LDP akan pertahan DUN Karamunting: Liew

Written By Unknown on Minggu, 14 April 2013 | 15.09

SANDAKAN: Parti Liberal Demokratik (LDP) akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Karamunting pada pilihan rayaumum ke-13 (PRU-13).

Ia sekali gus membolehkan mereka mendapatkan semula kerusi itu, yang sebelum ini penyandangnya, Datuk Pang En Yin, bertindak keluar daripada LDP dan menyertai Gerakan.

Presiden LDP, Datuk Liew Vui Keong, berkata sememangnya pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) pusat telah membuat keputusan bahawa DUN Karamunting dikembalikan kepada parti itu pada PRU-13.

Sehubungan itu, katanya seorang calon baru akan diletakkan di DUN berkenaan yang menepati kehendak pucuk pimpinan BN mahukan calon yang mampu menang.

"Sama-sama kita tunggu apabila Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan nama calon dijangka esok," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Notebook 1Malaysia kepada 61 murid cemerlang peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah daripada 10 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di sini, hari ini.

Pada pilihan raya umum ke-12 pada 2008, LDP ketika itu diwakili Naib Presidennya, Datuk Pang En Yin memenangi kerusi Karamunting.

Bagaimanapun pada Ogos 2010, Pang mengumumkan keputusannya untuk keluar LDP kerana tidak setuju dengan pendirian parti itu bahawa ia tidak dapat bekerjasama dengan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman.
Pang kemudian menyertai Gerakan.

Liew juga mengesahkan parti itu akan mendapat satu kerusi baru di kawasan pantai barat Sabah dan akan meletakkan seorang muka baru.

Beliau tidak menyatakan kedudukan kerusi berkenaan dan menyerahkan pucuk pimpinan BN untuk membuat pengumuman.

Katanya, LDP akan mempertahankan semua kerusi yang diperuntukkan kepada parti itu di Sabah sebelum ini iaitu Parlimen Sandakan yang diwakili beliau sendiri dan tiga DUN iaitu Tanjung Kapor (Kudat), Merotai (Tawau) dan Karamunting (Batu Sapi).

Beliau yang juga Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri berkeyakinan tinggi mampu memenangi semula semua kerusi berkenaan dan kerusi baru yang akan diwakili parti itu. - BERNAMA


Anda sedang membaca artikel tentang

LDP akan pertahan DUN Karamunting: Liew

Dengan url

https://palingmutahir.blogspot.com/2013/04/ldp-akan-pertahan-dun-karamunting-liew.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

LDP akan pertahan DUN Karamunting: Liew

namun jangan lupa untuk meletakkan link

LDP akan pertahan DUN Karamunting: Liew

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger