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan atau kematian dilaporkan setakat ini. - AFP


Anda sedang membaca artikel tentang

Ribuan diarah berpindah Taufan Evan landa Fiji

Dengan url

https://palingmutahir.blogspot.com/2012/12/ribuan-diarah-berpindah-taufan-evan.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Ribuan diarah berpindah Taufan Evan landa Fiji

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Ribuan diarah berpindah Taufan Evan landa Fiji

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger