Beliau berkata, antara keistimewaan itu ialah pengurusan imigresen di lapangan terbang yang lebih pantas dan pelbagai urusan haji lain yang lebih mudah serta efisien.
"Saya nasihatkan jemaah kita supaya jangan rosakkan keistimewaan ini dengan melakukan perbuatan yang dilarang, sehingga boleh menyulitkan jemaah haji dari Malaysia yang akan datang," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika dirujuk mengenai langkah-langkah ketat yang dilaksanakan kerajaan Arab Saudi bagi melicinkan urusan ibadah haji di musim haji, terutama di Masjid Nabawi, Madinah dan Masjidil Haram, Makkah.
Syed Omar berkata, hubungan baik dengan Arab Saudi juga menjadi antara sebab jemaah haji Malaysia memperoleh keistimewaan itu, dan beberapa pertemuan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Raja Abdullah Abdulaziz Al-Saud sebelum ini menjadi testimoni hubungan yang cukup akrab antara kedua-dua negara.
Beliau berkata, projek perluasan kawasan sekitar Masjidil Haram yang sedang rancak dilaksanakan ketika ini merupakan sebahagian daripada pelan pembangunan kota Makkah.
Projek itu, pastinya memberi kesan kepada keselesaan ramai jemaah haji, namun ia hanya sementara, kerana apa yang sedang diusahakan kerajaan Arab Saudi ialah demi keselesaan jemaah beribadah di masa hadapan, katanya. - BERNAMA
Anda sedang membaca artikel tentang
Jangan rosakkan keistimewaan yang diberi Arab Saudi kepada jemaah Haji Malaysia: Duta
Dengan url
https://palingmutahir.blogspot.com/2013/04/jangan-rosakkan-keistimewaan-yang.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Jangan rosakkan keistimewaan yang diberi Arab Saudi kepada jemaah Haji Malaysia: Duta
namun jangan lupa untuk meletakkan link
Jangan rosakkan keistimewaan yang diberi Arab Saudi kepada jemaah Haji Malaysia: Duta
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar