Diberdayakan oleh Blogger.

Popular Posts Today

PRU13: Kenyataan Norman Fernandez tunjukkan belang sebenar pembangkang - TPM

Written By Unknown on Senin, 29 April 2013 | 15.09

MELAKA TENGAH: Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan kenyataan Norman Fernandez yang meminta masyarakat Islam supaya tidak mengundi PAS menunjukkan belang sebenar pakatan pembangkang dalam pilihan raya umum kali ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata, perkembangan itu menunjukkan memang tidak ada kerjasama dan persepakatan antara DAP, PKR dan PAS.

"Jadi bila Timbalan Pengerusi Dap Johor itu meminta masyarakat Islam tidak mengundi pas bagi kita baguslah. Itu memang kita dah tahu kerana PAS sebenarnya tidak perjuangkan orang Islam.

"Disebabkan iti kerana tidak ada kesepakatan antara DAP, PAS dan PKR ini. Jadi mereka berasaskan kalau bagi undi (pada PAS) merugikan.

"Bagi saya bila dah dekat nak hari mengundi, kita nampak belang mereka. Bagaimana antara pembangkang itu tidak ada kerjasama, persefahaman dan permuafakatan.

"Jadi sebab itu kita dengar komen orang PAS yang marah pada DAP bila ia disebut," katanya selepas merasmikan projek membina jejantas Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Wen Hua di Batu Berendam, dekat sini tengah hari tadi.


15.09 | 0 komentar | Read More

PRU13: Kota Bharu akan ditransformasikan jika BN berkuasa di Kelantan

PUTRAJAYA: Bandar Kota Bharu di Kelantan akan ditransformasikan menjadi ibu negeri yang selesa untuk didiami dan pusat perniagaan yang kondusif jika Barisan Nasional (BN) dapat menguasai semula negeri itu, kata calon BN bagi kerusi parlimen Kota Bharu, Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh.

Beliau yang juga Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri berkata, sejak Kelantan ditadbir kerajaan negeri pimpinan PAS, keadaan bandar itu lesu kerana kurang aktiviti pembangunan dan ekonomi yang menawarkan peluang pekerjaan dengan pendapatan lumayan kepada anak-anak Kelantan.

Atas sebab itu ramai penduduk Kota Bharu khususnya dan Kelantan amnya, berhijrah dan merantau ke negeri-negeri lain untuk mencari nafkah, katanya semasa berucap pada majlis Forum Perdana anjuran Persatuan Orang Kota Bharu (POKB) di sini malam tadi.

Kira-kira 400 orang Kota Bharu yang bermastautin di sekitar Lembah Klang hadir pada majlis itu.

Mohamad Fatmi berkata, beliau tidak bimbang dengan kelompok orang Kelantan yang merantau dan berjaya dalam kehidupan dan ramai di antara mereka memegang jawatan-jawatan tinggi dalam kerajaan serta berjaya dalam dunia perniagaan.

"Apa yang saya bimbang ialah golongan anak-anak Kelantan yang merantau, yang berpendapatan rendah dan mengalami kesukaran untuk hidup dengan selesa dan mencukupi di negeri-negeri orang, seperti mereka yang tinggal di Kuala Lumpur," jelas beliau.

Beliau berkata, kerajaan PAS Kelantan selama ini telah gagal menyediakan peluang pekerjaan untuk penduduk Kelantan, apatah lagi hendak menjana ekonomi dan membawa pelaburan masuk ke negeri itu.
Katanya, mereka yang hendak berniaga dan peniaga sedia ada di Kota Baharu khususnya, turut mengadu masalah seperti kekurangan ruang kedai untuk memulakan perniagaan dan jika ada ruang pun, ia amat sempit dan sewanya mahal.

"Ada seorang peniaga Cina mengadu kepada saya, ruang kedai kecil yang dibelinya di Kota Baharu lebih kurang sama mahalnya dengan kedai yang terdapat di Pavilion, iaitu sebuah pusat beli-belah ternama di Kuala Lumpur, daripada segi nilai harga mengikut ukuran satu kaki persegi," kata Mohamad Fatmi.

Katanya, jika BN berkuasa semula di Kelantan, pelbagai pelaburan baru dan besar akan dibawa masuk ke negeri itu bagi merancakkan aktiviti ekonomi serta menarik anak-anak Kelantan yang merantau supaya pulang dan mendapat pekerjaan yang baik serta tinggal dengan selesa di negeri itu. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Polis tahan enam lelaki disyaki bergaduh dengan ahli politik

IPOH: Enam lelaki, termasuk tiga rakyat asing ditahan kerana disyaki terlibat dalam pergaduhan dengan seorang ahli politik dan tiga rakannya di Bidor, dekat sini semalam.

Jurucakap media pilihan raya umum ke-13 kontinjen polis Perak, Superintedan Maszely Minhad, berkata dalam kejadian 6.30 petang semalam, kereta yang dinaiki ahli politik berusia 32 itu, bersama rakannya dihalang sekumpulan lelaki yang menaiki dua kereta di depan sebuah bank di Bidor.

"Pengadu dan tiga rakanya yang ditumbuk oleh suspek membuat laporan polis di Balai Polis Tapah.

"Pasukan Khas Cantas yang bergegas ke tempat kejadian berjaya menahan tiga lelaki tempatan, dua Sri Lanka dan seorang India berusia 20 hingga 60 tahun," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata polis turut merampas dua kereta untuk siasatan lanjut.

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan," katanya.

Sementara itu, Maszely berkata polis menerima 28 laporan berkaitan kesalahan pilihan raya dan telah membuka dua kertas siasatan semalam.
Beliau berkata 140 ceramah diadakan di seluruh Perak semalam dan 20 daripadanya didapati tidak mempunyai permit. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Mahkamah keluarkan waran tangkap terhadap Uthyakumar

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap pemimpin Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) P Uthyakumar berikutan gagal hadir ke mahkamah bagi meneruskan perbicaraan terhadap tuduhan menerbitkan surat berbaur hasutan, empat tahun lalu.

Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain memerintahkan waran tangkap itu dikeluarkan terhadap peguam Uthyakumar, 50, selepas Timbalan Pendakwa Raya, Azlina Rasdi membuat permohonan berikutan tertuduh gagal menghadirkan diri, pagi tadi.


15.09 | 0 komentar | Read More

Malaysia negara Asia pertama tuan rumah Persidangan Global Women Deliver

KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi negara Asia pertama diberikan penghormatan menjadi tuan rumah Persidangan Global Women Deliver 2013 ketiga, selama tiga hari mulai 28 Mei ini, kata Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB) hari ini.

MyCEB berkata persidangan ini dijangka menarik 5,000 perwakilan dan menjana kira-kira RM72.5 juta dalam impak ekonomi.

"Persidangan itu akan memberi tumpuan ke atas pelbagai isu kritikal berkaitan kesihatan dan kadar kematian dalam kalangan wanita. Secara keseluruhannya persidangan akan mengetengahkan dan menekankan mengenai pentingnya melabur untuk kesihatan, pendidikan, pengupayaan dan hak wanita.

"Tokoh yang akan berucap pada persidangan itu termasuk Puteri Mahkota Mette-Marit dari Norway dan Melinda Gates dari Bill and Melinda Gates Foundation," katanya.
Kenyataan MyCEB itu juga menyebut persidangan itu dianjurkan oleh Women Deliver yang beribu pejabat di New York.

"Persidangan itu yang dilancarkan pada 2007, sebelum ini berlangsung di London dan Washington," katanya.

Wanita, Keperluan yang belum dipenuhi bagi Perancangan Keluarga dan Rangka Kerja Pembangunan Pasca 2015 adalah tiga tema perbincangan kali ini.
Kenyataan itu menyebut Women Deliver 2013 mencerminkan rekod baik Malaysia dalam penganjuran persidangan gobal, selari dengan misi MyCEB dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang bertujuan meningkatkan perniagaan ketibaan pelancong ke negara ini.

MyCEB diwujudkan oleh Kementerian Pelancongan bagi mengukuhkan lagi jenama pelancongan perniagaan Malaysia serta kedudukan dalam pasaran acara perniagaan antarabangsa. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

PRU13: Johari Baharom optimis BN dapat pertahan Kubang Pasu

Written By Unknown on Sabtu, 27 April 2013 | 15.09

JITRA: Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Pokok Sena, Datuk Mohd Johari Baharom merasa optimis BN mampu mempertahankan kerusi kawasan berkenaan.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, berdasarkan sokongan yang ditunjukkan setiap kali beliau turun padang bertemu rakyat, beliau yakin usaha membangunkan kawasan itu selama ini tidak sia-sia.

"Sepanjang tempoh berkempen, saya telah turun melawat ke semua Pusat Daerah Mengundi dalam Parlimen Kubang Pasu dan gelombang yang dirasai meyakinkan saya BN akan terus bertahan di sini kerana ini adalah kubu kuat BN," katanya kepada BERNAMA.

Beliau yang akan bertanding buat kali ketiga di Kubang Pasu berkata, sokongan masyarakat lain seperti Siam dan India juga sangat menggalakkan kerana kebanyakan keperluan serta janji demi kesejahteraan mereka berjaya ditunaikan pemimpin BN.

"Contohnya tempat pembakaran mayat masyarakat Siam telah diadakan di sini dan kita juga melihat keperluan lain seperti membaik pulih dan naik taraf kuil Hindu," kata Mohd Johari. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Malaysia seru negara Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear amal ketelusan penuh

KUALA LUMPUR: Malaysia menyeru negara yang menandatangani Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear (NPT) supaya bersikap telus sepenuhnya dengan mematuhi keseluruhan skop yang ditetapkan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).

Sambil menyatakan keyakinan Malaysia terhadap peranan IAEA, Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di New York, Datuk Hussein Haniff berkata ketelusan boleh meningkatkan persefahaman dan sikap saling mempercayai dalam kalangan negara terbabit. "

Dengan itu, hak asasi dan hakiki mereka untuk menggunakan senjata nuklear bagi tujuan aman, akan dihormati.

"Ini termasuk hak negara berkenaan untuk mendapatkan capaian sepenuhnya kepada pengetahuan berkaitan nuklear melalui pemindahan teknologi, pendidikan dan latihan," katanya pada perbahasan Kluster 2 mesyuarat kedua jawatankuasa persediaan Persidangan Kajian Semula 2015 Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear di Geneva, semalam.

Hussein berkata, Malaysia percaya semua maklumat dan capaian yang diberi kepada IAEA akan dikawal sebagai maklumat paling sulit oleh agensi itu melalui Protokol Tambahannya.

"Dalam hubungan ini, delegasi saya ingin merujuk kepada Persidangan Umum IAEA melalui resolusinya GC954)/RES/11, manakala resolusi terbarunya GC(56)RES/13 pula menegaskan tentang perlunya meningkatkan perlindungan terhadap maklumat terkelas dan sulit," kata beliau.

- BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

PRU13: BN akan pastikan penduduk Bayan Baru kekal di kawasan itu

GEORGETOWN: Barisan Nasional (BN) akan memastikan sebarang pembangunan perumahan di kawasan Bayan Baru tidak akan menjejaskan penduduk di kawasan itu jika rakyat kawasan berkenaan memberi peluang kepada BN untuk memerintah semula negeri itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 ini.

Calon BN kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Jerejak, Wong Mun Hoe, berkata rakyat kawasan Bayan Baru perlu diberikan keutamaan untuk tinggal di kawasan itu dengan pembinaan lebih banyak projek perumahan.

Katanya, kerajaan negeri di bawah pakatan pembangkang tidak pernah mempedulikan penduduk asal Bayan Baru dan apabila sesuatu projek komersil dilaksanakan, golongan miskin dan sederhana di kawasan berkenaan terpaksa berpindah ke tempat lain.

Beliau berkata, sebagai contoh, pembangunan perumahan mewah di Pantai Jerejak yang membabitkan pembinaan rumah mencecah ratusan ribu ringgit dan mereka yang tidak berkemampuan terpaksa berpindah ke tempat lain selepas tapak rumah mereka diambil pemaju.

"Keseimbangan pembangunan itu bermaksud sekiranya ada pembangunan besar di sesebuah kawasan, kita akan pastikan ada sebidang atau sebahagian daripada kawasan di mana pembangunan itu dijalankan, diagihkan bagi tujuan khusus iaitu pembinaan rumah kos rendah", katanya ketika ditemui, di sini.

Katanya, jika BN kembali memerintah, kerajaan akan pastikan pendududk asal juga berpeluang untuk menduduki kawasan yang dimajukan itu.

Wong berkata, kerajaan negeri pimpinan DAP gagal merancang satu pelan perumahan yang jelas sehingga menimbulkan kerisauan terhadap masa depan penduduk kurang berkemampuan di bahagian pulau ini.
"Ini adalah sesuatu yang tidak sihat kerana jika pendekatan membangunkan banyak rumah ratusan ribu ringgit di bahagian pulau dikhuatiri negeri ini akan menjadi dua ... yang kaya akan terus duduk di dalam pulau dan yang miskin akan terpaksa berpindah ke seberang," katanya.

Wong akan berdepan calon PKR, Mohd Rashid Hasnon bagi merebut kerusi DUN Pantai Jerejak pada PRU 13, 5 Mei ini.

Pada PRU lalu, calon PKR, Sim Tze Tzin mengalahkan Wong dengan majoriti 1,258 undi.

Sementara itu, tinjauan BERNAMA mendapati beberapa penduduk yang ditemui berkata, kebanyakan harga rumah yang dibangunkan di kawasan itu adalah terlalu tinggi sehingga golongan berpendapatan RM3,000 ke bawah sukar untuk mendapatkan rumah.

Seorang penjawat awam K Poobathi, 51, berkata kerajaan negeri perlu membina lebih banyak rumah mampu milik di kawasan itu kerana Bayan Baru kini seolah-olah hanya untuk kawasan orang kaya.

"Kalau dulu masih boleh dapat harga rumah sekitar RM60,000 dan RM80,000 tapi sekarang sudah tak dapat," katanya.

Seorang pengawal keselamatan Zarina Saad, 40, berkata, pembangunan perumahan di kawasan itu kini tidak lagi seimbang dan ramai penduduk asal terpaksa berpindah apabila tapak rumah mereka diambil pemaju dan harga rumah yang dibina mencecah jutaan ringgit.

"Di sini memang tidak ada lagi pembinaan rumah kos rendah. Kebanyakannya berharga ratus ribu dan jutaan ringgit saja. Jadi golongan macam saya yang berpendapatan rendah ini memang susah untuk mendapatkan dan memiliki rumah sebab harga diletakkan terlalu mahal," katanya. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

PRU13: Bekas pengarah strategik PAS Pasir Puteh sokong calon BN

PASIR PUTEH: Bekas pengarah strategik PAS kawasan Pasir Puteh, Zakaria Yaacob hari ini mengisytihar sokongan kepada calon Barisan Nasional (BN) yang bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gaal, Redzuan Stapha.

Zakaria, 71, berkata perjuangannya bersama PAS sejak 1990 sudah berakhir selepas mendapati PAS terkeluar daripada landasan perjuangan Islam.

Justeru, beliau berikrar untuk berkempen supaya pengundi memilih Redzuan pada Pilihan Raya Umum ke-13, Ahad depan.

Redzuan akan menentang calon PAS, Tuan Mazlan Tuan Mat.

"Dulu saya bertegang urat mempertahankan gabungan UMNO dengan MCA dan MIC dalam Barisan Nasional (BN) sebagai kufur namun tergamam dan terkunci mulut apabila PAS sendiri sewenang-wenangnya bersaudara dengan DAP yang secara terang menentang Islam," katanya ketika ditemui di Kampung Changgai di sini, hari ini.

Zakaria berkata, biarlah pemimpin dan penyokong PAS mencemuhnya selepas ini kerana beliau tekad melihat semua DUN dan Parlimen Pasir Puteh dimenangi BN.

Beliau turut merayu rakyat menyokong saranan beberapa tokoh agama yang pernah berjuang dalam PAS, supaya Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berundur daripada arena politik berasaskan beberapa faktor termasuk kesihatan. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

PRU13: Kempen hari ke-7 'gelombang biru' di Terengganu semakin kuat memihak BN

KEMAMAN: Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said yakin BNT erengganu akan menang besar pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU) dengan meraih sekurang-kurangnya 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan tujuh Parlimen di negeri ini.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Terengganu berkata, selepas tujuh hari BN berkempen termasuk melawat empat kawasan Parlimen di Terengganu iaitu Besut, Setiu, Hulu Terengganu dan Marang, sokongan kepada calon BN semakin meningkat.

"Daripada 32 DUN, kita boleh dapat 28 (kerusi) dan kalau lebih itu satu bonus, manakala Parlimen hanya menyaksikan persaingan sengit di Marang sementara di DUN Ru Rendang pula semakin baik iaitu 45%(BN) dan 55% (PAS)," katanya pada sidang media di Pejabat UMNO Bahagian Kemaman di sini, hari ini.  

Mengenai calon Menteri Besar Terengganu yang baru seandainya BN menang pada PRU13, beliau berkata ia adalah keputusan pucuk pimpinan tertinggi BN.

Pada PRU12 BN menang 24 DUN dan tujuh parlimen manakala pada pilihan raya kecil Kuala Terengganu (2009) satu kerusi BN dirampas PAS.   

- BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

PRU13: PM mahu rakyat Sabah hukum pakatan pembangkang 5 Mei ini

Written By Unknown on Selasa, 23 April 2013 | 15.09

Kuala Penyu: Perdana Menteri mahu rakyat Sabah menjadikan 5 Mei ini sebagai hari bersejarah menghukum pakatan pembangkang yang menuduh pencerobohan pengganas di Lahad Datu sebagai sandiwara.

Datuk Seri Najib Razak berkata, hanya kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mampu mempertahankan kedaulatan negara, khususnya Sabah.

"Soal kedaulatan negara tidak seharusnya dipolitikkan oleh pembangkang," katanya ketika berucap pada program Yayasan Sabah bersama rakyat, di sini sebentar tadi.
15.09 | 0 komentar | Read More

PRU13: Waspada helah pembangkang - TPM

Kulim: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan pemimpin Barisan Nasional (BN) supaya sentiasa berwaspada dengan helah pembangkang walaupun peluang BN untuk merampas Kedah adalah cerah.

Bercakap kepada media selepas merasmikan Pejabat Pendidikan Daerah di sini semalam, beliau berkata pembangkang yang terdesak untuk kembali mendapat sokongan akan melakukan apa saja taktik untuk memastikan kemenangan masih berpihak kepada mereka.

Katanya, pemimpin BN juga perlu mengelakkan sikap terlalu yakin, sebaliknya sentiasa bekerja keras untuk membolehkan kemenangan sah milik parti.
15.09 | 0 komentar | Read More

PRU13: Adik Lajim Ukin umum keluar PKR

Kuala Penyu: Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Beaufort, Abdul Jarih Ukin yang juga adik kepada Datuk Lajim Ukin yang bertanding di Parlimen Beaufort dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Klias, meninggalkan parti berkenaan dan menyokong Barisan Nasional (BN).

Beliau bersama 200 ahli parti itu menyerahkan borang keahlian BN kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada program Yayasan Sabah bersama rakyat, di sini sebentar tadi.

Turut menyerahkan borang penyertaan dalam BN adalah Pengerusi Tetap Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Abdul Rashid Gador bersama 60 ahli parti itu.
15.09 | 0 komentar | Read More

PRU13: Muhyiddin rasmi peletakan batu asas Pusat Sukan Jerlun

JITRA: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini merasmikan majlis peletakan batu asas pembinaan Pusat Sukan Parlimen Jerlun di Sanglang dekat sini.

Pusat sukan hasil inisiatif kerajaan Barisan Nasional (BN) itu ialah tanda keprihatinan BN terhadap golongan muda khususnya dalam kawasan Parlimen Jerlun yang memerlukan pembangunan kemudahan yang boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti sihat.

Muhyiddin ketika berucap pada majlis itu berkata walaupun Kedah ditadbir kerajaan PAS, BN tetap prihatin dengan rakyat yang mahukan pembangunan yang gagal dibawa pakatan pembangkang setelah hampir lima tahun memerintah negeri ini.

"Kerajaan negeri tak berupaya laksanakan kemajuan, kita (BN) ambil alih supaya Kedah terus maju berkat usaha BN," katanya.

Pusat sukan berkeluasan lebih 10 hektar itu terletak bersebelahan Sekolah Menengah Kebangsaan Sanglang dan bernilai lebih RM3 juta.

Ia merangkumi pembinaan pusat kegiatan sukan lengkap dengan podium mini, trek joging, gelanggang futsal, padang permainan kanak-kanak dan padang terbuka untuk kegunaan orang ramai.

Lebih 2,000 ahli masyarakat sekitar kawasan Parlimen Jerlun hadir sebagai tanda sokongan terhadap satu lagi projek yang dilaksanakan kerajaan persekutuan itu. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

PRU13: Pembangkang semakin celaru - Muhyiddin

JITRA: Kecelaruan yang semakin ketara dalam kalangan pakatan pembangkang menunjukkan mereka tidak pernah sepakat untuk mencapai penyelesaian dalam sesuatu perkara, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan perdana menteri berkata, terkini pemimpin pembangkang berebut mahu menjadi perdana menteri jika mereka menang pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) 5 Mei ini.

Katanya, apa yang berlaku dalam kalangan parti pembangkang begitu berbeza dengan BN yang sentiasa berbincang termasuk dalam soal pembahagian kerusi.

"Pada PRU kali ini, pembangkang banyak berebut kerusi. (Di mana) PKR bertanding, PAS pun nak lawan. Mereka berikan gambaran mereka satu perikatan yang mantap tetapi sebenarnya tak mantap," katanya dalam ucapan ketika menyempurnakan majlis peletakan batu asas cadangan pembinaan Pusat Sukan Parlimen Jerlun di Sanglang dekat sini, hari ini.

Katanya, PAS mengatakan mereka mahu membentuk negara Islam sedangkan mereka hanya bertanding 70 daripada 222 kerusi Parlimen.

"Ini semua penipuan politik. Hari ini saya baca akhbar Anwar (Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim) dah berangan menjadi perdana menteri walaupun belum mengundi. Takburnya. Anwar dah lama mimpi nak jadi perdana menteri. Dia ni kemaruk kuasa. Lepas itu Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pun nak jadi perdana menteri," katanya. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

PRU13: Kerajaan terus sokong institusi pendidikan Islam - TPM

Written By Unknown on Senin, 22 April 2013 | 15.09

WANGSA MAJU: Kerajaan akan terus memberi memberi sokongan dan sumbangan kepada institusi pendidikan Islam seperti Sekolah Agama Raykat (SAR) yang dibangunkan pemimpin masyarakat Islam bagi meningkat usaha dakwah serta memberi pemahaman mengenai Islam di kalangan anak muda di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata peranan SAR akan terus mendapat perhatian kerajaan bagi menyediakan institusi pendidikan Islam secukupnya berpandukan kepada kurikulum daripada Jabatan Agama Islam (JAKIM) dan Kementerian Pelajaran.

"SAR yang telah pun terbangun sejak sekian lama diiktiraf sebagai sekolah yang telah banyak memberikan sumbangan dalam usaha untuk mendidik anak bangsa kita memahami dan mendalami agama Islam.

"Pengiktirafan ini dibuat selepas mengambil kira mengenai pentingnya peranan institusi pendidikan agama ini," katanya dalam ucapan ketika menghadiri perjumpaan bersama Pegawai Masjid, Jawatankuasa Masjid, Pendakwah dan Pendidik Wilayah Persekutuaan, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, kerajaan juga menerusi JAKIM, Jabatan Agama Islam Negeri dan Yayasan Pembangunan Islam turut membiayai kegiatan dakwah dengan menyediakan sumbangan kepada institusi yang bertanggungjawab demi menegakkan syiar Islam di negara ini.


15.09 | 0 komentar | Read More

PRU13: Calon Bebas dari DAP tarik diri tanding DUN Kota Laksamana

Melaka Tengah: Calon DAP di Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him menarik diri sebagai calon Bebas di DUN Kota Laksamana berkuatkuasa hari ini.

Keputusan itu dibuat selepas satu mesyuarat bersama penasihat DAP, Lim Kit Siang diadakan di Pejabat DAP negeri di sini, sebentar tadi.

Sim membuat kejutan pada hari penamaan calon apabila turut menjadi calon Bebas DUN Kota Laksamana.

Sebelum ini, Sim berkata tindakannya itu bagi kepentingan parti berikutan rasa tidak puas hati kepimpinan DAP negeri diterhadap keputusan DAP mencalonkan Lai Keun Ban bagi kerusi itu.


15.09 | 0 komentar | Read More

Azean berada di bilik pembedahan Hospital Sg Buloh

KUALA LUMPUR: Seniwati, Azean Irdawaty Yusoef, 63, yang menjalani pembedahan membuang tumor pada selaput otaknya sejak jam 8 pagi tadi masih berada di bilik pembedahan.

Anak sulungnya, Benjy atau nama sebenar, Khaeryll Benjamin Ibrahim, 35, berkata doktor belum memaklumkan sebarang perkembangan, namun memaklumkan ibunya meminta semua ahli keluarga tidak memberi sebarang kenyataan kepada media buat masa ini.

"Mama masih di dalam bilik bedah. Semalam dia berpesan kepada saya dan adik-adik supaya menunggu dia sedar dulu daripada pembedahan. Jangan beri apa-apa komen kepada media," katanya ketika dihubungi.

Azean dimasukkan ke Hospital Sg Buloh, Isnin lalu berikutan keadaannya yang semakin lemah disebabkan serangan sel tumor dan sepatutnya dibedah empat hari selepas ditahan di wad tetapi ia ditunda ke hari ini.


15.09 | 0 komentar | Read More

PRU13: Manifesto BN Perak pastikan tiada yang tertinggal, terpinggir

KUALA KANGSAR: Manifesto Barisan Nasional (BN) Perak yang dilancarkan Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir hari ini, menggariskan 11 teras bagi memastikan tiada rakyat yang tertinggal dan terpinggir di bawah pentadbiran dan pembangunan negeri.

Teras berkenaan ialah Kesejahteraan Rakyat; Perumahan Rakyat; Memacu Ekonomi untuk Rakyat; Keselamatan dan Kesejahteraan Rakyat; Pembangunan Seimbang untuk Rakyat; Masyarakat Berkemahiran, Berilmu dan Berintegriti.

Teras lain ialah Kecekapan Penyampaian Demi Keselesaan Rakyat; Memelihara Toleransi Beragama Demi Rakyat; Generasi Muda Harapan Rakyat; Mengantarabangsakan Perak serta Meningkatkan Peranan Wanita Demi Memperkasa Rakyat.

Berikut ialah kandungan penuh Manifesto BN Perak:

Kesejahteraan Rakyat:
* Simpanan Amanjaya RM200 bagi setiap anak dilahirkan
* Had pendapatan isi rumah bagi kelayakan memohon dermasiswa dinaikkan
daripada RM1,500 kepada RM3,000
* Pemberian air percuma 20 meter padu kepada golongan miskin * Membuka lebih banyak Ladang Rakyat
* Menaik taraf perkhidmatan Bas Rakyat bagi setiap daerah
* Membuka lebih banyak tanah pertanian
* Peruntukan tambahan kerajaan negeri RM3 juta membiayai aktiviti
masyarakat
Orang Asli
* Mewujudkan pusat jagaan warga emas Amanjaya bersepadu:
- ala pengajian pondok bagi yang beragama Islam
- penjagaan biasa bagi yang bukan beragama Islam
* Mewujudkan pusat jagaan harian kanak-kanak ala PERMATA di setiap jabatan
dan agensi kerajaan
* Mewujudkan rumah anak yatim di setiap daerah
* Peruntukan per kapita sebanyak RM350 bagi setiap anak yatim dan warga
tua yang berada di rumah anak yatim dan pusat jagaan warga tua yang
berdaftar

Perumahan Rakyat:
* 15,000 lot tapak rumah untuk awam beserta pusat perniagaan komuniti 7,000
lot tapak rumah untuk bekas perajurit/polis
* Ke arah setinggan sifar, sebanyak 20,000 unit perumahan rakyat akan
dibina
* Membina 15,000 rumah mampu milik melalui SPNB dan PR1MA, membina 500 rumah
baharu dan 1,000 baik pulih di bawah program Infra Bina Upaya (IBU)

kepada golongan kurang berkemampuan
*Melaksanakan Program Skim Rumah Insan Amanjaya (SRIA) kepada yang layak
*Membina semula dan menaik taraf rumah-rumah pangsa yang uzur di kawasan
bandar-bandar utama

Memacu Ekonomi Rakyat:
* Bandar industri automotif Tanjung Malim
* Kawasan bebas cukai Pangkor
* Zon ekonomi khas yang meliputi Kamunting, Kampar, Pantai Remis, Teluk
Intan-Bagan Datok, Lekir-Pasir Panjang
* Meningkatkan usaha bagi menarik pelaburan luar dan dalam negara menceburi
bidang-bidang industri baharu di negeri Perak
* Membangunkan hab-hab perniagaan dan industri teknologi tinggi di kawasan
segi tiga pertumbuhan tengah Perak antara Lebuhraya Utara Selatan-Lebuhraya
Pantai Barat-Lebuhraya Ipoh Lumut
* Membangunkan industri IKS hiliran dan huluan dengan kerjasama syarikat
pelaburan nilai tinggi di negeri Perak di bawah konsep pembangunan IKS
korporat (CSMED)
* Mengembalikan kegemilangan perlombongan dan mineral negeri Perak
yang bersepadu dan sistematik
* Meningkatkan peruntukan bagi pembiayaan mikrokredit

Keselamatan dan Ketenteraman Rakyat:
*Penambahan anggota polis di seluruh negeri Perak
*Pembinaan pondok bit polis di kawasan-kawasan strategik
*Pemasangan CCTV di kawasan berisiko tinggi dan kawasan tumpuan
orang ramai
* Pemasangan lebih banyak lampu-lampu jalan
Membina lebih banyak kawasan selamat pejalan kaki di bandar dan pekan bagi
mengatasi jenayah ragut
* Sebuah balai polis bergerak untuk setiap daerah
* Peruntukan tahunan untuk RELA dan Rukun Tetangga untuk tujuan rondaan dan
keselamatan
* Meningkatkan program pencegahan jenayah
* Mewujudkan Pusat Panggilan & Tindakan Setempat untuk menangani isu
keselamatan

Pembangunan Seimbang untuk Rakyat:
* Membangun semula pekan-pekan kecil sebagai pusat ekonomi setempat
* Pemuliharaan dan pewartaan kawasan hutan
* Menggalakkan penggunaan teknologi hijau dan tenaga diperbaharui
* Menawarkan insentif kepada industri dan perniagaan yang menjalankan
program pemuliharaan alam sekitar
* Sistem pengurusan pelupusan sisa secara sistematik, bersepadu dan mesra
alam
* Mengubah semula landskap perbandaran
* Melaksanakan program penanaman satu juta pokok penghijauan bandar-bandar
daerah

Masyarakat Berkemahiran, Berilmu dan Berintegriti:
* Menaik taraf Kolej Universiti Sultan Azlan Shah kepada universiti awam,
Universiti Sultan Azlan Shah
* Lebih banyak pusat pengajian tinggi
* Mewujudkan Bandar Ilmu Amanjaya di antara Batu Gajah dan Seri Iskandar
* Menaikkan had pendapatan isi rumah kepada RM5,000 bagi kelayakan memohon
pinjaman pelajaran anak Perak
* Memperkasa Seri Iskandar sebagai hab pendidikan tinggi
* Peruntukan tahunan bagi Sekolah Agama Rakyat dan pengurusan Maahad Tahfiz
* Peruntukan tahunan SMJK Cina, Tamil dan Mubaligh, Meneruskan pemberian
Dermasiswa Pendidikan untuk pelajar memasuki IPT
* Meneruskan caruman kepada Kumpulan Wang Biasiswa Tabung Pendidikan
Anak-Anak Kaum India
* Program Kecemerlangan Murid Orang Asli
* Program Kecemerlangan Murid (Tuisyen Online & Pemetaan Minda)
* Mewujudkan akademi sukan dan bola sepak negeri Perak

Kecekapan Penyampaian Demi Keselesaan Rakyat:
* Meningkatkan kecekapan Majlis Perbandaran & Majlis Daerah terutama dalam
pengurusan sampah, pembersihan longkang, pemotongan rumput, penurapan
jalan rosak dan penyelenggaraan lampu jalan
* Meningkatkan penyertaan bukan Bumiputera dalam perkhidmatan awam
negeri bagi memastikan keseimbangan dalam sistem penyampaian kerajaan
* Memperkasa Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK)
* Mewujudkan kumpulan masyarakat sivil/NGO di setiap daerah melalui Pihak
Berkuasa Tempatan
* Meneruskan dasar polisi terbuka melalui pendekatan 3P (Padang, Perasaan &
Penyelesaian)
* Memperkasa Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagan (PEMUDAH) -
jalinan sektor awam dan swasta dalam mewujudkan persekitaran perniagaan yang
lancar

Memelihara Toleransi Beragama Demi Rakyat:
* Peruntukan tahunan untuk masjid dan surau
* Peruntukan tahunan untuk aktiviti hal ehwal bukan Islam dan rumah ibadat
* Pemberian air percuma 20 meter padu sebulan untuk masjid, surau dan rumah
ibadat

* Memperuntuk RM3 juta setahun untuk pengurusan jenazah kepada OKU, ibu
tunggal, Orang Asli dan warga emas yang kurang berkemampuan
* Mengukuhkan koperasi masjid dan mewujudkan koperasi-koperasi masjid baharu

Generasi Muda Harapan Rakyat:
* Peruntukan tahunan Program Pengupayaan Generasi Muda dan Mahasiswa
* Program Mikrokredit Amanjaya Belia Niaga untuk golongan belia menceburi
bidang perniagaan
* Mewujudkan 50,000 peluang pekerjaan
* Memperkasa Pusat Kerjaya Amanjaya (PeKA) dengan menggiatkan latihan
semula, latihan lanjutan dan kemahiran vokasional
* Mewujudkan program internship kepimpinan dan kesukarelawanan di pusat
khidmat wakil rakyat
* Mewujudkan 2,500 kiosk Amanjaya kepada penjaja dengan keutamaan kepada
kumpulan belia
* Mengukuhkan Majlis Perundingan Mahasiswa Perak
* Mengembangkan aktiviti seni dan budaya
Mengantarabangsakan Perak:
* Penganjuran konvensyen bertaraf antarabangsa :
- World Conference on Islamic Thoughts and Civilization (WCIT)
- Pangkor International Development Dialogue (PIDD)
* Penganjuran sukan dan acara bertaraf antarabangsa:
- Kejohanan Antarabangsa Pangkor Jet Race
- Ipoh International Run
- Perak Amanjaya Muay Thai International Challenge
- Festival Puisi dan Lagu Rakyat Antarabangsa Pangkor
- Royal Belum Drum Festivals
- World Congress of Poets

Meningkatkan Peranan Wanita Demi Memperkasa Rakyat:
* Peruntukan tahunan kepada NGO wanita dan ibu tunggal
* Meningkatkan bilangan wanita dalam kedudukan strategik politik dan
pentadbiran
* Memperkasa Rumah Perlindungan Wanita dan Kanak-kanak
* Kluster Ekonomi Keluarga Amanjaya - Skim Mikrokredit untuk keluarga
yang berniaga
* Mewujudkan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (KDK) di setiap daerah - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Mahkamah tetapkan 6 Mei dengar permohonan batal pertuduhan terhadap Yazid, dua lagi

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 6 Mei ini untuk mendengar permohonan bagi membatalkan tuduhan terhadap bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Yazid Sufaat dan dua individu lain.

Yazid, didakwa terhadap pertuduhan menggalakkan keganasan dan bersubahat bagi mengugut orang awam di Syria, tahun lepas manakala dua individu tersebut iaitu Halimah Hussein dan Muhammad Hilmi Hasim dituduh bersubahat dengan Yazid dalam melakukan kesalahan itu.

Hakim Kamardin Hashim menetapkan tarikh berkenaan selepas pihak responden yang diwakili timbalan Pendakwa Raya Abdul Wahab Mohamad serta Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria dan pemohon diwakili peguam Amer Hamzah Arshad, masing-masing bersetuju.

Pada hari ini mahkamah dijadualkan mendengar permohonan tersebut tetapi peguam Amer Hamzah memohon penangguhan kerana pihaknya baru menerima tiga afidavit daripada respondan (pihak pendakwaan) dan masih menunggu dua lagi afidavit berkaitan kes berkenaan.

"Pihak kami memerlukan sedikit masa untuk meneliti semula afidavit-afidavit tersebut yang diserahkan oleh responden hari ini," katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Hanafiah mengesahkannya dan memberitahu pihaknya menganggarkan lapan puluh peratus dokumen telah diserahkan dan bersetuju pada 30 April ini untuk mengadakan pertemuan antara mereka untuk memuktamadkan isu-isu yang dibincangkan, selain senarai saksi-saksi yang akan dipanggil.

Ketika ditemui di luar mahkamah, Amer Hamzah memberitahu pihaknya membuat permohonan tersebut atas alasan pertuduhan terhadap kesemua anak guamnya itu bersifat malafide (berniat jahat) dan tidak berasas.
Yazid, 49, pengusaha kantin di Kompleks Mahkamah, Jalan Duta di sini didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Taman Bukit Ampang, Ampang antara 8.30 pagi dan 10.30 pagi, pada 1 Ogos hingga 20 Oktober 2012.

Manakala Halimah, 52, dan Muhammad Hilmi, 33, didakwa bersubahat dengan Yazid bagi melakukan kesalahan tersebut di tempat dan masa yang sama.

Yazid didakwa mengikut Seksyen 130G(a) Kanun Keseksaan (Akta 574) manakala Halimah dan Hilmi didakwa bersubahat dengan Yazid mengikut Seksyen 109 kanun sama, yang kedua-duanya membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Mereka adalah individu pertama yang didakwa mengikut Kanun Keseksaan atas kesalahan membabitkan diri dalam aktiviti keganasan selepas ISA dimansuhkan pada 31 Julai 2012 dan digantikan dengan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas). - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

PRU13: Impian jadi wakil rakyat bakal jadi kenyataan buat James Ratib

Written By Unknown on Minggu, 21 April 2013 | 15.09

BELURAN: Impian menjadi pemimpin di kawasannya sejak dari kecil lagi bakal menjadi kenyataan bagi Datuk James Ratib jika pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sugut memilihnya menjadi wakil rakyat pada 5 Mei nanti.

James, 45, berazam mahu menjadi wakil rakyat di DUN Sugut kerana mahu menyumbang untuk membangunkan kawasan itu dan membantu penduduk di kawasan itu terutama yang masih dalam keadaan miskin.

"Memang dari kecil lagi, saya menaruh harapan menjadi pemimpin di kawasan saya kerana melihat masih banyak perubahan perlu dilakukan terutama sekali bagi menyediakan bekalan alektrik dan air," katanya.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Beluran berkata, bekalan elektrik yang ada hanya meliputi lima peratus penduduk di kawasan Sugut dan tidak meliputi di kawasan kampung terpencil.

Bagi bekalan air pula, hasratnya adalah memastikan setiap rumah di Sugut menerima kemudahan itu dan pada masa sekarang, dua Loji Rawatan Air sedang giat dibina di Paitan dan Botition.

"Jika dipilih menjadi wakil rakyat, sudah tentu peluang yang diberikan itu akan saya gunakan dengan baik untuk melaksanakan impian membangunkan kawasan Sugut dan menjaga kebajikan rakyat," katanya kepada Bernama.

"Saya akan membuat perubahan drastik membangunkan Sugut untuk memastikan kawasan itu setaraf dengan kawasan lain yang membangun di negeri ini," katanya.
Sebagai calon muka baharu untuk DUN Sugut, James mengucapkan terima kasih kepada pucuk pimpinan BN negeri dan pusat kerana memilihnya bagi menggantikan wakil rakyat sebelum ini, Datuk Surady Kayong.

Katanya, beliau akan menggunakan peluang itu sebaiknya dan akan memastikan kemenangan BN bagi meneruskan agenda membangunkan DUN Sugut dan mewujudkan sosio-ekonomi penduduk di kawasan itu terutama yang masih dalam kategori miskin.

James meminta calon lain yang bertanding di DUN Sugut supaya membuktikan apa mereka mampu buat untuk membangunkan kawasan Sugut jika menjadi wakil rakyat kerana impiannya menjadi wakil rakyat semata-mata mahu membela nasib rakyat yang masih ramai jauh ketinggalan.

James dicabar lima calon dari Parti Keadilan Rakyat (Pagrios@Petrus Bin Zabang), Masiawan Kunching (Parti Reformasi Rakyat), Bebas (Abdul Rahman Atang) dan Datu Kamaruddin Mustapha (Bebas).

Pada PRU ke-12, Surady memenangi kerusi DUN Sugut dengan majoriti 2,535 undi. Kawasan itu mempunyai 9,675 pengundi. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

PRU13: Pemimpin mesti berani hadapi masalah

KUALA KEDAH: "Pemimpin mesti berani berdepan rakyat apabila berdepan masalah. Bukan menyaman rakyat kerana membuat kenyataan yang tidak memihak kepada kita," demikian tegas calon Barisan Nasional (BN) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubang Rotan, Datuk Latt Shariman Abdullah.

"Mereka sudah gagal laksana tanggungjawab. Jalan mudah untuk menghentikan kemarahan rakyat adalah melalui tindakan undang-undang," katanya yang juga Ketua UMNO bahagian Kuala Kedah merujuk kes di DUN tersebut di mana pemimpin setempat menyaman pengundi berhubung isu jalan kampung, tahun lalu.

"Saya tidak mahu saman pengundi, tidak kira mereka sokong BN atau tidak. Pemimpin patut tolong rakyat dan saya akan bangunkan Kuala Kedah serta membantu penduduknya," kata beliau kepada Bernama mengenai prinsip politiknya.

Mengenai pengalamannya, beliau berkata beliau pernah bertugas dengan tiga kementerian berkaitan perancangan ekonomi dan kewangan selama tujuh tahun dan jawatan terakhir yang disandangnya ialah selaku Pegawai Tugas-tugas Khas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mendedahkan beliau dengan banyak perkara penting.

"Saya pernah jadi peguam selama 10 tahun, nelayan dan juga pernah berniaga pakaian secara kecil-kecilan. Semua ini akan digunakan untuk membangunkan Kuala Kedah termasuk tiga DUN (Kubang Rotan, Anak Bukit dan Pengkalan Kundor) di dalam kawasannya.

"Selama lima tahun di bawah Pakatan Rakyat, penduduk Kuala Kedah berada dalam keadaan tertekan. Kebanyakan mereka merupakan nelayan yang hidup dalam kemiskinan kerana aduan mereka tidak dilayani dengan betul," tambahnya.

Beliau berkata, Kuala Kedah memiliki sumber manusia, namun ketidakupayaan PAS mentadbir menyebabkan tiada perancangan dilakukan untuk menjadikan Kuala Kedah bandar pelabuhan moden termasuk menaik taraf ekonomi penduduknya.
Latt Shariman berkata, beliau mahu menggalakkan penduduk Kubang Rotan terbabit dalam perniagaan serta menggiatkan aktiviti ekonomi yang mempunyai hubung kait dengan perikanan.

"Kubang Rotan juga berpotensi dijadikan hab pendidikan tinggi kerana berdekatan dengan bandaraya Alor Setar. Semua ini boleh menjadi kenyataan sekiranya BN memenangi PRU13 dengan cemerlang," katanya dan menambah keluarganya sudah bertapak di Kubang Rotan selama lapan generasi sejak 250 tahun lalu, yang merupakan kelebihan kepadanya untuk berkhidmat kepada rakyat di situ.

Kemampuan beliau bertutur Mandarin turut memberi kelebihan kepadanya untuk berinteraksi dengan masyarakat Cina.

Latt Shariman menyifatkan gandingan beliau dengan calon BN bagi kawasan Parlimen Kuala Kedah, Dr Zaki Zamani Abdul Rashid, Datuk Hashim Jahaya (calon DUN Anak Bukit) dan Nor Hasita Mat Isa (calon DUN Pengkalan Kundor) sebagai berupaya membawa pembangunan kepada rakyat Kuala Kedah. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

PRU13: Kerajaan akan teruskan peruntukan tahunan RM100 juta kepada sekolah Cina

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata sokongan yang diterimanya daripada rakyat menjadikan beliau lebih bersemangat dan penuh berkeyakinan kerana sedar kerajaan melaksanakan pelbagai usaha untuk kaum Cina sejak bertahun-tahun lamanya.

"Saya pasti ini adalah hakikatnya terutama sekali dalam bidang pendidikan, dan kami akan meneruskan peruntukan tahunan RM100 juta bagi penyenggaraan dan penambahbaikan sekolah Cina.

"Lazimnya, makan bersama 60 orang akan dianggap sebagai jamuan besar-besaran. Malam tadi di Westport, Klang, saya berpeluang menikmati jamuan besar-besaran bersama-sama 60,000 orang," kata perdana menteri dalam laman Facebook beliau.

Beliau berkata, hubungan dua hala dengan China semakin bertambah kukuh.

Kerajaan mengiktiraf beberapa universiti di China dan Xiamen University sudah pun membuka kampus luar negaranya yang pertama di negara ini, katanya.

Najib berkata, perkataan 'negara' dalam bahasa Mandarin adalah 'Guo Jia' dan jika kedua-dua perkataan itu dipisahkan, 'Guo' bermaksud 'pertahanan' manakala 'Jia' pula 'keluarga'.

"Kedua-dua perkataan itu tersemat di sanubari BN pada masa parti gabungan ini terus mempertahankan keluarga 1Malaysia, sebuah keluarga yang terbentuk daripada pelbagai kaum dan agama, kesemuanya hidup dengan penuh harmoni.
"Saya meminta anda semua terus menyokong kami, agar kami dapat meneruskan kerja yang telah kami mulakan demi faedah rakyat dan negara," katanya. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Bekas YDP Melaka meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Bekas Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Syed Zahiruddin Syed Hassan meninggal dunia di kediaman keluarganya di Petaling Jaya, di sini malam semalam.

Allahyarham, 95, yang juga Orang Besar Empat Perak itu, meninggal dunia kerana masalah buah pinggang dan sakit tua, menurut anaknya, Syed Hassan.

Jenayah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, di sini kira-kira 12 tengah hari tadi.

Allahyarham meninggalkan balu, Toh Puan Halimah Md Noh, 88, dan 10 orang anak serta lebih 30 cucu dan cicit.

Syed Hassan ketika dihubungi berkata, Allahyarham sebelum ini menerima rawatan di Damansara Specialist Hospital, Petaling Jaya sejak 10 hari lalu.

Ketika hayatnya, Allahyarham menjadi Yang DiPertua Negeri Melaka (1975 hingga 1984), Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom ((1974), Duta Besar Malaysia ke Republik Ireland (1975), dan Pro-Canselor Universiti Malaya ke-3 (1987). - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

PRU13: Che Johan Che Pa dipanggil beri penjelasan: Mustapa

KOTA BHARU: Biro Politik Badan Perhubungan UMNO Kelantan hari ini memanggil Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas, Che Johan Che Pa, untuk memberi penjelasan berhubung tindakan mengejutnya tidak mengemukakan borang pencalonan untuk bertanding bagi kerusi Parlimen Pasir Mas, semalam.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata Che Johan sudah memberi penjelasan sebab beliau berbuat demikian.

"Kita amat dukacita dengan tindakan beliau. Tadi, saya sudah memanggil beliau untuk membuat siasatan. Saya selaku Pengerusi BN negeri, harus tahu apa yang berlaku dan beliau sudah memberi penjelasan sebab berbuat demikian.

"Saya akan adakan perbincangan lanjut, termasuk dengan Pengerusi BN (Datuk Seri Najib Razak) dan pemimpin lain," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat biro politik itu, di Pusat Media BN Kelantan di sini, hari ini.

Katanya, UMNO dan BN memandang serius perkara itu dan menyerahkan kepada jawatankuasa disiplin parti untuk membuat keputusan terhadap Che Johan.

Ketika ditanya mengenai penjelasan yang diberi Che Johan terhadap tindakan mengejutnya itu, Mustapa berkata, ia sama seperti yang dilaporkan dalam media berhubung keputusan untuk tidak mengemukakan borang pencalonan di Bilik Gerakan Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas.

Media melaporkan bahawa Che Johan tidak mengemukakan borang pencalonannya pada hari penamaan calon semalam, bagi mengelak pertandingan tiga penjuru, semata-mata untuk kebaikan parti dengan tidak mahu kerusi parlimen tersebut jatuh ke tangan PAS.
Tindakan Che Johan menyebabkan calon Bebas yang juga penyandang kerusi Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali dicabar satu lawan satu oleh calon PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, pada Pilihan Raya Umum ke-13, 5 Mei ini.

Mustapa berkata, BN Kelantan terkejut dan dukacita di atas tindakan Che Johan, yang disifatkan sebagai membelakangkan parti.

"Ini (menjadi calon dalam pilihan raya) satu penghormatan sebenarnya. Ramai yang berebut (hendak jadi calon).

"Kita memandang serius perkara ini dan kita sudah menyatakan kepada Che Johan perasaan dukacita kami atas tindakan beliau yang membelakangkan keputusan parti," katanya.

Sementara itu, Mustapa turut mengingatkan semua jentera parti supaya tidak leka, dan memberi tumpuan penuh sepanjang tempoh berkempen 14 hari ini.

Jentera parti juga diingatkan supaya tidak menganggap kemunculan calon Bebas dalam kalangan ahli PAS sebagai kelebihan mudah untuk BN memenangi Kelantan, katanya.

"Ini mungkin sandiwara politik. Apa pun (parti) Bebas atau apa, kita hendak menang. Jangan sekali-kali kita terkeluar daripada perjuangan. Kita kena tumpu usaha sebab kita hendak menang," katanya.

Mengulas proses penamaan calon semalam, Pengerusi BN itu berpuas hati dengan kelancaran proses itu di seluruh negeri ini dan sikap penyokong yang tidak menimbulkan insiden tidak diingini serta anggota polis yang bertugas menjaga keselamatan awam.

Malah, beliau gembira terhadap sokongan yang ditunjukkan oleh rakyat di Kelantan termasuk golongan wanita dan belia yang sudah menerima "gelombang merah" apabila mengenakan pakaian berwarna merah ketika mengiringi calon ke pusat penamaan calon. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Petani digesa tidak perjudi nasib pilih pembangkang

Written By Unknown on Rabu, 17 April 2013 | 15.09

BESUT: Golongan petani di negara ini digesa agar tidak memperjudikan nasib mereka dengan memilih pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini kerana sektor perindustrian memerlukan kerajaan berpengalaman untuk menguruskannya.

Tambahan pula kata Pengerusi Majlis Amanah Rakyat Datuk Seri Idris Jusoh, golongan petani sekarang sedang menuju ke arah petani moden hasil pelbagai inisiatif yang dilaksana kerajaan Barisan Nasional.

"Untuk menjadi petani moden memerlukan kepakaran teknologi tinggi yang hanya dapat dibekalkan oleh kerajaan sedia ada," katanya ketika merasmikan mesyuarat agung Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Gerai di sini hari ini.

Katanya, setiap tahun kerajaan menyalurkan bantuan bernilai RM4,400 kepada setiap petani di negara ini bagi meningkatkan prestasi dan produktiviti mereka.

Sementara itu, Pengerusi PPK Kebangsaan, Datuk Zainal Dahalan berkata, kerajaan telah meluluskan sejumlah RM7.2 juta tahun ini untuk diagih kepada 291 PPK di seluruh negara.

Peruntukan itu termasuk bagi mengadakan kursus lanjutan; mempertingkatkan kegiatan pengeluaran, pemasaran dan pemerosesan pertanian serta dana tabung pinjaman untuk usahawan tani.

Pada majlis hari ini, sebanyak RM1.494 juta diagihkan kepada 7,472 anggota di 15 PPK di seluruh Terengganu dengan masing-masing menerima RM200 bagi membeli barangan bantuan pertanian. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Keluarga Aminulrasyid fail saman

SHAH ALAM: Keluarga remaja berusia 15 tahun, Aminulrasyid Amzah yang mati terkena tembakan polis tiga tahun lalu, memfailkan saman kelalaian terhadap Koperal Jenain Subi dan empat yang lain, pagi ini.

Tuntutan yang difailkan kira-kira jam 11 pagi itu, antara lain menuntut ganti rugi am sehingga RM50 juta daripada defendan.

Turut dinamakan dalam tuntutan itu ialah Ketua Polis Daerah Shah Alam, Tan Sri Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Negara dan Kerajaan Malaysia.
15.09 | 0 komentar | Read More

Polis KL terima 46 laporan berkaitan PRU

KUALA LUMPUR: Polis Kuala Lumpur menerima 46 laporan berkaitan pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) sejak Dewan Rakyat dibubarkan pada 3 April lalu, termasuk tiga kes ugutan jenayah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Izany Abdul Ghani berkata, kes ugutan jenayah itu membabitkan tindakan parti politik menaikkan bendera di kawasan parti lawan, dan diugut penyokong parti lawan dengan menggunakan senjata tajam seperti parang.

"Bagaimanapun, jumlah terbesar laporan yang diterima melibatkan perhimpunan atau ceramah parti politik tanpa permit, iaitu sejumlah 18 kes," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini, hari ini.

Izany berkata, polis juga menerima laporan mengenai halangan atau provokasi semasa memasang bendera parti iaitu sebanyak 16 kes, membakar bendera parti (empat kes), curi bendera (dua), pengedaran risalah (satu), dan penyerahan memorandum tidak berpuas hati terhadap manifesto parti-parti politik (dua).

Beliau berkata, pihak polis menyiasat kesemua kes berdasarkan peruntukkan undang-undang sedia ada tanpa mengambil kira individu atau mana-mana parti yang terbabit.

Izany turut menasihatkan calon dan penyokong parti supaya mendapatkan permit bagi mengadakan perhimpunan atau ceramah bagi memudahkan polis memantau dan mengawal perhimpunan yang diadakan.

"Penyokong parti diminta supaya tidak memasang bendera di lampu-lampu isyarat atau mana-mana tempat yang boleh menghalang perjalanan trafik dan pandangan pengguna lalu lintas bagi mengelakkan kesesakan dan kemalangan jalan raya," katanya.
Beliau berkata keadaan cuaca yang tidak menentukan juga turut menyebabkan bendera parti rosak dan untuk itu, petugas-petugas parti politik dinasihatkan supaya sentiasa memantau dan membersihkan kawasan mereka memasang bendera bagi mengelakkan salah sangka atau tanggapan bendera atau lambang parti berkenaan dirosakkan oleh pihak lawan.

"Sedangkan bendera parti berkenaan rosak, tumbang atau jatuh disebabkan oleh faktor cuaca," katanya.

Justeru itu, beliau berharap semua aktivis parti supaya mengamalkan sikap berbaik sangka dan bertoleransi serta mematuhi undang-undang bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Abdul Ghani lega dapat lepas jawatan MB

JOHOR BAHRU: Datuk Abdul Ghani Othman hari ini menyangkal dakwaan pembangkang bahawa beliau diletak bertanding di kerusi parlimen kerana UMNO tidak mahu lagi beliau menjadi Menteri Besar Johor.

Sebaliknya, Abdul Ghani berkata beliau berasa gembira kerana bakal dapat melepaskan jawatan itu.

"I'm happy to finish off as menteri besar.(Saya gembira kerana dapat mengakhiri tugas di peringkat negeri sebagai Menteri Besar).

"Saya lega kerana telah cuba menyempurnakan amanah yang diserah kepada saya sebaik mungkin dan saya dapat buat sepanjang empat penggal sebagai Menteri Besar," katanya kepada pemberita, di sini.

Beliau mengulas dakwaan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang yang pada satu ceramah berkata, Abdul Ghani diletak bertanding di kerusi Parlimen Gelang kerana Umno tidak mahu lagi beliau sebagai menteri besar.

Pada pilihan raya umum kali ini, Abdul Ghani yang merupakan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri Serom, akan bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah menentang Lim.

Mengulas pencapaiannya sepanjang menjadi menteri besar sejak 1995, Abdul Ghani berkata, Johor melalui perubahan secara holistik iaitu menikmati kestabilan dari segi hubungan masyarakat dan juga ekonomi.
"Ini telah menjadi asas yang begitu kuat kepada negeri Johor untuk menempa kemajuan yang jauh lebih cemerlang," katanya.

Mengulas menteri besar baru, Abdul Ghani berkata, beliau yakin rakyat akan memberi sokongan padu kepada siapa juga yang akan dilantik menggantikannya jika Barisan Nasional (BN) kembali menguasai Johor.

Ditanya perasaannya bakal berdepan dengan 'orang kuat' DAP di Gelang Patah, Abdul Ghani berkata, beliau akan memikul amanah yang diberi pucuk pimpinan BN itu sebaik mungkin.

Walaupun ada usaha pembangkang untuk memecahbelahkan persefahaman dan perpaduan di negeri Johor pada pilihan raya umum ke-13 ini, rakyat akan ikut 'cara Johor' iaitu terus memilih BN sebagai parti pilihan mereka, katanya. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Muhyiddin tiba di Labuan untuk lawatan kerja dua hari

LABUAN: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di sini hari ini untuk lawatan kerja dua hari.

Beliau yang diiringi isterinya, Puan Sri Norainee Abdul Rahman tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Labuan pada jam 2.25 petang dan disambut oleh pemimpin-pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) Labuan.

Timbalan Pengerusi BN dan juga Pengerusi BN Wilayah Persekutuan itu terus menghadiri mesyuarat tertutup bersama pemimpin komponen BN Labuan di lapangan terbang terbabit.

Beliau dijadual merasmikan terminal dan perkhidmatan teksi Labuan di Jalan Bunga Tanjung, Ujong Pasir, di sini petang ini, sebelum mengadakan "walk about" di bandar itu.

Muhyiddin dijangka berlepas ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu untuk menghadiri majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Seri Sulaiman, Tuaran pada jam 8 malam ini.

Esok Muhyiddin dijadual mengadakan lawatan kerja ke Tanjung Aru, Beluran dan Sandakan sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur di sebelah petang. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Lelaki maut ditembak ketika makan bersama keluarga

Written By Unknown on Senin, 15 April 2013 | 15.09

SEREMBAN: Seorang lelaki mati ditembak dari jarak dekat ketika sedang makan bersama keluarganya di sebuah restoran di Pusat Komersial Oakland, Seremban 2, di sini, semalam.

Tan Kok Soon, 56, mati di tempat kejadian selepas terkena tiga das tembakan di bahagian belakang badan.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontijen Negeri Sembilan, Superintendan Zazali Hashim, berkata Tan ditembak oleh dua lelaki yang datang dari arah belakang ketika sedang makan malam bersama isteri dan dua anaknya pada 6.55 petang.

"Kejadian itu berlaku amat pantas sehingga beberapa pelanggan lain yang berada di restoran itu tergaman," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata kedua-dua lelaki terbabit kemudian melarikan diri dipercayai dengan sebuah motosikal.

Polis masih menyiasat motif kejadian dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan, katanya. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Pakatan pembangkang Perak lancar manifesto

IPOH: Pakatan pembangkang Perak melancarkan manifesto hari ini yang antara lain menawarkan bantuan bulanan kepada isi rumah miskin tegar, pendapatan kurang RM760.

Pengerusi pakatan pembangkang Perak, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin yang melancarkan manifesto itu bersama kepemimpinaan pembangkang negeri juga berkata, tiada kenaikan cukai tanah, cukai pintu dan kadar air antara tahun 2014 hingga 2018.

Manifesto itu juga menjanjikan potongan premium tanah sehingga 50 peratus kepada pelaburan baru melebihi RM500 juta atau industri yang menawarkan 500 pekerjaan atau lebih.
15.09 | 0 komentar | Read More

6 maut, 74 cedera letupan bom kereta di Iraq

BAGHDAD: Sekurang-kurangnya lima bom kereta diletupkan awal pagi tadi di selatan Iraq dan di bandar utara Baghdad, mengorbankan enam orang manakala 74 lagi cedera.

Tiga bom kereta meledak selang beberapa minit di pekan Tuz Khurmatu, di utara ibu negara menyebabkan enam maut dan 60 cedera.

Dua lagi bom kereta diletupkan di Nasiriyah, menyebabkan 14 cecera. - AFP
15.09 | 0 komentar | Read More

Zuraida akui perebutan kerusi belum selesai antara PKR-PSM

PETALING JAYA: Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin mengakui perebutan kerusi antara parti itu dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) masih belum selesai.

Beliau berkata, antara kerusi berkenaan ialah Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih dan Kota Damansara di Selangor, dan kerusi Parlimen Sungai Siput di Perak.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di ibu pejabat PKR di sini, hari ini.

Kesemua kerusi itu ditandingi PSM pada pilihan raya umum 2008 atas tiket PKR.

PSM baru-baru ini dilaporkan bertegas untuk bertanding di kerusi berkenaan dengan menggunakan lambang partinya sendiri pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Semalam, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada ceramahnya di AU2 Keramat di sini mengumumkan Hamidi A Hassan calon parti itu untuk kerusi DUN Semenyih, manakala kerusi Kota Damansara masih dalam perbincangan dengan PSM.

Jika PSM dan PKR gagal mencapai kata sepakat, kemungkinan DUN Semenyih akan menyaksikan pertarungan tiga penjuru antara PSM, PKR dan Barisan Nasional (BN) pada pengundian 5 Mei.
Setiausaha Agung PSM, S Arutchelvan ketika dihubungi berkata malam ini parti itu akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan mengenai kerusi yang akan ditandingi dalam pilihan raya umum nanti.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai isu pengagihan kerusi antara partinya dan PKR.

- BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Ops Daulat diteruskan bagi memastikan FELDA Sahabat benar-benar pulih: Zulkifeli

LAHAD DATU: Ops Daulat akan diteruskan bagi memastikan keamanan di gugusan FELDA Sahabat benar-benar pulih, sebelum operasi itu diserahkan kepada pusat pemerintahan Kawalan Keselamatan Khas Timur Sabah (ESSCOM).

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, berkata proses penyerahan tugas kawalan di kawasan timur Sabah kepada ESSCOM akan mengambil masa kerana organisasi itu masih di peringkat pembentukan dan belum beroperasi sepenuhnya.

"Ops Daulat masih berjalan dengan temponya sudah berkurangan, namun keperluan operasi itu menjalankan kerja pengawasan dan kawalan masih berterusan sehingga keamanan benar-benar pulih.

"Sampai masa Ops Daulat ditamatkan nanti, satu perbarisan khas sebagai simbolik penyerahan tugas kawalan secara rasmi kepada ESSCOM akan diadakan," katanya kepada pemberita di sini, sebentar tadi.


15.09 | 0 komentar | Read More

Hadi Awang akui wujud perebutan kerusi dalam pakatan pembangkang

Written By Unknown on Minggu, 14 April 2013 | 15.09

KOTA SAMARAHAN: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui wujud pertelingkahan dalam pakatan pembangkang berhubung pembahagian kerusi Parlimen untuk ditandingi pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Beliau menyifatkan perkara itu adalah biasa kerana menurutnya sedangkan dalam satu-satu parti sendiri terdapat lebih daripada satu calon yang ingin bertanding.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di sini hari ini bagi mengumumkan senarai tujuh calon PAS yang akan bertanding di Sarawak, yang menyaksikan wujud pertindihan antara calon PAS dan PKR di dua kerusi Parlimen iaitu Julau dan Kota Samarahan.

Mereka ialah Ambrose Labang Jamba (Julau), Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus (Kota Samarahan), Robby@Muhammad Zaid Tandang (Sibuti), Mohamad Jolhi (BatangSadong), Ajiji Fauzan (Igan), Jurina Mut (Tanjung Manis) dan Nani Sahari(Mukah).

Pada sidang akhbar baru-baru ini, Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian mengumumkan calon parti itu Dr Ramblam Rahmat bertanding di Kota Samarahan dan Andy Wong Hong Yu di Julau.

Mengenai pertindihan itu, Abdul Hadi berkata ia keputusan PAS pusat. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

LDP akan pertahan DUN Karamunting: Liew

SANDAKAN: Parti Liberal Demokratik (LDP) akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Karamunting pada pilihan rayaumum ke-13 (PRU-13).

Ia sekali gus membolehkan mereka mendapatkan semula kerusi itu, yang sebelum ini penyandangnya, Datuk Pang En Yin, bertindak keluar daripada LDP dan menyertai Gerakan.

Presiden LDP, Datuk Liew Vui Keong, berkata sememangnya pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) pusat telah membuat keputusan bahawa DUN Karamunting dikembalikan kepada parti itu pada PRU-13.

Sehubungan itu, katanya seorang calon baru akan diletakkan di DUN berkenaan yang menepati kehendak pucuk pimpinan BN mahukan calon yang mampu menang.

"Sama-sama kita tunggu apabila Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan nama calon dijangka esok," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Notebook 1Malaysia kepada 61 murid cemerlang peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah daripada 10 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di sini, hari ini.

Pada pilihan raya umum ke-12 pada 2008, LDP ketika itu diwakili Naib Presidennya, Datuk Pang En Yin memenangi kerusi Karamunting.

Bagaimanapun pada Ogos 2010, Pang mengumumkan keputusannya untuk keluar LDP kerana tidak setuju dengan pendirian parti itu bahawa ia tidak dapat bekerjasama dengan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman.
Pang kemudian menyertai Gerakan.

Liew juga mengesahkan parti itu akan mendapat satu kerusi baru di kawasan pantai barat Sabah dan akan meletakkan seorang muka baru.

Beliau tidak menyatakan kedudukan kerusi berkenaan dan menyerahkan pucuk pimpinan BN untuk membuat pengumuman.

Katanya, LDP akan mempertahankan semua kerusi yang diperuntukkan kepada parti itu di Sabah sebelum ini iaitu Parlimen Sandakan yang diwakili beliau sendiri dan tiga DUN iaitu Tanjung Kapor (Kudat), Merotai (Tawau) dan Karamunting (Batu Sapi).

Beliau yang juga Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri berkeyakinan tinggi mampu memenangi semula semua kerusi berkenaan dan kerusi baru yang akan diwakili parti itu. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

BN satu pakatan yang melepasi ujian: Chor

ALOR SETAR: Barisan Nasional (BN) cukup teruji sebagai satu pakatan 14 parti politik yang memelihara kepentingan rakyat semua kaum, berlainan dengan pakatan pembangkang yang hanya menjaga orang sendiri.

Naib Presiden MCA, Datuk Seri Chor Chee Heung juga menyifatkan pemimpin pembangkang sebagai oportunis kerana mengkhianati rakyat terutama penyokong mereka.

"Jika benar-benar mahu berkhidmat kepada rakyat mereka tidak harus lari bertanding di tempat lain tetapi setelah kalah pada 2008 mereka terus hilang tapi dicalonkan lagi untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

"Calon-calon BN tidak mengamalkan sikap ini. MCA walaupun kalah teruk pada 2008, pusat khidmat mereka terus dibuka untuk memberi khidmat kepada rakyat," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan program KAR1SMA untuk 2013 di Auditorium Wisma Persekutuan, Anak Bukit, dekat sini hari ini.

Beliau yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan memberi contoh Penasihat DAP, Lim Kit Siang sering berubah tempat manakala Pengerusi Biro Undang-undang PKR Kedah, Gooi Hsio Leong sebagai calon Parlimen Alor Setar.

"Gooi kalah 184 undi sahaja kepada saya pada PRU-12. Lepas kalah dia balik ke Pulau Pinang. Ini perbuatan oportunis. Dia wajar buka pusat khidmat jika benar-benar serius hendak berkhidmat kepada masyarakat dalam Parlimen Alor Setar.

"Kit Siang nampak besar kepala. Dia rasa di mana saja dia bertanding rakyat mesti sokong. Pemimpin politik seperti ini tiada semangat kekitaan dan visi masa depan negara, dia mesti dibersarakan," katanya.
Chor berkata walaupun BN pada peringkat awal terdapat sedikit masalah namun pemimpinnya mencapai tahap kematangan dan layak memerintah negara ini.

"Pergaduhan berebut kerusi dalam pakatan cukup jelas. Walau apa pun strategi pakatan pembangkang, pada mata rakyat ini petanda malang dan mengecewakan kerana mereka telah memberi sokongan pada 2008. Saya yakin mereka akan musnah sendiri," katanya. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

TBT akan dibina di Gombak untuk kurangkan kesesakan

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan membina sebuah lagi terminal bersepadu iaitu Terminal Bersepadu Timur (TBT) bagi mengurangkan lagi kesesakan kenderaan yang keluar masuk dari dan ke Pantai Timur.

Ketika membuat pengumuman itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, terminal itu akan dibina di Gombak dalam tempoh terdekat.

"Kerajaan komited dan sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan kemudahan pengangkutan darat untuk rakyat dan pembinaan terminal bersepadu ini satu lagi contoh kejayaan dasar transformasi negara bagi merealisasikan matlamat negara menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi pada 2020," katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di sini, hari ini.
15.09 | 0 komentar | Read More

PDRM, ATM tingkat kerjasama dengan agensi risikan serantau, antarabangsa

KOTA KINABALU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan meningkatkan lagi kerjasama dengan agensi risikan serantau dan antarabangsa bagi memperkukuhkan kawalan keselamatan terutama di kawasan perairan negara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, pemantauan dan pemintasan di darat dan perairan akan diperluaskan di bawah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) selepas Operasi Daulat berakhir bagi mengelak berulangnya insiden kumpulan pengganas menceroboh negara.

Katanya, agensi risikan antarabangsa berkaitan termasuk National Intelligent Coordinating Agency (NICA), The Association of Southeast Asian Nations (ASEAN) Chiefs of Police (ASEANAPOL) dan Polis Antarabangsa (Interpol).

"Perkara-perkara itu akan diberi perhatian kerana jaringan pihak polis dengan Counter Terrorism Task Force dari beberapa negara luar yang berkaitan membuahkan hasil dalam menjejaki musuh dan mengenal pasti tahap ancaman yang sebenar," katanya pada sidang akhbar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di sini, hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam ketika melancarkan pusat pemerintahan Esscom menggariskan empat strategi penting yang perlu dilakukan dalam meningkatkan kawalan keselamatan terutama di kawasan perairan negara.

Beliau berkata, kerajaan juga akan mempertingkatkan pengawasan perairan negara melalui penggunaan teknologi terkini mengikut situasi semasa.

"Tiga pihak iaitu Pasukan Gerakan Polis Marin, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Angkatan Tentera Laut akan berbincang teknologi terkini yang terbaik dan cara yang efektif dipertimbangkan untuk memantau sepanjang 1,400 kilometer pantai Timur Sabah," katanya.
Dalam pada itu, Hishammuddin berkata, mana-mana kumpulan atau individu, rakyat atau orang luar tidak akan terlepas daripada tindakan tegas dalam penguatkuasaan undang-undang jika kedaulatan dan keselamatan negara diancam.

Katanya, pembabitan rakyat sebagai "mata dan telinga' dalam menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa akan diperkukuhkan, selain meningkatkan peranan Pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB).

"Secara peribadi sebagai Menteri Dalam Negeri, saya akan memantau keadaan keselamatan di seluruh Sabah, lebih-lebih lagi ketika kita menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU13)," katanya.

Hishammuddin berkata, Bahagian Keselamatan Dalam Negeri juga sudah menubuhkan bilik gerakan di Kota Kinabalu dan boleh dihubungi melalui talian 088-487370 yang beroperasi 24 jam, khidmat pesanan ringkas (SMS) 013-8019960, faksimili 088-487371 dan e-mel bilikgerakansbh@jpn.gov.my.

"Dengan sokongan padu rakyat Sabah saya yakin selepas PRU13, kita akan membuat perancangan jangka masa panjang yang lebih mendalam demi keselamatan negeri ini," katanya dan menurutnya ini termasuk di kawasan Zon Selamat Sabah Timur (Esszone).

Esscom adalah ejen penguatkuasaan bagi Esszone yang merangkumi 10 daerah sepanjang 1,400 kilometer di pantai timur Sabah yang meliputi Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Rumah penduduk yang terjejas di Tanjung Labian dibina semula: Najib

Written By Unknown on Sabtu, 13 April 2013 | 15.09

LAHAD DATU: Rumah penduduk di gugusan Tanjung Labian dekat sini yang terjejas dalam insiden pencerobohan militan dari selatan Filipina, baru-baru ini, akan dibina semula dengan pembiayaan sepenuhnya oleh kerajaan, kata Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Perdana Menteri berkata, pembinaan semula itu akan dibuat di tapak asal.

"Rumah-rumah yang akan dibina ini nanti jauh lebih baik dari rumah asal," katanya selepas melancarkan pejabat pusat pemerintahan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) di sini.

Bagi memperkukuhkan kawalan keselamatan di Felda Sahabat, Najib berkata, 100 polis bantuan dan 400 askar wataniah juga akan ditempatkan di kawasan berkenaan.

Di samping itu, beliau menjamin kegiatan ekonomi di daerah itu akan berjalan seperti yang dirancang, khususnya industri pelancongan dan Gugusan Perindustrian Minyak Sawit (POIC).

"Segala tanggapan di segi keselamatan tidak terjamin sama ada realiti atau pun persepsi, kita sudah tangani termasuk memulihkan industri pelancongan yang menerima kesan daripada insiden yang berlaku.

"Namun ada tanda-tanda ianya dapat dipulihkan dalam sedikit masa lagi. Setakat ini tidak ada laporan yang pelaburan terjejas untuk POIC dan pembangunan POIC akan berjalan seperti yang dirancangkan," katanya.
Berikutan pencerobohan Febuari lalu, Operasi Daulat membabitkan operasi tentera dan polis dalam mempertahankan kedaulatan negara dilancarkan 5 Mac lalu apabila militan mula membunuh dua anggota polis dalam serangan hendap pada 1 Mac. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Timbalan Presiden MIC ucap selamat menyambut tahun baru kepada kaum India

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Tamil, Vishu dan Vaisakhi yang disambut esok kepada kaum India di negara ini.

Masyarakat Tamil menyambut Tahun Baharu Tamil manakala masyarakat Malayalee dan Sikh masing-masing menyambut Vishu dan Vaisakhi.

Dr Subramaniam, yang juga Menteri Sumber Manusia menggesa masyarakat India sentiasa bersikap berdaya maju dan memanfaatkan pelbagai peluang diwujudkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meningkatkan status sosio-ekonomi mereka.

"Tahun ini, Tahun Baru Tamil (Vijaya Varusham) membawa maksud kejayaan, apa saja yang bermula selepas sambutan itu, adalah bertuah. Masyarakat India perlu kekal bersatu dan mengutamakan pendidikan anak-anak mereka," katanya.

Dr Subramaniam yakin tahun baru ini akan menjadi tahun yang amat produktif untuk masyarakat itu.

Sementara itu, Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Bersekutu India Malaysia (MAICCI), Datuk K K Eswaran turut menyampaikan ucapan selamat menyambut perayaan masing-masing kepada masyarakat India.

Katanya, selaras dengan visi perdana menteri, setiap festival kebudayaan dianggap sebagai sambutan peringkat nasional dan tidak hanya terbatas kepada sesuatu kaum. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Rakyat Venezuela di Asia Tenggara mengundi presiden Ahad ini.

KUALA LUMPUR: Kira-kira 120 rakyat Venezuela di tiga negara Asia Tenggara iaitu Malaysia, Brunei dan Thailand, akan mengundi bagi memilih presiden negara mereka Ahad ini.

Bercakap kepada Bernama, Duta Besar Venezuela ke Malaysia, Manuel Guzman berkata, pada pilihan raya presiden Oktober lalu, pengundi Venezuela di rantau ini hanya berjumlah 87 orang.

Setiausaha Kedua kedutaan Venezuela di sini, Mina Perez berkata, 120 pengundi berkenaan adalah mereka yang berdaftar dengan kedutaan itu dan terdiri daripada mereka yang memiliki permit kerja serta ekspatriat dan keluarga masing-masing.

"Kedutaan ini akan dibuka dari 6 pagi hingga 6 petang untuk membolehkan mereka mengundi," katanya.

Kira-kira 18 juta rakyat Venezuela akan mengundi Ahad ini bagi memilih presiden baharu, berikutan kematian Hugo Chavez akibat kanser pada 6 Mac lalu.

Chavez menyandang jawatan presiden selama 14 tahun. Beliau dipilih semula ke jawatan itu Oktober lalu, tetapi tidak dapat mengangkat sumpah jawatan yang dijadualkan pada 10 Januari kerana masalah kesihatan.

Guzman berkata, pilihan raya itu akan menyaksikan calon Parti Sosialis Bersatu Venezuela (PSUV), Nicolas Maduro, yang juga pemangku presiden, dan calon pembangkang, Henrique Capriles, bertanding untuk jawatan berkenaan.
Katanya, suasana politik di negara 29 juta penduduk itu kini stabil hasil amalan demokrasi, yang memperuntukkan kebebasan akhbar dan kempen pilihan raya secara aman.

Guzman berkata, pilihan raya itu perlu diadakan untuk membolehkan kerajaan terus menambah baik kualiti hidup rakyat melalui program transformasi dalam bidang pendidikan, penjagaan kesihatan dan perumahan.

Katanya, rakyat Venezuela kini semakin sedar tentang hak mereka, terutama hak dari segi politik dan sosial.

Ditanya tentang rancangan Maduro sekiranya beliau menang, Guzman berkata, pemangku presiden itu akan meneruskan projek yang sedang dilaksanakan bersama negara yang diberi keutamaan oleh mendiang Chavez seperti Malaysia, China dan Vietnam.

Katanya, kerajaan negara itu sedang mengkaji untuk meningkatkan kerjasama dengan Malaysia dalam bidang pendidikan dan pelancongan memandangkan kedua-dua negara memiliki potensi besar dalam sektor itu.

Mengenai pelancongan, Guzman berkata, Venezuela memiliki landskap menarik, yang ingin beliau promosikan kepada rakyat Malaysia.

"Kami mempunyai gunung-ganang yang diselimuti salji, pantai yang indah di utara dan hutan di selatan, yang pasti menarik minat rakyat Malaysia," katanya.

Guzman berkata, Malaysia pula memiliki pengalaman luas dalam projek pembinaaan infrastruktur dan perniagaan, yang beliau percaya memberi kelebihan kepada negara ini untuk merebut peluang pelaburan di Venezuela.

Mengenai kerjasama dalam bidang akademik, Perez berkata, kerajaan Venezuela sedang mengkaji kemungkinan untuk mengadakan program pertukaran pensyarah antara universiti Venezuela dan Malaysia.

"Setakat ini, kami menjalin hubungan dengan Lim Kok Wing University, yang menawarkan biasiswa kepada pelajar Venezuela yang menuntut di situ. Mereka juga meminta profesor Venezuela datang ke Malaysia," katanya.

Perez berkata, kedutaan itu juga mengadakan kelas bahasa Sepanyol secara percuma untuk rakyat Malaysia yang bertugas di institusi kerajaan.

Katanya, rakyat Malaysia kini semakin meminati budaya Amerika Latin, termasuk bahasa Sepanyol, tarian Salsa dan telenovela. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Lebih 10,000 penduduk hadiri Majlis Penghargaan Ops Daulat

LAHAD DATU: Lebih 10,000 penduduk sekitar Lahad Datu, Kunak, Samporna, dan Sandakan hadir pada Majlis Penghargaan Ops Daulat dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Dewan Desa Kencana, FELDA Sahabat di sini, sebentar tadi.

Selain penduduk setempat, majlis turut dihadiri lebih 5,000 anggota pasukan keselamatan terdiri dari anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bertugas dalam Ops Daulat dan turut diraikan pada majlis itu bagi menghargai jasa dan pengorbanan mereka.


15.09 | 0 komentar | Read More

Najib sampaikan anugerah kepada pasukan keselamatan, agensi terbabit Ops Daulat

LAHAD DATU: Datuk Seri Najib Razak menyampaikan anugerah pingat baru negara; Pingat Kedaulatan Negara kepada anggota pasukan keselamatan dan agensi kerajaan yang terbabit dalam Ops Daulat bagi membanteras pencerobohan pengganas Sulu di FELDA Sahabat, dekat sini.

Perdana Menteri menyampaikan anugerah iu kepada pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, RELA, Jabatan Pertahanan Awam dan beberapa agensi kerajaan yang lain

Anugerah itu disampaikan dalam program Penghargaan Ops Daukat di Dewan Masyarakat Desa Kencana, FELDA Sahabat 16, dekat sini.
15.09 | 0 komentar | Read More

Jangan rosakkan keistimewaan yang diberi Arab Saudi kepada jemaah Haji Malaysia: Duta

Written By Unknown on Jumat, 12 April 2013 | 15.09

JEDDAH: Banyak keistimewaan berkaitan urusan ibadah haji diberikan oleh kerajaan Arab Saudi kepada jemaah Malaysia yang membolehkan mereka menjalankan ibadah dengan selesa, kata Duta Besar Malaysia di Arab Saudi, Datuk Syed Omar Al Saggaf.

Beliau berkata, antara keistimewaan itu ialah pengurusan imigresen di lapangan terbang yang lebih pantas dan pelbagai urusan haji lain yang lebih mudah serta efisien.

Keistimewaan itu diberikan selaras dengan hubungan baik antara Tabung Haji dan Kementerian Haji Arab Saudi, di samping disiplin terbaik jemaah dari Malaysia sepanjang mengerjakan umrah dan haji sebelum ini, katanya.

"Saya nasihatkan jemaah kita supaya jangan rosakkan keistimewaan ini dengan melakukan perbuatan yang dilarang, sehingga boleh menyulitkan jemaah haji dari Malaysia yang akan datang," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika dirujuk mengenai langkah-langkah ketat yang dilaksanakan kerajaan Arab Saudi bagi melicinkan urusan ibadah haji di musim haji, terutama di Masjid Nabawi, Madinah dan Masjidil Haram, Makkah.

Syed Omar berkata, hubungan baik dengan Arab Saudi juga menjadi antara sebab jemaah haji Malaysia memperoleh keistimewaan itu, dan beberapa pertemuan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Raja Abdullah Abdulaziz Al-Saud sebelum ini menjadi testimoni hubungan yang cukup akrab antara kedua-dua negara.

Beliau berkata, projek perluasan kawasan sekitar Masjidil Haram yang sedang rancak dilaksanakan ketika ini merupakan sebahagian daripada pelan pembangunan kota Makkah.
Projek itu, pastinya memberi kesan kepada keselesaan ramai jemaah haji, namun ia hanya sementara, kerana apa yang sedang diusahakan kerajaan Arab Saudi ialah demi keselesaan jemaah beribadah di masa hadapan, katanya. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Musa Aman serah watikah pelantikan tujuh pegawai utama ESSCOM

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman hari ini menyampaikan watikah pelantikan kepada tujuh pegawai utama Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) yang berkuat kuasa hari ini.

Mereka ialah Ketua Pengarah ESSCOM, Datuk Mohammad Mentek; Pengarah Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam, DCP Datuk Abdul Rashid Harun daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pengarah Bahagian Perisikan 1, DCP Datuk Ahmad Nadzer Nordin (PDRM) dan Pengarah Bahagian Pertahanan, Mej Jen Datuk Abdul Halim Jalal daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Turut menerima watikah ialah Pengarah Bahagian Perisikan II, Mej Jen Datuk Mohd Noor Osman (ATM); Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan dan Awam, Mohamed Zahari Razali (Pegawai Tadbir Diplomatik) dan Pengarah Bahagian Pertahanan Laksamana Pertama Maritim, M Karunanithi daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Dalam ucapan alu-aluannya pada satu majlis ringkas di Wisma Innoprise di sini, Musa yang juga pengerusi ESSCOM, berkata Jabatan Perkhidmatan Awam telah meluluskan keseluruhan 48 perjawatan di ESSCOM yang akan diisi dalam masa terdekat.

"Saya percaya dengan pewujudan ESSCOM sudah tentu ia akan memberikan keyakinan kepada penduduk, khususnya yang tinggal di kawasan pantai timur Sabah, bahawa keselamatan mereka terjamin," katanya.

Beliau yakin, pegawai yang dilantik mengisi perjawatan di ESSCOM mampu memberi pengisian kepada tiga komponen utama yang perlu di kawasan Zon Selamat Sabah Timur iaitu pembangunan, keselamatan dan gerak saraf.

Katanya, ketiga-tiga komponen itu penting bagi meningkatkan semula keyakinan rakyat terhadap keselamatan selain mempelbagaikan kegiatan sosioekonomi mereka.
Beliau berharap khidmat dan kerjasama pegawai utama yang menerajui ESSCOM dapat merancang pelbagai program sosioekonomi dan keselamatan yang bukan saja menjadikan pantai timur Sabah selamat daripada anasir luar tetapi juga satu pertumbuhan baru ekonomi di kawasan terlibat.

"Di sinilah peranan tuan-tuan di ESSCOM nanti sebagai 'think-tank' kerajaan untuk mengesyorkan bagaimana semua perkara tersebut dapat dilakukan," katanya.

Pembentukan ESSCOM diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 7 Mac lalu merangkumi daerah Kudat, Tawau, Kunak, Sandakan dan Lahad Datu untuk menjaga kedaulatan dan keselamatan kawasan pantai timur Sabah. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Arab Saudi tawar banyak keistimewaan kepada jemaah Malaysia dalam urusan haji

JEDDAH: Banyak keistimewaan berkaitan urusan ibadah haji diberikan oleh kerajaan Arab Saudi kepada jemaah Malaysia yang membolehkan mereka menjalankan ibadah dengan selesa.

Duta Besar Malaysia di Arab Saudi, Datuk Syed Omar Al Saggaf, berkata antara keistimewaan itu ialah pengurusan imigresen di lapangan terbang yang lebih pantas dan pelbagai urusan haji lain yang lebih mudah serta cekap.

Keistimewaan itu diberikan selaras dengan hubungan baik antara Tabung Haji dan Kementerian Haji Arab Saudi, di samping disiplin terbaik jemaah dari Malaysia sepanjang mengerjakan umrah dan haji sebelum ini, katanya.

"Saya nasihatkan jemaah kita supaya jangan rosakkan keistimewaan ini dengan melakukan perbuatan yang dilarang, sehingga boleh menyulitkan jemaah haji dari Malaysia yang akan datang," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata demikian semasa dirujuk mengenai langkah ketat yang dilaksanakan kerajaan Arab Saudi bagi melicinkan urusan ibadah haji di musim haji, terutama di Masjid Nabawi, Madinah dan Masjidil Haram, Makkah. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Setiausaha Agung MCA ingatkan ahli berhati-hati dengan khabar angin

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Kong Cho Ha hari ini mengingatkan anggota parti itu supaya berhati-hati dengan khabar angin dan laporan tidak sah yang tersebar, bagi mengelakkan mereka termasuk perangkap pembangkang pada pilihan raya umum ini.

"Kita sebaliknya mesti merujuk semua maklumat kepada fakta yang diumum jawatankuasa pusat parti," katanya dalam kenyataan, di sini.

Kong berkata, semua ahli MCA mesti bersatu hati dan fikiran bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 ini.

"Rakan-rakan seperjuangan sekalian, pada masa yang penting ini kita mesti mengetepikan segala perbezaan dan salah faham untuk bekerja sebagai satu pasukan demi kebaikan MCA dan Barisan Nasional, supaya kita dapat membawa kemenangan besar kepada Barisan Nasional," katanya. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Polis siasat pengedar dan pemilik video lucah dikaitkan dengan pemimpin pembangkang

Georgetown: Polis akan melakukan siasatan menyeluruh terhadap dua individu yang disyaki mengedar dan memiliki rakaman video lucah yang dikaitkan dengan pemimpin pembangkang.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata dua individu terbabit disiasat atas dakwaan mengedar dan memiliki video lucah.


15.09 | 0 komentar | Read More

Tindakan PAS sita bangunan pondok An Najmiah aniaya pendidikan Islam: Muhyiddin

Written By Unknown on Kamis, 11 April 2013 | 15.09

PAGOH: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menyifatkan tindakan PAS menyita bangunan Pondok An Najmiah, sebagai penganiayaan kepada pendidikan Islam.

Katanya, hanya kepada sekolah itu menyokong kerajaan pusat, tidak sepatutnya soal pendidikan Islam dijadikan mangsa.

"Ini soal pendidikan Islam dan seperti pendidikan lain, tak kira siapa, PAS ke UMNO ke, kita mesti beri sokongan.

"Jika disekat dan dihalang apakah tujuan untuk tidak membolehkan sekolah itu dikendalikan hanya kerana tok guru sekolah itu sekarang ini penyokong BN (Barisan Nasional), sekarang dia dihukum dengan disekat daripada melaksanakan projek ini.

"Ini dilihat satu penganiayaan, ini satu kerugian kepada rakyat Kelantan dan memperlihatkan sikap tidak prihatin kerajaan PAS terhadap pendidikan Islam hanya kerana sekolah itu tidak menyokong mereka dan menyokong BN," katanya.

Beliau berkata demikian berucap pada Majlis Perasmian Bangunan Baru Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Lanadron di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan Majlis Daerah Tumpat menyita projek pembinaan sekolah itu dengan alasan dibina tanpa kelulusan pihak majlis.


15.09 | 0 komentar | Read More

Chua Soi Lek sahkan tidak bertanding PRU-13

KUALA LUMPUR: Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mengesahkan tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) bagi memberi peluang kepada muka baru.

Dalam kenyataannya, beliau berkata, MCA akan menampilkan lebih ramai calon baru bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen pada PRU-13.

"Langkah itu untuk memberi nafas baru kepada parti selain memberi peluang kepada pemimpin muda yang berkredibiliti," katanya.
15.09 | 0 komentar | Read More

Ceroboh Sabah: 4 lelaki warga Filipina didakwa di Semporna

SEMPORNA: Empat lagi lelaki warga Filipina hari ini didakwa di Mahkamah Majistret Semporna dan Lahad Datu atas pertuduhan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong dan menjadi ahli kumpulan pengganas.

Di Mahkamah Majistret Semporna yang bersidang khas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna, tiga lelaki didakwa terhadap dua pertuduhan iaitu melancarkan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong dan menjadi ahli kumpulan pengganas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati dan menjadi ahli kumpulan pengganas di bawah Seksyen 130KA kanun sama yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan boleh didenda jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh Al Wazir Osman @ Abdul, Tani Lahad Dahi dan Abd Hadi Mawan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Amelati Parnel.

Di Mahkamah Majistret Lahad Datu yang bersidang khas di IPD Lahad Datu pula seorang lelaki didakwa atas dua pertuduhan yang sama.

Tiada pengakuan direkodkan daripada Julham Rashid, 65, ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Lahad Datu, Rajalingam a/l
S.S.Maniam yang bersidang sebagai Majistret.
Kesemua pertuduhan itu dibacakan dalam bahasa Suluk.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Lahad Datu Shukor Abu Bakar. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

BN sudah ada calon yang layak di kerusi panas: Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata kepimpinan tertinggi UMNO dan Barisan Nasional (BN) mempunyai calon yang sesuai dan layak untuk bertanding mana-mana kerusi panas ketika Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

"Nama-nama untuk menentang orang kuat pembangkang juga sudah disediakan selain nama-nama untuk kawasan panas.

"Ada beberapa kawasan panas yang telah kita kenal pasti dan namun itu tidakmenjadi masalah (meletakkan calon)," katanya.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata senarai calon BN bagi PRU13 dijangka diumumkan minggu ini.

Sebelum ini dilaporkan pembangkang meletakkan beberapa nama besar mereka untuk kononnya cuba merampas kerusi milik BN seperti di Putrajaya, Gelang Patah dan Pulai.

Ahmad Zahid berkata, tindakan pembangkang untuk menamakan calon-calon utama mereka itu hanyalah perang psikologi dalam dunia politik sedangkan UMNO dan BN sudah lama bersiap siaga menghadapi mereka di kancah PRU13 kelak.

Rata-rata penganalisis politik turut berpendapat kebiasaannya BN akan menyiapkan senarai calon untuk kawasan lain sebelum memberi tumpuan khusus kepada kawasan panas atau kawasan yang bakal ditentang calon utama pembangkang.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata, pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) termasuk yang berada di medan hadapan negara bersiap siaga menghadapi PRU13 ini selain menjalankan tanggungjawab utama mereka menentang musuh negara.

"Baru-baru ini saya ke Lahad Datu, Sabah dan menemui polis dan tentera yang bertugas di medan hadapan. Mereka setia bertugas. Mereka ialah harapan kita.

"Kita meletakkan keyakinan penuh atas kemampuan dan profesionalisme mereka. Saya yakin negara bergantung harap kepada mereka walaupun apa juasituasi berlaku," katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam mengumumkan penamaan calon pada 20 April manakala pengundian PRU13 ditetapkan pada Ahad, 5 Mei. Sebagai langkah transformasi, sistem Undi Pos, PRU13 akan menyaksikan anggota Polis dan Tentera beserta pasangan mereka akan mengundi tiga hari lebih awal daripada tarikh pengundian biasa.

Untuk PRU13 ini sebanyak 161,251 orang tentera dan pasangan, dan 111,136 anggota polis dan pasangan serta anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) akan mengundi.

- BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Bayaran tunaikan haji kekal walaupun kos sebenar meningkat

JEDDAH: Bayaran haji kekal RM9,980 walaupun kos sebenar mengerjakan ibadah haji tahun ini dijangka meningkat.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Ismee Ismail menganggarkan tahun ini TH akan membiayai RM5,575 tiap seorang jemaah muasassah berbanding RM5,100 tiap seorang pada tahun lepas, bagi membolehkan bayaran haji kekal pada RM9,980 seperti tahun sebelumnya.

Beliau berkata, pembangunan semasa projek perluasan kawasan sekitar Masjidil Haram di kota Mekah menyaksikan pihak TH terpaksa menyewa beberapa bangunan baharu, sekali gus meningkatkan kos sebenar haji.

Katanya, selaras dengan pelaksanaan projek berkenaan, beberapa bangunan, termasuk yang disewa oleh TH untuk jemaah di musim haji lepas, sudah dirobohkan, menjadikan bangunan yang ditawarkan buat jemaah pada musim haji nanti semakin berkurangan dan lazimnya pengurangan itu akan mengakibatkan kos bagi menyewa bangunan baharu.

Beliau berkata demikian pada persidangan media selepas mengambil bahagian dalam perbincangan antara TH dan Kementerian Haji Arab Saudi di sini, Rabu.

Ismee berkata, soal penginapan para jemaah haji Malaysia ketika ini hampir diselesaikan oleh TH dan pihaknya sedang menguruskan beberapa urusan lain yang penting seperti penerbangan jemaah dan sebagainya.

Beliau berkata, biasanya soal penerbangan tidak membabitkan banyak masalah apabila pihaknya mendapatkan kerjasama baik daripada dua syarikat penerbangan utama untuk membawa jemaah ke tanah suci, iaitu Malaysia Airlines dan Saudi Air.
Difahamkan ketika ini surat-surat tawaran untuk mengerjakan haji musim ini sudah disampaikan kepada semua jemaah yang berkenaan, dan mereka sudah mula menghadiri kursus-kursus asas haji. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Calon BN akan diumum beberapa hari lagi: Najib

Written By Unknown on Rabu, 10 April 2013 | 15.09

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) akan mengumumkan senarai calonya bagi Pilihan Raya Umum ke-13 dalam tempoh beberapa hari lagi, kata Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Perjumpaan Khas bersama Pengerusi BN negeri di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, sebentar tadi.


15.09 | 0 komentar | Read More

Calon kalah pada PRU-12 tapi bekerja kuat dipertimbangkan: Najib

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata calon yang kalah pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-13) berpeluang untuk dipertimbangkan pada PRU-13 ini mengikut kesesuaian calon itu sendiri.

"Jika calon itu kalah pada 2008 tetapi dia masih kerja kuat untuk parti dan diterima masyarakat, masih ada peluang untuk dipertimbangkan," katanya dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Perjumpaan Khas bersama Pengerusi BN negeri di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, sebentar tadi.

Perdana Menteri berkata, berkata matlamat utama pada pilihan raya kali ini adalah proses ke arah membentuk sebuah kerajaan yang kuat.

Pengerusi BN itu berkata, jika semua ahli parti komponen faham mengapa pilihan raya diadakan, maka tiada pertimbangan lain yang akan diambil kira.

"Mahu tidak mahu kita harus tubuhkan kerajaan yang kuat di peringkat nasional dan negeri," katanya dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Perjumpaan Khas bersama Pengerusi BN negeri di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini , sebentar tadi.

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata calon yang kalah pada Pilihanraya Umum Ke-12 mempunyai peluang untuk dipertimbangkan mengikut kesesuaian calon itu sendiri.
"Jika calon itu kalah pada 2008 tetapi dia masih kerja kuat untuk parti dan diterima masyarakat, masih ada peluang untuk dipertimbangkan," katanya dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Perjumpaan Khas bersama Pengerusi BN negeri di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, sebentar tadi.


15.09 | 0 komentar | Read More

Bekas pemimpin pembangkang boleh guna lambang BN atau Bebas

KUALA LUMPUR: Bekas pemimpin pembangkang yang mungkin dipilih untuk bertanding mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) boleh menggunakan lambang parti itu, kata Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak.

"Terdapat kebebasan kepada calon itu untuk menggunakan lambang bebas pada PRU kali ini," katanya dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Perjumpaan Khas bersama Pengerusi BN negeri di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini , sebentar tadi.

Beliau menegaskan, BN akan menggunakan acuan PRU 2008 sebagai panduan bagi menentukan senarai kerusi dan pemilihan calon.

"Acuan 2008 ini disesuaikan untuk mengukuhkan peluang kemenangan BN pada pilihan raya kali ini," katanya.

Beliau juga berkata, perlu wujud faktor perseimbangan di antara ahli parti dan sayap komponen BN dalam pemilihan calon bagi menghadapi PRU-13.

Sehubungan itu, katanya, semua ahli parti komponen perlu memahami bahawa proses pembahagian kerusi dan calon adalah proses yang rumit dan pasti tidak akan memuaskan hati semua pihak.

Perdana Menteri berkata, matlamat utama pada pilihan raya kali ini adalah proses ke arah membentuk sebuah kerajaan yang kuat.
Katanya, jika semua ahli parti komponen faham mengapa pilihan raya diadakan, maka tiada pertimbangan lain yang akan diambil kira.

"Mahu tidak mahu kita harus tubuhkan kerajaan yang kuat di peringkat nasional dan negeri," katanya.


15.09 | 0 komentar | Read More

Najib bayangkan ada pertukaran kerusi antara komponen BN

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak membayangkan terdapat pertukaran kerusi antara parti komponen Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum kali ini.

"Pertukaran ini hanya membabitkan satu atau dua kerusi saja," katanya dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Perjumpaan Khas bersama Pengerusi BN negeri di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini , sebentar tadi.


15.09 | 0 komentar | Read More

PRU-13 pilihan raya umum terbaik, azam SPR

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah melakukan yang terbaik untuk memastikan pengendalian Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) adalah yang terbaik.

Sambil menolak tanggapan kononnya PRU13 bakal menjadi pilihan raya paling kotor, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof hari, pihaknya membuat perancangan teliti, di samping memperkenalkan banyak pembaharuan ke arah menjadikannya yang terbaik.

Antara pembaharuan diperkenalkan ialah pengundian awal untuk anggota polis, tentera, pengamal media dan rakyat Malaysia di luar negara serta penggunaan dakwat kekal untuk mengelak pemilih berdaftar mengundi lebih daripada sekali.

"Jika berlaku sedikit 'kotor' di sana, sini, ia bukan disebabkan oleh SPR, parti politik, penyokong mesti menghormati undang-undang, mesti mematuhi garis panduan, mesti mematuhi tata etika (pilihan raya).

"Saya harap semua parti politik, pemimpin parti politik menasihatkan anggota dan penyokong anda supaya bersikap rasional dan tidak terlalu emosional. Patuhi undang-undang, patuhi peraturan dan patuhi nasihat polis dan SPR," katanya pada sidang media khas di Ibu Pejabat SPR di sini, hari ini.


15.09 | 0 komentar | Read More

Kerajaan akan lancar Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia

Written By Unknown on Selasa, 09 April 2013 | 15.09

JOHOR BAHRU: Kerajaan akan melancarkan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) tidak lama lagi yang menyediakan rumah mampu milik kepada penjawat awam.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa, berkata perumahan itu akan dibina di atas tanah kerajaan dan ditawarkan pada harga antara 20 dan 30 peratus lebih rendah berbanding pasaran.

"Sebagai projek perintis, sebanyak 10,000 unit kediaman berkenaan akan dibina di Putrajaya dan akan dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak lama lagi.

"Kita juga akan mencari tanah milik kerajaan yang sesuai di bandar besar lain, termasuk di Johor Baharu untuk tujuan berkenaan," katanya pada Perjumpaan Bersama Penjawat Awam di Johor di Pusat Islam, di sini hari ini.

Katanya, PPA1M bertujuan membantu penjawat awam membeli rumah di bandar besar yang pada masa kini berada di luar jangkauan kuasa membeli mereka.

"Harga rumah mampu milik akan ditawarkan dalam lingkungan RM150,000 hingga RM300,000 dengan keluasan antara 1,000 hingga 1,500 kaki persegi serta dilengkapi segala kemudahan asas yang diperlukan," katanya. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Lebih banyak kekayaan dijana jika BN terus diberi mandat: Najib

IPOH: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata lebih banyak kekayaan dapat dijana untuk dikongsi pelbagai kaum di negara ini jika Barisan Nasional (BN) terus diberi mandat pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Katanya, melalui falsafah kesederhanaan, kerajaan BN melalui perkongsian kuasa yang mewakili pelbagai kaum, berjaya memastikan rakyat hidup dalam keadaan aman dan harmoni sekali gus ekonomi dapat berkembang dengan pesat.

"Akan ada lagi yang terbaik. Kami telah memberikan sekian banyak. Dengan mandat kukuh yang diberikan kepada kerajaan, kami boleh melakukan yang lebih baik lagi pada masa akan datang. Saya boleh menjanjikan itu pada anda... saya tanya pada diri saya sendiri apa lagi yang kaum Cina mahukan?

"Mereka mahukan ini... mereka mahu keselamatan, mereka mahukan keharmonian. Apa lagi yang mereka mahukan? Mereka mahu kerajaan yang adil dan saksama," katanya ketika berucap pada majlis jamuan tengah hari perdana menteri bersama pertubuhan bukan kerajaan Perak di Dewan Tokong Tow Boh Keong di sini, hari ini.

Beliau berkata, semua itu akan dapat dilaksanakan jika BN terus diberikan kepercayaan dengan mandat yang lebih besar. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Husam tanding di Putrajaya, Mat Sabu di Pendang

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan PAS akan mempertaruhkan Naib Presiden parti itu, Datuk Husam Musa bertanding di Parlimen Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Timbalan Presiden, Mohamad Sabu pula bertanding di kerusi Parlimen Pendang di Kedah manakala dua lagi Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar kekal di Pokok Sena dan Salahudin Ayub di Parlimen Pulai.

Perkara itu diumumkan Hadi pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pusat di sini, sebentar tadi.
15.09 | 0 komentar | Read More

Raja Nong Chik bidas Malaysiakini putar belit fakta

KUALA LUMPUR: Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin hari ini membidas portal berita Malaysiakini kerana memutar belit fakta berhubung pembabitannya dalam syarikat luar pesisir RZA International Corporation.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar itu dalam kenyataan medianya, berkata walaupun fakta sebenar sudah diberi kepada pihak portal berita berkenaan, mereka tetap memutar belit fakta sehingga mencemarkan nama beliau dan keluarga.

"Malaysiakini telah memburuk dan mencemar nama baik bapa saya dengan menggambarkan beliau terbabit dengan 'wang haram', 'pengelakan cukai' dan 'transaksi tidak sah' semata-mata untuk memberi kelebihan kepada calon mereka dalam pilihan raya umum akan datang.

"Ini jelas menunjukkan sikap tidak beretika dan niat jahat Malaysiakini dengan memutar belit fakta dalam pelaporan mereka yang seterusnya merupakan satu percubaan untuk mendapatkan kelebihan politik," katanya.

Portal berita itu menerusi laporan bertajuk 'Politicians among 1,500 who own offshore companies' yang bertarikh 5 April lalu, antara lain mendakwa Raja Nong Chik menubuhkan RZA International Corporation bersama bapanya Raja Zainal Abidin Raja Haji Tachik, beberapa adik-beradiknya dan juga anggota keluarga yang lain.

Mengulas perkara itu, Raja Nong Chik berkata, pada 2 April lalu beliau sudah menjelaskan kepada Malaysiakini bahawa RZA International Corporation ditubuhkan oleh bapanya pada 21 Ogos 2007, iaitu sebelum beliau menjadi menteri.

"Pada Ogos 2007, sebelum saya menjadi Menteri Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar, bapa saya telah membuat keputusan untuk mengagihkan saham RZA International Corporation kepada ibu, adik-beradik, anak-anak arwah abang saya dan juga kepada saya," katanya.
Menurut Raja Nong Chik, syarikat yang bertujuan membuat pelaburan luar pesisir untuk keluarga sendiri itu bagaimanapun ditutup pada Disember 2008 atas arahan bapanya, tanpa membuat sebarang pelaburan.

"Untuk rekod saya tidak pernah menjadi pengarah atau pemegang saham mana-mana syarikat luar pesisir yang lain," katanya. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Rafizi mohon mahkamah tolak saman fitnah Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR: Pengarah strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Rafizi Ramli memohon Mahkamah Tinggi di sini supaya menolak writ saman yang difailkan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi terhadapnya.

Menerusi pernyataan pembelaan yang difailkan 5 April lalu, Mohd Rafizi menafikan bahawa beliau telah memfitnah Ahmad Zahid berhubung satu artikel di dalam laman blognya.

Pernyataan pembelaan itu diserahkan kepada pemberita hari ini. Menerusi pernyataan tersebut Mohd Rafizi berkata beliau bertanggungjawab membangkitkan pelbagai isu yang dipersoalkan rakyat kerana dikhuatiri menjejaskan kepentingan awam.

Sementara itu, peguam Datuk Saseedharan Menon yang mewakili Ahmad Zahid memberitahu pemberita bahawa Pesuruhjaya Kehakiman Lee Heng Cheong menetapkan 21 dan 22 Ogos untuk perbicaraan kes itu.

Pada 25 Jan lalu, Ahmad Zahid memfailkan saman tersebut dan mendakwa Mohd Rafizi menerbitkan artikel fitnah itu di laman blog miliknya iaitu RafiziRamli dotcom.

Ahmad Zahid berkata artikel itu adalah tidak benar, palsu dan ditulis dengan niat jahat bagi memberi gambaran negatif berkenaan diri dan pekerjaannya untuk dibaca orang awam.
Ahmad Zahid menuntut ganti rugi am dan khas, ganti rugi teladan, penarikan penuh segala kata-kata fitnah serta meminta maaf dalam format yang diberikan Ahmad Zahid dan diiklankan dalam empat akhbar tempatan dalam empat bahasa selama dua hari.

Beliau juga menuntut perintah supaya defendan mengeluarkan artikel berkenaan daripada blog miliknya, perintah larangan daripada mengulangi atau menerbitkan semula termasuk di ceramah, perhimpunan dan kempen pilihan raya. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Pembubaran DUN Terengganu menyusul dalam tempoh terdekat: MB

Written By Unknown on Rabu, 03 April 2013 | 15.09

KUALA TERENGGANU: Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu akan dibubar dalam tempoh terdekat, susulan pengumuman pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, jam 11.30 pagi tadi.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, berkata pembubaran DUN Terengganu akan menyusul selepas mendapat perkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin yang dijadual berangkat pulang dari luar negara malam ini.

Beliau yang ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan EXCO terakhir di Wisma Darul Iman di sini, tengah hari tadi, beliau akan mendapatkan tarikh sesuai dalam masa terdekat bagi tujuan itu.

Tarikh wajib bagi pembubaran DUN Terengganu ialah pada 5 Mei 2013.


15.09 | 0 komentar | Read More

Kronologi pencapaian Najib sepanjang empat tahun pentadbirannya

KUALA LUMPUR: Berikut ialah antara pembaharuan yang dibawa dan pencapaian yang dilakar Datuk Seri Najib Razak sepanjang empat tahun berkhidmat sebagai Perdana Menteri keenam Malaysia, sejak dilantik pada 3 April 2009: 1. KESEJAHTERAAN RAKYAT/ PRODUK 1MALAYSIA --------------------------------------

* 5 April 2009 - Memperkenal konsep 1Malaysia: Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.
* 11 Julai 2009 - Sempena genap 100 hari menjadi perdana menteri, Najib umum 11 langkah mesra rakyat antaranya penubuhan Tabung Amanah Saham 1Malaysia.
* 7 Januari 2010 - Menubuhkan Klinik 1Malaysia untuk golongan berpendapatan rendah menjalani rawatan dengan bayaran RM1.
* 31 Januari 2010 - Menubuhkan Tabung Penyelenggaraan Satu Malaysia (TP1M) dengan peruntukan RM37.6 juta.
* 28 Januari 2010 - Memperkenal Program 1AZAM (Akhiri Zaman Miskin) bertujuan membina keupayaan golongan ini dan mewujudkan peluang pekerjaan melalui gabungan pekerjaan dan keusahawanan.
* 19 Februari 2011 - Lancar Program Transformasi Kedai Runcit Kecil (Tukar) sebagai usaha memodenkan peruncit kecil dan sekaligus membantu mereka meningkatkan daya saing.
* 4 Julai 2011 - Lancar fasa pertama Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA) yang melibatkan pembinaan 42,000 unit rumah di 20 tapak strategik di seluruh negara. PR1MA ditujukan khusus kepada warganegara Malaysia yang berpendapatan sederhana tetapi tidak melebihi daripada RM6,000 sebulan tanpa mengira mereka yang bekerja dengan kerajaan, swasta atau pun bekerja sendiri. Najib pada 10 Mac 2013 mengumumkan pembinaan 80,000 unit Rumah Mampu Milik untuk golongan berpendapatan sederhana di Lembah Klang dan Wilayah Persekutuan.
* 22 Jun 2011 - Membangunkan Kedai Rakyat 1Malaysia (sehingga 28 Feb 2013, terdapat 87 KR1M dan kerajaan menyasarkan 90 lagi KR1M beroperasi tahun ini)
* 7 Julai 2011 - Menu Rakyat 1Malaysia diperkenal dengan harga siling RM2 dan juadah tengah hari pada harga RM4 (Sebanyak 3,572 premis menawarkan menu itu).
* 7 Julai 2011 - Lancar projek My Rapid Transit (MRT), kaedah pengangkutan utama Malaysia ke arah memperkukuh sistem pengangkutan awam negara.
* 7 Oktober 2011 - Dalam pembentangan Belanjawan 2012, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 diberi kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan ke bawah.
* 19 Disember 2011 - Lancar televisyen Internet dan mobil pertama negara, 1Malaysia TV.
* 18 Februari 2012 - Menubuhkan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) pertama di Gopeng, Perak dan beberapa lagi dibuka di Kelantan, Melaka dan Pahang.
* 23 Jun 2012 - Lancar Pusat Transformasi Bandar (UTC) pertama di Melaka dan pada 22 September tahun yang sama, sebuah lagi UTC dibuka di Pudu Sentral.
* 24 Jun 2012 - Lancar program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma) dengan insentif hampir RM35 juta untuk golongan pemandu teksi.
* 7 Julai 2012 - Memperkenal Pelan Induk Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) bagi membawa pembangunan PKS ke peringkat lebih tinggi menerusi peningkatan produktiviti.
* 14 Julai 2012 : Lancar Kedai Kain Rakyat 1Malaysia (KKR1M) sebagai usaha berterusan kerajaan membantu meringankan beban rakyat.
* 15 Julai 2012 - Lancar 1Malaysia For Youth (1M4U), program kesukarelawan dalam kalangan rakyat berbilang kaum berteraskan gagasan 1Malaysia.
* 7 Ogos 2012 - Memperkenal kad '1Malaysia Privilege Card' khusus buat 241,000 anggota dan pegawai polis dan tentera.
* 28 September 2012 - Melaksanakan pemberian pusingan kedua Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan diperluas kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas.
* 12 November 2012 - Memperkenal Pusat Panggilan 1Malaysia (1MOCC) yang beroperasi 24 jam sehari bagi melonjakkan perkhidmatan awam ke tahap bitara.
* 15 Februari 2013 - Lancar Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KARISMA @Hati Rakyat) inisiatif terbaharu bagi membantu rakyat berpendapatan rendah dan miskin dengan peruntukan sebanyak RM50 juta diagihkan kepada 200,000 penerima.
* 19 Mac 2013 - Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dijadikan inisiatif tahunan.
* 16 Mac 2013 - Mini UTC pertama dibuka di Kompleks Perniagaan dan Komuniti Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur.

2. HAK ASASI DAN KESELAMATAN NEGARA
--------------------------------
* 3 April 2009 - Mengumumkan pembebasan 13 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri serta membuat kajian semula akta itu. (dalam perutusan sulungnya menerajui kerajaan)
* Pada tarikh yang sama, Najib mengumumkan kerajaan menarik balik larangan penerbitan akhbar Harakah dan Suara Keadilan yang digantung sebulan sebelum itu.
* 9 Julai 2009 - Tidak membenarkan negara dan sistem perbankannya digunakan bagi transaksi pencambahan senjata nuklear.
* 15 September 2011 (Sempena Hari Malaysia 16 Sept)- Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selain mengkaji semula secara komprehensif Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta Seksyen 27 Akta Polis 1967.
* 5 Oktober 2011 - Memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 (Akta 79) setelah tidak diguna pakai sejak 34 tahun lepas, mansuh Akta Kediaman Terhad 1933, umum pembebasan serta merta kesemua 125 individu yang ditahan mengikut akta itu, lebih 200 waran yang belum diserahkan, dibatalkan.
* 24 November 2011 - Membentang Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 di Dewan Rakyat yang antara lain keperluan untuk mendapatkan lesen perhimpunan akan dihapuskan.
* 24 November 2011 - Mansuh tiga Proklamasi Darurat 1966, 1969 dan 1977. Bebaskan 36 tahanan di bawah Ordinan Darurat.
* 19 April 2012 - Pindaan Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1974 diluluskan di Dewan Rakyat, yang memberi kelonggaran kepada mahasiswa mencapai usia 21 tahun untuk berpolitik.
* 28 September 2012 - Ketika pembentangan Belanjawan 2013, kerajaan bersetuju menubuhkan 1,000 Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dengan peruntukan RM20 juta.
* 28 September 2012 - Pemberian sumbangan RM1,000 secara sekali bayar kepada bekas tentera yang bersara kurang daripada 21 tahun perkhidmatan serta tidak berpencen. Seramai 224,000 bekas tentera mendapat manfaat.
* 15 Disember 2012 - Memperkenal Program Pengiktirafan Veteran 1Malaysia untuk kebajikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
* 7 Mac 2013 - Perdana menteri beri amaran kepada penceroboh Sulu yang masih bersembunyi di Sabah bahawa mereka tiada pilihan lain selain meletak senjata dan menyerah diri.
* 11 Mac 2013 - Penyerataan pangkat-pangkat dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia dengan Perkhidmatan Awam Am.
* 25 Mac 2013 - Mewujudkan Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE) meliputi 10 daerah sebagai memberi asas perundangan kepada Eastern Sabah Security Command (ESSCOM).
* 30 Mac 2013 - Najib umum penambahan 1,000 lagi unit URB.

3. PENTADBIRAN
-----------
* 9 April 2009 - Najib memperkenal Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi menilai prestasi anggota kabinetnya -- menteri dan timbalan menteri -- dalam mencapai matlamat pentadbirannya "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".
* 18 Julai 2009 - Melakukan pembaharuan dalam sektor perkhidmatan awam dengan cadangan jawatan utama sektor itu dibuka kepada sektor swasta dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) selain Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD).
* 27 Julai 2009 - Memperkenal Penunjuk Prestasi Utama (KPI) enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan melantik Datuk Idris Jala sebagai Ketua Eksekutif (CEO) Unit Pengurusan Prestasi dan Penyampaian (Pemandu).
(Bidang utama pada KPI itu ialah -- mengurangkan jenayah, membanteras rasuah, membuka luas peluang pendidikan yang termampu dan berkualiti, meningkatkan taraf kehidupan masyarakat miskin, menambah baik infrastruktur di luar bandar dan menambah baik pengangkutan awam)
* 27 Januari 2010 - Perdana menteri lancar pelan induk pelaksanaan GTP yang berkaitan dengan enam NKRA.
* 8 Februari 2010 - Najib garis empat tonggak utama untuk dilaksanakan oleh pentadbiran awam bagi menjayakan agenda negara sepanjang tahun itu, iaitu Ggagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan; Program Transformasi Kerajaan (GTP); Model Ekonomi Baharu dan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10).
* 23 Februari 2010 - Umum peruntukan sebanyak RM3.4 bilion kepada Sarawak menerusi NKRA bagi merancakkan semua projek pembangunan di negeri itu terutamanya di kawasan luar bandar.
* 23 Februari 2010 - Umum peruntukan khas RM35 juta untuk tiga projek memajukan kehidupan rakyat di empat skim penempatan semula Kawasan Pemerintah Keselamatan Rajang (Rascom) di Sibu Sarawak.
* 4 April 2011 - Perdana menteri mahu setiap anggota pentadbiran awam terap empat elemen penting yang terkandung dalam 'Strategi Lautan Biru Kebangsaan' dalam pengurusan tugas mereka, iaitu 'mengurang', 'menghapus', 'mewujud' dan 'menambah peluang'.
* 28 September 2012 - Tambahan bonus sebulan gaji bagi penjawat awam yang bayaran pertama akan dibuat pada Disember 2012, manakala sebulan lagi pada Januari 2013 dan bayaran RM500 kepada pesara kerajaan.
* 26 Ogos 2012 - Memperkenal Strategi Lautan Biru Kebangsaan 7 (NBOS 7) iaitu inisiatif menghubungkan antara UTC dan RTC supaya melaluinya produk makanan dan hasil pertanian boleh dibawa ke bandar secara berskala besar.
* 19 Mac 2013 - Pembentangan laporan tahunan Program Transformasi Negara (sebahagian besar matlamat GTP dan ETP berjaya dicapai)
* 25 Mac 2013 - Meluluskan tuntutan Dana Pencen, imbuhan tetap perumhan, pembayaran sagu hati tamat perkhidmatan dan penyelarasan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada tujuh agensi Badan Berkanun yang Diasingkan Saraan (BBDS).

4. EKONOMI DAN KEWANGAN
--------------------

* 10 Mac 2009 - Mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua dan mekanisme pelaksanaannya.
* 22 April 2009 - Melakukan liberalisasi ke atas 27 sub sektor perkhidmatan.
* 27 April 2009 - Mengumumkan liberalisasi sektor kewangan negara.
* 27 April 2009 - Malaysia menjadi negara pertama mempunyai institusi kewangan Islam mega dengan modal berbayar sekurang-kurangnya AS$1 bilion.
* 15 Mei 2009 - Sebuah institut jaminan kewangan, Danajamin Nasional Berhad ditubuhkan bagi memudahkan syarikat mendapat akses lebih baik kepada pasaran bon Malaysia.
* 24 Jun 2009 - Najib syor supaya diwujudkan entiti Baitulmal di peringkat kebangsaan bagi menyelaras harta milik orang Islam Malaysia.
* 30 Jun 2009 - Najib mengumumkan garis panduan pelaburan secara komprehensif iaitu Garis Panduan Pelabur Asing (FIC).
* 1 Julai 2009 - Perdana menteri lancar Felda Global Ventures (Felda Global) yang menjadi jentera komersil bersepadu tunggal kumpulan Felda.
* 23 Oktober 2009 - Najib buat pertama kali membentangkan Bajet 2010 di Dewan Rakyat yang bertemakan `1Malaysia, Kemakmuran Bersama' dengan peruntukan RM191.5 bilion.
* 23 Disember 2009 - Memperkenal semula Cukai Keuntungan Hartanah Sebenar (RPGT) dari jualan hartanah tanpa mengira tahun hartanah itu dibeli.
* 30 Mac 2010 - Mengumumkan Model Ekonomi Baharu (MEB) yang menggariskan lapan inisiatif pembaharuan strategik.
* 10 Jun 2010 - Membentangkan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10).
* 25 Oktober 2010 - Lancar Program Transformasi Ekonomi (ETP) dengan 18 projek permulaan (EPP).
* 11 Januari 2011 - Umum 19 lagi EPP yang akan menjana pelaburan hampir RM67 bilion.

LUAR NEGARA
-----------

* 10 April 2009 - Mengetuai delegasi Malaysia sebagai Perdana Menteri ke Sidang Kemuncak Asean ke-14 dan Sidang Kemuncak berkaitan, di Pattaya, Thailand
* 3 Jun 2009 - Pemimpin negara luar pertama diberi penghormatan berucap di Great Hall of the People, Beijing, China sempena lawatan rasmi.
* 6 Oktober 2009 - Merupakan pemimpin Malaysia pertama dalam sejarah hubungan Malaysia dengan Unesco selama 50 tahun yang menyampaikan ucaptama pada sesi pembukaan persidangan Unesco di Paris, France.
* 30 September 2009 - Najib umum kerjasama ekonomi antara Malaysia dan Arab Saudi menerusi penubuhan syarikat usaha sama yang bermodalkan AS$2.5 bilion (RM8.65 bilion) bagi mengendalikan aliran pelaburan langsung asing (FDI) dari Asia Barat serta membuat pelaburan strategik dalam projek berimpak tinggi di negara ini.
* 26 Oktober 2009 - Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) antara Malaysia dan New Zealand dimeterai.
* 12 April 2010 - Mengadakan pertemuan empat mata dengan Presiden Barack Obama di Pusat Konvensyen Walter E.Washington di Washington, Amerika Syarikat.
* 27 September 2010 - Pada ucapan sulungnya di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di New York, Amerika Syarikat, Najib menggesa semua negara supaya "memilih kesederhanaan dan menolak ekstremism".
* 12 Julai 2011 - Mengadakan lawatan rasmi ke United Kingdom, dan telah menjemput ketua-ketua industri negara tersebut untuk meneroka peluang pelaburan di Malaysia.
* 18 Mei 2011 - Menghadiri "Invest Malaysia New York 2011" di New York, Amerika Syarikat dengan menarik pelaburan baru antara RM5 dan RM6 bilion pelaburan.
* 15 Oktober 2012 - Menjadi saksi kepada acara bersejarah permeteraian perjanjian damai antara kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) di Manila, Filippina.
* 22 Januari 2013 - Merupakan perdana menteri Malaysia pertama menjejak kaki di bumi Palestin sempena lawatan kemanusiaannya ke Gaza.

TEKNOLOGI DAN INOVASI
---------------------

* 24 Julai 2009 - menubuhkan Majlis Teknologi Hijau bagi mempromosi teknologi hijau dan amalannya.
* 15 September 2009 - mengumumkan Pasukan F1 1Malaysia yang dikendalikan anak tempatan dalam bidang pemotoran.
* 28 Oktober 2009 - Umum kajian semula Dasar Automotif Nasional (NAP) membabitkan 18 langkah baharu termasuk mewajibkan kenderaan penumpang berusia lebih 15 tahun membuat pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) sebagai syarat memperbaharui cukai jalan mulai tahun depan, memansuhkan sepenuhnya permit import (AP) terbuka kenderaan terpakai mulai 2016 dan AP francais menjelang 2021.
* 29 Oktober 2009 - Pusat Inovasi Negara (MyNIC) dan rangkaian Pusat Kecemerlangan Inovasi (iCoE) diwujudkan bagi menggalakkan kegiatan kreatif dan inovasi sebagai sumber komersial baru negara.
* 17 Disember 2009 - Najib mengumumkan komitmen Malaysia mengguna pakai petunjuk bagi pengurangan secara sukarela pelepasan karbon atau gas rumah hijau sehingga 40 peratus daripada intensiti Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2020 berbanding tahap 2005 pada Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2009 (COP 15) di Denmark.
* 26 Januari 2010 - melancarkan Skim Pembiayaan Teknologi Hijau (SPTH) yang merupakan komitmen kerajaan dalam memajukan sektor itu. Ia sejajar dengan akujanji Kuala Lumpur pada Sidang Kemuncak Perubahan Iklim, bagi mengurangkan pelepasan karbon dan gas rumah hijau sekali gus membantu memulihara persekitaran untuk generasi akan datang.
* 24 Mac 2010 - Umum empat insentif dalam Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI) untuk mentransformasi Malaysia daripada negara berpendapatan sederhana kepada negara maju.
* 10 November 2010 - Kerajaan mengumumkan langkah untuk meningkatkan nilai KDNK dengan menambah kadar penggunaan jalur lebar di negara ini sehingga mencapai tahap 50 peratus menjelang akhir tahun depan daripada hanya 24 peratus ketika ini.
* 8 September 2011 - Lancar Rangka Kerja dan Sistem Penilaian Bandar Raya Rendah Karbon bertujuan mengurangkan 40 peratus penghasilan karbon dioksida di bandar menjelang 2020.
* 7 Julai 2011 - Memperkenal Kelestarian Yang Dicapai Melalui Kecekapan Tenaga dengan pemberian rebat tunai RM200 kepada pengguna domestik yang membeli pendingin hawa dan peti sejuk yang diberi taraf 5-bintang.

POLITIK
-------

* 26 Mac 2009 - Diisytihar sebagai presiden Umno yang baharu, tanpa bertanding, pada Perhimpunan Agung Umno 2008 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
* 24 April 2009 - Dilantik sebagai pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor.
* 15 Ogos 2011 - Mengumumkan pembentukan Jawatankuasa Pemilih Parlimen yang dianggotai wakil kerajaan BN dan parti pembangkang bagi membincangkan reformasi pilihan raya.
* 29 November 2012 - Melancarkan buku bertajuk 'Transformasi Politik: Mendaulatkan Hak Asasi Serta Demokrasi Pemerintahan Rakyat untuk Rakyat', yang memperinci kewajaran setiap transformasi dilaksana kerajaan.
* 20 Februari 2013 - Menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International dan memperteguh komitmen beliau dalam memerangi rasuah terutama dalam pilihan raya umum ke-13.

PENGIKTIRAFAN DUNIA KEPADA MALAYSIA DI BAWAH PENTADBIRAN NAJIB
----------------------------------------------------------------
* Laporan Kemudahan Menjalankan Perniagaan 2011 oleh Bank Dunia, Malaysia tersenarai dalam kedudukan 20 teratas dan berkongsi kedudukan pertama di dunia dari segi kemudahan mendapatkan pinjaman perniagaan.
* Kajian Global Peace Index (GPI) 2011 mendapati Malaysia ialah negara ke-19 paling selamat daripada 153 negara di seluruh dunia. Malaysia juga diletakkan sebagai negara paling aman di Asia Tenggara dan keempat di Asia Pasifik selepas New Zealand, Jepun dan Australia.
* Laporan World Economic Forum 2012 menyaksikan Malaysia naik lima anak tangga dalam senarai daya saing ekonomi dunia berbanding tahun sebelumnya, menjadikan Malaysia antara 21 buah negara paling kompetitif ekonominya di dunia.
* Syarikat perunding A T Kearney iktiraf Malaysia sebagai negara 10 teratas dalam Indeks Keyakinan Pelaburan Langsung Asing bagi tahun 2012.
* World Bank Ease of Doing Business Report 2013 meletakkan Malaysia negara ke-12 paling mesra perniagaan di dunia.
* Laporan World Competitiveness Yearbook 2012/2013 mendapati Malaysia negara ke-14 paling berdaya saing.
* Malaysia sebagai negara ke-10 bagi destinasi menarik pelaburan langsung dalam Indeks Keyakinan Pelaburan Langsung Asing 2012.

PENDIDIKAN
----------
* 25 Januari 2010 - 20 daripada 10,000 sekolah dipilih sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).
* 7 Oktober 2011 - Memperuntuk bantuan tunai RM100 buat semua pelajar sekolah dan RM200 baucar buku untuk pelajar universiti.
* 11 September 2011 - Lancar Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2012-2025 yang menggariskan 11 anjakan strategik dan operasi untuk mengubah sistem pendidikan negara di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Kemudian, pada 30 Januari 2013, kabinet meluluskan laporan akhir pelan tersebut.

- BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More
techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger