Timbalan Pengarah Cawangan Narkotik Ibu Pejabat, Liah Omar, berkata lelaki tempatan berusia 36 tahun itu ditahan ketika cuba membuang dadah itu di ladang kelapa sawit berkenaan.
"Dia cuba membuang dadah itu di sebuah ladang kelapa sawit di Yong Peng, Johor, namun gagal dan suspek ditahan bersama kenderaannya pada jam 9.30 malam," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.
Katanya, pasukan penguat kuasa Kastam berjaya merampas enam kotak mengandungi 298,750 biji pil Erimin 5 daripada van berkenaan.
"Siasatan awal mendapati dadah berkenaan dihantar melalui kargo udara di KLIA oleh pembekal dari Taiwan dengan dokumen penghantaran diikrar sebagai 'surgical gloves'," katanya sambil menambah rampasan itu adalah yang kedua terbesar Kastam tahun ini. - BERNAMA
Anda sedang membaca artikel tentang
Kastam tumpas cubaan seludup dadah Erimin 5 bernilai RM5.975 juta
Dengan url
https://palingmutahir.blogspot.com/2012/12/kastam-tumpas-cubaan-seludup-dadah.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Kastam tumpas cubaan seludup dadah Erimin 5 bernilai RM5.975 juta
namun jangan lupa untuk meletakkan link
Kastam tumpas cubaan seludup dadah Erimin 5 bernilai RM5.975 juta
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar