PRU13: Kerajaan akan teruskan peruntukan tahunan RM100 juta kepada sekolah Cina

Written By Unknown on Minggu, 21 April 2013 | 15.09

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata sokongan yang diterimanya daripada rakyat menjadikan beliau lebih bersemangat dan penuh berkeyakinan kerana sedar kerajaan melaksanakan pelbagai usaha untuk kaum Cina sejak bertahun-tahun lamanya.

"Saya pasti ini adalah hakikatnya terutama sekali dalam bidang pendidikan, dan kami akan meneruskan peruntukan tahunan RM100 juta bagi penyenggaraan dan penambahbaikan sekolah Cina.

"Lazimnya, makan bersama 60 orang akan dianggap sebagai jamuan besar-besaran. Malam tadi di Westport, Klang, saya berpeluang menikmati jamuan besar-besaran bersama-sama 60,000 orang," kata perdana menteri dalam laman Facebook beliau.

Beliau berkata, hubungan dua hala dengan China semakin bertambah kukuh.

Kerajaan mengiktiraf beberapa universiti di China dan Xiamen University sudah pun membuka kampus luar negaranya yang pertama di negara ini, katanya.

Najib berkata, perkataan 'negara' dalam bahasa Mandarin adalah 'Guo Jia' dan jika kedua-dua perkataan itu dipisahkan, 'Guo' bermaksud 'pertahanan' manakala 'Jia' pula 'keluarga'.

"Kedua-dua perkataan itu tersemat di sanubari BN pada masa parti gabungan ini terus mempertahankan keluarga 1Malaysia, sebuah keluarga yang terbentuk daripada pelbagai kaum dan agama, kesemuanya hidup dengan penuh harmoni.
"Saya meminta anda semua terus menyokong kami, agar kami dapat meneruskan kerja yang telah kami mulakan demi faedah rakyat dan negara," katanya. - BERNAMA


Anda sedang membaca artikel tentang

PRU13: Kerajaan akan teruskan peruntukan tahunan RM100 juta kepada sekolah Cina

Dengan url

https://palingmutahir.blogspot.com/2013/04/pru13-kerajaan-akan-teruskan-peruntukan.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

PRU13: Kerajaan akan teruskan peruntukan tahunan RM100 juta kepada sekolah Cina

namun jangan lupa untuk meletakkan link

PRU13: Kerajaan akan teruskan peruntukan tahunan RM100 juta kepada sekolah Cina

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger