"Mereka sudah gagal laksana tanggungjawab. Jalan mudah untuk menghentikan kemarahan rakyat adalah melalui tindakan undang-undang," katanya yang juga Ketua UMNO bahagian Kuala Kedah merujuk kes di DUN tersebut di mana pemimpin setempat menyaman pengundi berhubung isu jalan kampung, tahun lalu.
Mengenai pengalamannya, beliau berkata beliau pernah bertugas dengan tiga kementerian berkaitan perancangan ekonomi dan kewangan selama tujuh tahun dan jawatan terakhir yang disandangnya ialah selaku Pegawai Tugas-tugas Khas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mendedahkan beliau dengan banyak perkara penting.
"Saya pernah jadi peguam selama 10 tahun, nelayan dan juga pernah berniaga pakaian secara kecil-kecilan. Semua ini akan digunakan untuk membangunkan Kuala Kedah termasuk tiga DUN (Kubang Rotan, Anak Bukit dan Pengkalan Kundor) di dalam kawasannya.
"Selama lima tahun di bawah Pakatan Rakyat, penduduk Kuala Kedah berada dalam keadaan tertekan. Kebanyakan mereka merupakan nelayan yang hidup dalam kemiskinan kerana aduan mereka tidak dilayani dengan betul," tambahnya.
Beliau berkata, Kuala Kedah memiliki sumber manusia, namun ketidakupayaan PAS mentadbir menyebabkan tiada perancangan dilakukan untuk menjadikan Kuala Kedah bandar pelabuhan moden termasuk menaik taraf ekonomi penduduknya.
Latt Shariman berkata, beliau mahu menggalakkan penduduk Kubang Rotan terbabit dalam perniagaan serta menggiatkan aktiviti ekonomi yang mempunyai hubung kait dengan perikanan.
"Kubang Rotan juga berpotensi dijadikan hab pendidikan tinggi kerana berdekatan dengan bandaraya Alor Setar. Semua ini boleh menjadi kenyataan sekiranya BN memenangi PRU13 dengan cemerlang," katanya dan menambah keluarganya sudah bertapak di Kubang Rotan selama lapan generasi sejak 250 tahun lalu, yang merupakan kelebihan kepadanya untuk berkhidmat kepada rakyat di situ.
Kemampuan beliau bertutur Mandarin turut memberi kelebihan kepadanya untuk berinteraksi dengan masyarakat Cina.
Latt Shariman menyifatkan gandingan beliau dengan calon BN bagi kawasan Parlimen Kuala Kedah, Dr Zaki Zamani Abdul Rashid, Datuk Hashim Jahaya (calon DUN Anak Bukit) dan Nor Hasita Mat Isa (calon DUN Pengkalan Kundor) sebagai berupaya membawa pembangunan kepada rakyat Kuala Kedah. - BERNAMA
Anda sedang membaca artikel tentang
PRU13: Pemimpin mesti berani hadapi masalah
Dengan url
https://palingmutahir.blogspot.com/2013/04/pru13-pemimpin-mesti-berani-hadapi.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
PRU13: Pemimpin mesti berani hadapi masalah
namun jangan lupa untuk meletakkan link
PRU13: Pemimpin mesti berani hadapi masalah
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar