Mereka juga perlu membina rangkaian di dalam dan di luar organisasi, katanya dan menurutnya mereka tidak sepatutnya malu untuk memaparkan kejayaan dan bakat mereka.
Rosmah berkata, syarikat yang mempunyai seorang atau lebih wanita dalam lembaga pengarah didapati menjana hasil lebih baik untuk syarikat.
Menjelaskan lebih lanjut, beliau berkata, wanita wajar mewujudkan rangkaian sesama mereka untuk membantu dan meningkatkan kepakaran masing-masing dengan menjalankan program latihan dan tunjuk ajar atau bimbingan.
"Belajarlah untuk memberikan sokongan kepada wanita lain. Lebih penting lagi, jika anda berada dalam kedudukan memegang kuasa atau apabila anda sampai ke kedudukan itu, pastikan terdapat wanita muda yang mencukupi untuk mengisi jawatan itu kelak.
"Juga pastikan anda tinjau jawatan-jawatan kosong dan calonkan wanita berkelayakan untuk mengisi jawatan sebagai anggota lembaga pengarah," kata Rosmah pada konvensyen anjuran Institut Pengupayaan Wanita NAM (NIEW) dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang dihadiri kira-kira 300 peserta.
Katanya, kerajaan menyasarkan untuk melihat wanita mengisi sekurang-kurangnya 30 peratus jawatan peringkat pembuat keputusan dalam sektor korporat menjelang 2016, dan Malaysia telah memaparkan contoh baik tadbir urus baik dalam melaksanakan inisiatif itu.
Menegaskan bahawa kemakmuran dan daya saing sesebuah negara bergantung kepada semua rakyatnya, Rosmah berkata wanita juga mempunyai peranan amat penting dalam membantu mencorakkan landskap ekonomi dan sosial masyarakat.
Sementara itu, beliau berkata, NIEW sudah mendaftarkan kira-kira 640 peserta dalam Daftar Pengarah-Pengarah Wanita yang disifatkan layak untuk jawatan lembaga pengarah korporat.
Rosmah berkata, NIEW sudah menyusun pelbagai program termasuk penilaian kesediaan lembaga, bimbingan, latihan mengenai kemahiran insaniah dan teknikal dan program mentor jangka panjang.
Beliau berkata, 200 daripada mereka selesai menjalani skim latihan di bawah NIEW dan bersedia untuk penempatan lembaga. - BERNAMA
Anda sedang membaca artikel tentang
Rosmah mahu wanita lengkapi diri untuk lembaga pembuat keputusan
Dengan url
https://palingmutahir.blogspot.com/2012/12/rosmah-mahu-wanita-lengkapi-diri-untuk.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Rosmah mahu wanita lengkapi diri untuk lembaga pembuat keputusan
namun jangan lupa untuk meletakkan link
Rosmah mahu wanita lengkapi diri untuk lembaga pembuat keputusan
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar