Musa Aman serah watikah pelantikan tujuh pegawai utama ESSCOM

Written By Unknown on Jumat, 12 April 2013 | 15.09

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman hari ini menyampaikan watikah pelantikan kepada tujuh pegawai utama Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) yang berkuat kuasa hari ini.

Mereka ialah Ketua Pengarah ESSCOM, Datuk Mohammad Mentek; Pengarah Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam, DCP Datuk Abdul Rashid Harun daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pengarah Bahagian Perisikan 1, DCP Datuk Ahmad Nadzer Nordin (PDRM) dan Pengarah Bahagian Pertahanan, Mej Jen Datuk Abdul Halim Jalal daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Turut menerima watikah ialah Pengarah Bahagian Perisikan II, Mej Jen Datuk Mohd Noor Osman (ATM); Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan dan Awam, Mohamed Zahari Razali (Pegawai Tadbir Diplomatik) dan Pengarah Bahagian Pertahanan Laksamana Pertama Maritim, M Karunanithi daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Dalam ucapan alu-aluannya pada satu majlis ringkas di Wisma Innoprise di sini, Musa yang juga pengerusi ESSCOM, berkata Jabatan Perkhidmatan Awam telah meluluskan keseluruhan 48 perjawatan di ESSCOM yang akan diisi dalam masa terdekat.

"Saya percaya dengan pewujudan ESSCOM sudah tentu ia akan memberikan keyakinan kepada penduduk, khususnya yang tinggal di kawasan pantai timur Sabah, bahawa keselamatan mereka terjamin," katanya.

Beliau yakin, pegawai yang dilantik mengisi perjawatan di ESSCOM mampu memberi pengisian kepada tiga komponen utama yang perlu di kawasan Zon Selamat Sabah Timur iaitu pembangunan, keselamatan dan gerak saraf.

Katanya, ketiga-tiga komponen itu penting bagi meningkatkan semula keyakinan rakyat terhadap keselamatan selain mempelbagaikan kegiatan sosioekonomi mereka.
Beliau berharap khidmat dan kerjasama pegawai utama yang menerajui ESSCOM dapat merancang pelbagai program sosioekonomi dan keselamatan yang bukan saja menjadikan pantai timur Sabah selamat daripada anasir luar tetapi juga satu pertumbuhan baru ekonomi di kawasan terlibat.

"Di sinilah peranan tuan-tuan di ESSCOM nanti sebagai 'think-tank' kerajaan untuk mengesyorkan bagaimana semua perkara tersebut dapat dilakukan," katanya.

Pembentukan ESSCOM diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 7 Mac lalu merangkumi daerah Kudat, Tawau, Kunak, Sandakan dan Lahad Datu untuk menjaga kedaulatan dan keselamatan kawasan pantai timur Sabah. - BERNAMA


Anda sedang membaca artikel tentang

Musa Aman serah watikah pelantikan tujuh pegawai utama ESSCOM

Dengan url

https://palingmutahir.blogspot.com/2013/04/musa-aman-serah-watikah-pelantikan.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Musa Aman serah watikah pelantikan tujuh pegawai utama ESSCOM

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Musa Aman serah watikah pelantikan tujuh pegawai utama ESSCOM

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger