PRU13: BN akan pastikan penduduk Bayan Baru kekal di kawasan itu

Written By Unknown on Sabtu, 27 April 2013 | 15.09

GEORGETOWN: Barisan Nasional (BN) akan memastikan sebarang pembangunan perumahan di kawasan Bayan Baru tidak akan menjejaskan penduduk di kawasan itu jika rakyat kawasan berkenaan memberi peluang kepada BN untuk memerintah semula negeri itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 ini.

Calon BN kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Jerejak, Wong Mun Hoe, berkata rakyat kawasan Bayan Baru perlu diberikan keutamaan untuk tinggal di kawasan itu dengan pembinaan lebih banyak projek perumahan.

Katanya, kerajaan negeri di bawah pakatan pembangkang tidak pernah mempedulikan penduduk asal Bayan Baru dan apabila sesuatu projek komersil dilaksanakan, golongan miskin dan sederhana di kawasan berkenaan terpaksa berpindah ke tempat lain.

Beliau berkata, sebagai contoh, pembangunan perumahan mewah di Pantai Jerejak yang membabitkan pembinaan rumah mencecah ratusan ribu ringgit dan mereka yang tidak berkemampuan terpaksa berpindah ke tempat lain selepas tapak rumah mereka diambil pemaju.

"Keseimbangan pembangunan itu bermaksud sekiranya ada pembangunan besar di sesebuah kawasan, kita akan pastikan ada sebidang atau sebahagian daripada kawasan di mana pembangunan itu dijalankan, diagihkan bagi tujuan khusus iaitu pembinaan rumah kos rendah", katanya ketika ditemui, di sini.

Katanya, jika BN kembali memerintah, kerajaan akan pastikan pendududk asal juga berpeluang untuk menduduki kawasan yang dimajukan itu.

Wong berkata, kerajaan negeri pimpinan DAP gagal merancang satu pelan perumahan yang jelas sehingga menimbulkan kerisauan terhadap masa depan penduduk kurang berkemampuan di bahagian pulau ini.
"Ini adalah sesuatu yang tidak sihat kerana jika pendekatan membangunkan banyak rumah ratusan ribu ringgit di bahagian pulau dikhuatiri negeri ini akan menjadi dua ... yang kaya akan terus duduk di dalam pulau dan yang miskin akan terpaksa berpindah ke seberang," katanya.

Wong akan berdepan calon PKR, Mohd Rashid Hasnon bagi merebut kerusi DUN Pantai Jerejak pada PRU 13, 5 Mei ini.

Pada PRU lalu, calon PKR, Sim Tze Tzin mengalahkan Wong dengan majoriti 1,258 undi.

Sementara itu, tinjauan BERNAMA mendapati beberapa penduduk yang ditemui berkata, kebanyakan harga rumah yang dibangunkan di kawasan itu adalah terlalu tinggi sehingga golongan berpendapatan RM3,000 ke bawah sukar untuk mendapatkan rumah.

Seorang penjawat awam K Poobathi, 51, berkata kerajaan negeri perlu membina lebih banyak rumah mampu milik di kawasan itu kerana Bayan Baru kini seolah-olah hanya untuk kawasan orang kaya.

"Kalau dulu masih boleh dapat harga rumah sekitar RM60,000 dan RM80,000 tapi sekarang sudah tak dapat," katanya.

Seorang pengawal keselamatan Zarina Saad, 40, berkata, pembangunan perumahan di kawasan itu kini tidak lagi seimbang dan ramai penduduk asal terpaksa berpindah apabila tapak rumah mereka diambil pemaju dan harga rumah yang dibina mencecah jutaan ringgit.

"Di sini memang tidak ada lagi pembinaan rumah kos rendah. Kebanyakannya berharga ratus ribu dan jutaan ringgit saja. Jadi golongan macam saya yang berpendapatan rendah ini memang susah untuk mendapatkan dan memiliki rumah sebab harga diletakkan terlalu mahal," katanya. - BERNAMA


Anda sedang membaca artikel tentang

PRU13: BN akan pastikan penduduk Bayan Baru kekal di kawasan itu

Dengan url

https://palingmutahir.blogspot.com/2013/04/pru13-bn-akan-pastikan-penduduk-bayan.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

PRU13: BN akan pastikan penduduk Bayan Baru kekal di kawasan itu

namun jangan lupa untuk meletakkan link

PRU13: BN akan pastikan penduduk Bayan Baru kekal di kawasan itu

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger