Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar itu dalam kenyataan medianya, berkata walaupun fakta sebenar sudah diberi kepada pihak portal berita berkenaan, mereka tetap memutar belit fakta sehingga mencemarkan nama beliau dan keluarga.
"Ini jelas menunjukkan sikap tidak beretika dan niat jahat Malaysiakini dengan memutar belit fakta dalam pelaporan mereka yang seterusnya merupakan satu percubaan untuk mendapatkan kelebihan politik," katanya.
Portal berita itu menerusi laporan bertajuk 'Politicians among 1,500 who own offshore companies' yang bertarikh 5 April lalu, antara lain mendakwa Raja Nong Chik menubuhkan RZA International Corporation bersama bapanya Raja Zainal Abidin Raja Haji Tachik, beberapa adik-beradiknya dan juga anggota keluarga yang lain.
Mengulas perkara itu, Raja Nong Chik berkata, pada 2 April lalu beliau sudah menjelaskan kepada Malaysiakini bahawa RZA International Corporation ditubuhkan oleh bapanya pada 21 Ogos 2007, iaitu sebelum beliau menjadi menteri.
"Pada Ogos 2007, sebelum saya menjadi Menteri Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar, bapa saya telah membuat keputusan untuk mengagihkan saham RZA International Corporation kepada ibu, adik-beradik, anak-anak arwah abang saya dan juga kepada saya," katanya.
Menurut Raja Nong Chik, syarikat yang bertujuan membuat pelaburan luar pesisir untuk keluarga sendiri itu bagaimanapun ditutup pada Disember 2008 atas arahan bapanya, tanpa membuat sebarang pelaburan.
"Untuk rekod saya tidak pernah menjadi pengarah atau pemegang saham mana-mana syarikat luar pesisir yang lain," katanya. - BERNAMA
Anda sedang membaca artikel tentang
Raja Nong Chik bidas Malaysiakini putar belit fakta
Dengan url
https://palingmutahir.blogspot.com/2013/04/raja-nong-chik-bidas-malaysiakini-putar.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Raja Nong Chik bidas Malaysiakini putar belit fakta
namun jangan lupa untuk meletakkan link
Raja Nong Chik bidas Malaysiakini putar belit fakta
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar