Malaysia seru negara Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear amal ketelusan penuh

Written By Unknown on Sabtu, 27 April 2013 | 15.09

KUALA LUMPUR: Malaysia menyeru negara yang menandatangani Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear (NPT) supaya bersikap telus sepenuhnya dengan mematuhi keseluruhan skop yang ditetapkan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).

Sambil menyatakan keyakinan Malaysia terhadap peranan IAEA, Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di New York, Datuk Hussein Haniff berkata ketelusan boleh meningkatkan persefahaman dan sikap saling mempercayai dalam kalangan negara terbabit. "

Dengan itu, hak asasi dan hakiki mereka untuk menggunakan senjata nuklear bagi tujuan aman, akan dihormati.

"Ini termasuk hak negara berkenaan untuk mendapatkan capaian sepenuhnya kepada pengetahuan berkaitan nuklear melalui pemindahan teknologi, pendidikan dan latihan," katanya pada perbahasan Kluster 2 mesyuarat kedua jawatankuasa persediaan Persidangan Kajian Semula 2015 Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear di Geneva, semalam.

Hussein berkata, Malaysia percaya semua maklumat dan capaian yang diberi kepada IAEA akan dikawal sebagai maklumat paling sulit oleh agensi itu melalui Protokol Tambahannya.

"Dalam hubungan ini, delegasi saya ingin merujuk kepada Persidangan Umum IAEA melalui resolusinya GC954)/RES/11, manakala resolusi terbarunya GC(56)RES/13 pula menegaskan tentang perlunya meningkatkan perlindungan terhadap maklumat terkelas dan sulit," kata beliau.

- BERNAMA


Anda sedang membaca artikel tentang

Malaysia seru negara Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear amal ketelusan penuh

Dengan url

https://palingmutahir.blogspot.com/2013/04/malaysia-seru-negara-perjanjian.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Malaysia seru negara Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear amal ketelusan penuh

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Malaysia seru negara Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear amal ketelusan penuh

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger