Stesen Janakuasa Kubota beroperasi 7 Januari: Peter Chin

Written By Unknown on Kamis, 06 Desember 2012 | 15.09

TAWAU: Stesen Janakuasa Kubota yang berkapasiti 64MW dijangka memulakan penjanaannya 7 Januari depan, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.

Chin yang berpuas hati dengan kemajuan projek bernilai RM80 juta itu, berkata apabila beroperasi kelak, janakuasa berkenaan akan meningkatkan kapasiti bekalan tenaga elektrik di kawasan pantai timur Sabah, khususnya Tawau.

"Saya memang sentiasa ingat bahawa di bahagian pantai timur Sabah ini kita menghadapi masalah ketidakcukupan tenaga elektrik... kapasiti 64MW (yang bakal dijana Stesen Janakuasa Kubota) ini amat diperlukan," katanya.

Chin ditemui pemberita selepas membuat lawatan kerja ke tapak projek janakuasa itu di sini hari ini. Turut hadir Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Datuk Pang Yuk Ming dan Pengarah Urusan Sabah Electricity Sdn Bhd, Abd Razak Sallim.

Sementara itu, Pang berharap, stesen itu dapat meningkatkan kapasiti penjanaan elektrik Tawau kepada 124MW berbanding keperluan harian penduduk kira-kira 90MW.

Pang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Merotai berkata, dengan adanya janakuasa pengganti berkenaan juga dapat mengurangkan masalah gangguan bekalan elektrik di kawasan Tawau. - BERNAMA


Anda sedang membaca artikel tentang

Stesen Janakuasa Kubota beroperasi 7 Januari: Peter Chin

Dengan url

https://palingmutahir.blogspot.com/2012/12/stesen-janakuasa-kubota-beroperasi-7.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Stesen Janakuasa Kubota beroperasi 7 Januari: Peter Chin

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Stesen Janakuasa Kubota beroperasi 7 Januari: Peter Chin

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger