Polis berkas 10 individu, anggap kes samun dan bunuh jurutera selesai

Written By Unknown on Senin, 17 Desember 2012 | 15.09

SEPANG: Polis menganggap kes samun dan bunuh seorang jurutera komputer di Taman Putra Perdana di sini pada 8 Disember lalu, selesai dengan penangkapan 10 individu di sini dan Segamat, Johor pada Khamis lalu.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Rosli Moh Isa, berkata mereka yang berusia antara 17 dan 30 tahun itu termasuk lima pembeli barangan yang disamun daripada mangsa.

Tiga diberkas di sekitar Taman Putra Perdana, manakala tujuh ditangkap di Segamat. Seorang daripada suspek juga mempunyai tiga rekod jenayah dan dikehendaki polis berhubung satu kes pecah rumah, katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Katanya polis juga menemui semula barangan yang disamun daripada mangsa termasuk TV LCD, serta iPad daripada suspek yang ditangkap di Segamat, manakala kereta Toyota Vios milik mangsa pula dijumpai di Kelantan pada Sabtu.

Polis turut menemui senjata yang dipercayai diguna untuk membunuh mangsa.
Rosli berkata polis percaya motif kejadian adalah samun dan mangsa dibunuh bagi memudahkan kegiatan jenayah, namun polis menyiasat punca sebenar.

Dalam kejadian 8 Disember itu, Low Min Lee, 36, yang bekerja di sebuah syarikat elektronik di Cyberjaya, ditemui mati dengan kesan hentakan pada kepala oleh saudaranya yang datang ke rumah lelaki tersebut setelah gagal menghubunginya.
- BERNAMA


Anda sedang membaca artikel tentang

Polis berkas 10 individu, anggap kes samun dan bunuh jurutera selesai

Dengan url

https://palingmutahir.blogspot.com/2012/12/polis-berkas-10-individu-anggap-kes.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Polis berkas 10 individu, anggap kes samun dan bunuh jurutera selesai

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Polis berkas 10 individu, anggap kes samun dan bunuh jurutera selesai

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger