Menerusi pernyataan pembelaan yang difailkan 5 April lalu, Mohd Rafizi menafikan bahawa beliau telah memfitnah Ahmad Zahid berhubung satu artikel di dalam laman blognya.
Sementara itu, peguam Datuk Saseedharan Menon yang mewakili Ahmad Zahid memberitahu pemberita bahawa Pesuruhjaya Kehakiman Lee Heng Cheong menetapkan 21 dan 22 Ogos untuk perbicaraan kes itu.
Pada 25 Jan lalu, Ahmad Zahid memfailkan saman tersebut dan mendakwa Mohd Rafizi menerbitkan artikel fitnah itu di laman blog miliknya iaitu RafiziRamli dotcom.
Ahmad Zahid berkata artikel itu adalah tidak benar, palsu dan ditulis dengan niat jahat bagi memberi gambaran negatif berkenaan diri dan pekerjaannya untuk dibaca orang awam.
Ahmad Zahid menuntut ganti rugi am dan khas, ganti rugi teladan, penarikan penuh segala kata-kata fitnah serta meminta maaf dalam format yang diberikan Ahmad Zahid dan diiklankan dalam empat akhbar tempatan dalam empat bahasa selama dua hari.
Beliau juga menuntut perintah supaya defendan mengeluarkan artikel berkenaan daripada blog miliknya, perintah larangan daripada mengulangi atau menerbitkan semula termasuk di ceramah, perhimpunan dan kempen pilihan raya. - BERNAMA
Anda sedang membaca artikel tentang
Rafizi mohon mahkamah tolak saman fitnah Ahmad Zahid
Dengan url
https://palingmutahir.blogspot.com/2013/04/rafizi-mohon-mahkamah-tolak-saman.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Rafizi mohon mahkamah tolak saman fitnah Ahmad Zahid
namun jangan lupa untuk meletakkan link
Rafizi mohon mahkamah tolak saman fitnah Ahmad Zahid
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar