PRU13: Impian jadi wakil rakyat bakal jadi kenyataan buat James Ratib

Written By Unknown on Minggu, 21 April 2013 | 15.09

BELURAN: Impian menjadi pemimpin di kawasannya sejak dari kecil lagi bakal menjadi kenyataan bagi Datuk James Ratib jika pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sugut memilihnya menjadi wakil rakyat pada 5 Mei nanti.

James, 45, berazam mahu menjadi wakil rakyat di DUN Sugut kerana mahu menyumbang untuk membangunkan kawasan itu dan membantu penduduk di kawasan itu terutama yang masih dalam keadaan miskin.

"Memang dari kecil lagi, saya menaruh harapan menjadi pemimpin di kawasan saya kerana melihat masih banyak perubahan perlu dilakukan terutama sekali bagi menyediakan bekalan alektrik dan air," katanya.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Beluran berkata, bekalan elektrik yang ada hanya meliputi lima peratus penduduk di kawasan Sugut dan tidak meliputi di kawasan kampung terpencil.

Bagi bekalan air pula, hasratnya adalah memastikan setiap rumah di Sugut menerima kemudahan itu dan pada masa sekarang, dua Loji Rawatan Air sedang giat dibina di Paitan dan Botition.

"Jika dipilih menjadi wakil rakyat, sudah tentu peluang yang diberikan itu akan saya gunakan dengan baik untuk melaksanakan impian membangunkan kawasan Sugut dan menjaga kebajikan rakyat," katanya kepada Bernama.

"Saya akan membuat perubahan drastik membangunkan Sugut untuk memastikan kawasan itu setaraf dengan kawasan lain yang membangun di negeri ini," katanya.
Sebagai calon muka baharu untuk DUN Sugut, James mengucapkan terima kasih kepada pucuk pimpinan BN negeri dan pusat kerana memilihnya bagi menggantikan wakil rakyat sebelum ini, Datuk Surady Kayong.

Katanya, beliau akan menggunakan peluang itu sebaiknya dan akan memastikan kemenangan BN bagi meneruskan agenda membangunkan DUN Sugut dan mewujudkan sosio-ekonomi penduduk di kawasan itu terutama yang masih dalam kategori miskin.

James meminta calon lain yang bertanding di DUN Sugut supaya membuktikan apa mereka mampu buat untuk membangunkan kawasan Sugut jika menjadi wakil rakyat kerana impiannya menjadi wakil rakyat semata-mata mahu membela nasib rakyat yang masih ramai jauh ketinggalan.

James dicabar lima calon dari Parti Keadilan Rakyat (Pagrios@Petrus Bin Zabang), Masiawan Kunching (Parti Reformasi Rakyat), Bebas (Abdul Rahman Atang) dan Datu Kamaruddin Mustapha (Bebas).

Pada PRU ke-12, Surady memenangi kerusi DUN Sugut dengan majoriti 2,535 undi. Kawasan itu mempunyai 9,675 pengundi. - BERNAMA


Anda sedang membaca artikel tentang

PRU13: Impian jadi wakil rakyat bakal jadi kenyataan buat James Ratib

Dengan url

https://palingmutahir.blogspot.com/2013/04/pru13-impian-jadi-wakil-rakyat-bakal.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

PRU13: Impian jadi wakil rakyat bakal jadi kenyataan buat James Ratib

namun jangan lupa untuk meletakkan link

PRU13: Impian jadi wakil rakyat bakal jadi kenyataan buat James Ratib

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger