Sehubungan itu, perdana menteri berkata penduduk di kawasan itu, yang terbabit dalam insiden pencerobohan militan dari selatan Filipina, tidak perlu takut untuk keluar mengundi pada pilihan raya umum ke-13 ini.
"Fikir dan renungkanlah dengan sebaik-baiknya sebelum membuat keputusan, ini kerana undi saudara dan saudari akan menentukan bukan sahaja hala tuju negara dan negeri tetapi juga untung nasib anak cucu kita semua," katanya.
Pada 12 Februari lalu, sekumpulan pengganas militan menceroboh pesisir pantai Lahad Datu, membawa kepada gerakan ofensif pasukan keselamatan terhadap kumpulan dari selatan Filipina itu pada 5 Mac.
Insiden itu menyebabkan penduduk di beberapa kampung di gugusan FELDA Sahabat, Lahad Datu, ditempatkan di pusat pemindahan bagi membolehkan pasukan keselamatan membersihkan perkampungan mereka daripada kumpulan militan itu.
Kesemua penduduk kampung terbabit kembali ke rumah masing-masing secara berperingkat mulai minggu lalu apabila pasukan keselamatan memberi jaminan kawasan kediaman mereka selamat.
- BERNAMA
Anda sedang membaca artikel tentang
Pasukan keselamatan pastikan keselamatan pengundi di pantai timur Sabah: Najib
Dengan url
https://palingmutahir.blogspot.com/2013/04/pasukan-keselamatan-pastikan.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Pasukan keselamatan pastikan keselamatan pengundi di pantai timur Sabah: Najib
namun jangan lupa untuk meletakkan link
Pasukan keselamatan pastikan keselamatan pengundi di pantai timur Sabah: Najib
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar