Naib Presiden MCA, Datuk Seri Chor Chee Heung juga menyifatkan pemimpin pembangkang sebagai oportunis kerana mengkhianati rakyat terutama penyokong mereka.
"Calon-calon BN tidak mengamalkan sikap ini. MCA walaupun kalah teruk pada 2008, pusat khidmat mereka terus dibuka untuk memberi khidmat kepada rakyat," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan program KAR1SMA untuk 2013 di Auditorium Wisma Persekutuan, Anak Bukit, dekat sini hari ini.
Beliau yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan memberi contoh Penasihat DAP, Lim Kit Siang sering berubah tempat manakala Pengerusi Biro Undang-undang PKR Kedah, Gooi Hsio Leong sebagai calon Parlimen Alor Setar.
"Gooi kalah 184 undi sahaja kepada saya pada PRU-12. Lepas kalah dia balik ke Pulau Pinang. Ini perbuatan oportunis. Dia wajar buka pusat khidmat jika benar-benar serius hendak berkhidmat kepada masyarakat dalam Parlimen Alor Setar.
"Kit Siang nampak besar kepala. Dia rasa di mana saja dia bertanding rakyat mesti sokong. Pemimpin politik seperti ini tiada semangat kekitaan dan visi masa depan negara, dia mesti dibersarakan," katanya.
Chor berkata walaupun BN pada peringkat awal terdapat sedikit masalah namun pemimpinnya mencapai tahap kematangan dan layak memerintah negara ini.
"Pergaduhan berebut kerusi dalam pakatan cukup jelas. Walau apa pun strategi pakatan pembangkang, pada mata rakyat ini petanda malang dan mengecewakan kerana mereka telah memberi sokongan pada 2008. Saya yakin mereka akan musnah sendiri," katanya. - BERNAMA
Anda sedang membaca artikel tentang
BN satu pakatan yang melepasi ujian: Chor
Dengan url
https://palingmutahir.blogspot.com/2013/04/bn-satu-pakatan-yang-melepasi-ujian-chor.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
BN satu pakatan yang melepasi ujian: Chor
namun jangan lupa untuk meletakkan link
BN satu pakatan yang melepasi ujian: Chor
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar